6 Bantuan Kerajaan di Malaysia Yang Tidak Diketahui Ramai

CompareHero.my Team

CompareHero.my Team

Last updated 16 January, 2020

Di Malaysia, selain BR1M atau Bantuan Rakyat 1 Malaysia untuk membantu golongan yang berkelayakan, terdapat banyak subsidi dan bantuan kerajaan di Malaysia yang mungkin anda tidak ketahui.

Kami senaraikan 6 jenis bantuan dan subsidi tersebut yang boleh anda mohon untuk membantu meringankan beban dalam keadaan ekonomi semasa ini.

Untuk pengetahuan anda, kerajaan telah memperuntukkan sekitar RM10 billion untuk bantuan dan subsidi dalam Belanjawan 2017. Pelbagai perubahan telah dilaksana untuk memastikan pembahagian subsidi lebih berkesan dengan memberi tumpuan khusus kepada kelompok sasaran. Ini juga untuk memastikan bantuan disalurkan dan diterima oleh golongan berpendapatan rendah (B40). Golongan B40 ini merupakan kelompok yang berpendapatan 40% terendah, dengan pendapatan isi rumah bulanan sebanyak RM3,900 dan kebawah. Secara amnya, kelompok sasaran bantuan dan subsidi kerajaan ialah:

  • Kanak-kanak
  • Warga emas
  • Golongan Kelainan Upaya (OKU)
  • Keluarga berpendapatan rendah
  • Mangsa bencana

Artikel Berkaitan: Adakah Bajet B40 Adil dan Saksama?

6 Bantuan Kerajaan dan Subsidi untuk Membantu Menanggung Kewangan di 2017

1.Bantuan kewangan untuk ibu tunggal

Melalui Skim Bantuan Kanak-Kanak oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat, ibu tunggal boleh memohon bantuan kewangan bagi meringankan beban buat sementara waktu.

Bantuan tersebut meliputi:

  • Minima: RM100 sebulan, seorang anak.
  • Maksima: RM450 sebulan, untuk keluarga melebihi 4 orang kanak-kanak.

Bantuan kewangan dari kerajaan negeri

Ibu tunggal juga boleh memohon bantuan dari kerajaan negeri. Jumlah yang diberi berbeza antara satu negeri dengan yang lain, kerana setiap negeri memiliki peruntukan serta syarat kelayakan berbeza untuk bantuan kebajikan yang akan diberikan.

Biasanya, tempoh bantuan ialah untuk selama 1 tahun.

Lihat juga: Air percuma hanya untuk golongan B40 di Selangor bermula tahun 2019

2. Bantuan untuk golongan kurang upaya

Penjaga serta indivdu kurang upaya turut layak menerima pelbagai bantuan. Langkah pertama untuk melayakkan diri untuk menerima bantuan ini ialah dengan mendaftar sebagai individu kurang upaya (OKU) menggunakan borang ini.

Bantuan-bantuan untuk golongan kelainan upaya dari Jabatan Kebajikan Malaysia termasuklah:

  • Bantuan pendapatan RM350 sebulan. Khusus untuk individu kelainan upaya yang berkerja sendiri atau makan gaji dengan pendapatan bulanan kurang dari RM1,200
  • Bantuan pendapatan RM200 sebulan untuk individu kelainan upaya yang tidak bekerja
  • Bantuan kewangan untuk membeli alat bantu upaya seperti alat pendengaran, tongkat, kaki palsu, dan lain-lain. Bantuan ini akan menanggung kos keseluruhan, dengan syarat mendapat pengesahan dari doktor.

Bantuan kewangan yang disalurkan kepada individu kelainan upaya yang bekerja ialah lebih tinggi dari mereka yang tidak bekerja. Ini bertujuan untuk menggalakkan golongan ini terlibat dalam sektor pekerjaan dan mampu berdikari.

3. Bantuan kewangan untuk warga emas

Untuk membantu warga emas supaya boleh menyara hidup mereka, kerajaan telah melancarkan pelbagai bentuk bantuan. Antaranya ialah bantuan kewangan sebanyak RM300 sebulan.

Ahli keluarga dan penjaga warga emas juga boleh memohon penjagaan sementara. Ianya bagi membantu ahli keluarga dan penjaga warga emas sekiranya mereka tidak boleh menjaga mereka untuk sementara waktu. KPWKM telah menyediakan tempat tinggal, servis kesihatan, fisioterapi, dan akses ke servis rekreasi sosial. Tempoh penjagaan yanag ditawarkan ialah dari sehari hingga ke 30 hari. Tiada bayaran dikenakan dan permohonan boleh dibuat di pejabat kebajikan masyarakat daerah di setiap negeri.

Lihat juga : Pekerjaan- pekerjaan yang Mencatatkan Sumber Pendapatan yang Tertinggi untuk Graduan Baru di Malaysia

MY_BLOG_RentYourHome_03

4. Skim perumahan kerajaan untuk pembeli rumah pertama

Kerajaan turut melancarkan pelbagai skim perumahan bagi membantu pembeli-pembeli rumah, terutamanya mereka yang baru merancang untuk membeli rumah pertama dan golongan berpendapatan rendah. Antaranya ialah,

  • PR1MA – untuk rakyat Malaysia berusia 21 tahun dan keatas dengan pendapatan (sendirian atau jumlah pendapatan bersama bagi suami isteri) antara RM2,500 – RM15,000 untuk membeli rumah dari harga RM198,000.
  • MyDeposit – untuk rakyat Malaysia berpendapatan sederhana (M40 bagi membeli rumah pertama. Skim ini menawarkan bantuan bagi mereka yang berpendapatan RM10,000. Dibawah skim ini, rakyat Malaysia yang layak akan menerima bantuan 10% dari harga rumah atau umlah maksima RM30,000 (yang mana lebih rendah) sebagai pembeli rumah pertama. Harga rumah tersebut perlulah RM500,000 dan kebawah.
  • Skim MyHome – skim ini menawarkan subsidi sehingga RM30,000 untuk pembeli rumah pertama bagi membeli rumah kos rendah atau sederhana. Syarat kelayakan termasuklah rakyat Malaysia berusia 18 tahun keatas, pembeli rumah pertama kali, dan memiliki pendapatan RM3,000 – RM6,000 sebulan.
  • Skim Rumah Pertama – skim ini bakal membantu pembeli-pembeli muda dengan pendapatan tidak melebihi RM5,000 sebulan atau RM10,000 sebulan bagi pemohon bersama. Pemohon perlu berusia 40 tahun kebawah. Skim ini akan mengenakan tempoh moratorium selama 10 tahun, jadi pembeli rumah dilarang untuk menjual atau memindahkan nama pemilik kecuali kepada ahli keluarga terdekat dalam tempoh tersebut.
  • Skim BSN MyHome – skim yang merupakan anjuran bersama BSN dan kerajaan bagi pasangan berkahwin berusia 25 – 40 tahun dengan pendapatan isi rumah tidak melebihi RM10,000 sebulan. BSN akan menawarkan pinjaman sehingga RM500,000 dengan tempoh pinjaman sehingga 35 tahun bagi mereka yang layak. Kerajaan turut mengenakan pengecualian duti setem sehingga 50% untuk pinjaman tersebut. Peminjam yang layak boleh memohon sehingga 100% harga rumah dengan tambahan 5% bagi harga insurans MRTA. Malah, kerajaan turut memberi bantuan RM200 sebulan pada 2 tahun pertama untuk meringankan beban membayar ansuran. Jika anda ingin memohon pinjaman ini, muat turun borang dan hantar ke cawangan-cawangan BSN terdekat.

Lihat juga: Langkah membeli rumah pertama di Malaysia

5. Bantuan penjagaan anak untuk golongan berpendapatan rendah

Skim yang ditawarkan oleh JKM ini bertujuan untuk membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik supaya boleh terus tinggal bersama keluarga walaupun keluarga mereka berpendapatan rendah. Rasionalnya, bantuan ini akan memupuk institusi kekeluargaan supaya setiap ahli keluarga boleh hidup bersama, dan kanak-kanak akan membesar dengan kasih-sayang penjaga mereka.

Jumlah:

  • RM100 sebulan, seorang.
  • RM450 sebulan, sekeluarga melebihi 4 orang kanak-kanak.

6. Bantuan untuk peniaga

Jika anda merupakan usahawan, atau peniaga yang baru memulakan perniagaan, anda boleh memohon pelbagai skim yang ditawarkan badan-badan kerajaan. Sebagai contoh, skim SUPERB khusus untuk usahawan bumiputera yang menawarkan geran sehingga RM500,000.

Artikel Berkaitan: Apakah Maksud Golongan B40, M40 dan T20 di Malaysia?

Bagaimana Anda Boleh Memohon Bantuan dan Skim-Skim Ini?

Jika bantuan tersebut ditawarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat, anda boleh memuat turun borang permohonan dibawah:

Maklumat tambahaN boleh didapati dari laman web Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Walaupun dengan pelbagai subsidi serta bantuan yang ditawarkan, kita tidak harus bersikap terlalu bergantung kepada skim tersebut. Kami nasihatkan anda  juga berusaha mencari jalan untuk menjana pendapatan tambahan. Berikut merupakan artikel untuk bantu anda:

Rakyat Malaysia juga perlu menambah pengetahuan mengenai kefahaman kewangan, walaupun pada tahap asas. Ini kerana pengetahuan tersebut akan membantu anda dari segi membuat keputusan kewangan yang betul, dan memilih pelaburan yang sesuai untuk mengembangkan simpanan anda.

Lihat juga: Kad Kredit yang Terbaik untuk Kumpulan Pendapatan yang Berbeza 2018

The CompareHero.my team is comprised of many talented individuals, sharing their knowledge, experiences and research to help others make better financial decisions.

FINANCIAL TIP:

Use a personal loan to consolidate your outstanding debt at a lower interest rate!

Subscribe to our newsletter to stay up-to-date with exclusive money-saving tips & great deals