Beli Kereta Baru Atau Terpakai?

CompareHero.my Team

CompareHero.my Team

Last updated 02 March, 2019

Siapa tidak mahu memiliki kereta berjenama mewah? Bayangkan memandu kereta seperti Chevrolet Camaro, Audi R8 Coupe. Tetapi, bukan semua orang mampu untuk memiliki kereta seperti itu. Namun, banyak lagi jenama kereta berkualiti dengan harga yang berpatutan di pasaran, seperti Toyota, Nissan, Hyudai, dan jenama Asia lain.

Tidak kira apa jua jenama, membeli sebuah kereta boleh menjadi satu pelaburan yang menguntungkan. Sekiranya anda mahu alternatif yang tidak membebankan bajet, kereta terpakai mungkin sebuah pilihan. Kami akan membincangkan pro dan kontra memiliki kereta baru atau terpakai dibawah:

Beli Kereta Baru Atau Terpakai?

 

Pro & Kontra Memiliki Kereta Terpakai

Jika anda hanya mampu untuk memiliki kereta terpakai, usah mengeluh! Terdapat beberapa kelebihan memiliki kereta terpakai, seperti insurans kenderaan yang lebih murah. Impak penyusutan nilai juga tidak begitu menggangu anda sepertimana kereta baru.

Namun, disebabkan kereta ini sudah digunakan, anda perlu melakukan pemeriksaan yang lebih menyeluruh dan teliti bagi mengelakkan kerugian.

  • Ingat, kereta ini pernah dimiliki dahulu. Jadi, anda perlu menjangkakan kereta ini pernah mengharungi perlbagai keadaan jalan, terutama sekali kereta yang menempuh jarak yang jauh.
  • Kereta terpakai yang merupakan model terdahulu mempunyai risiko untuk tidak menepati spesifikasi yang diperlukan.
  • Salah satu risiko juga ialah jaminan keselamatan kereta terpakai mungkin telah melepasi tempoh yang ditetapkan.
  • Kereta terpakai juga mungkin menghadapi risiko kos baiki yang tinggi, seiring dengan umurnya. Jadi, pastikan anda periksa keadaan kereta tersebut sebelum membuat keputusan membeli kereta terpakai.

Pro & Kontra Memiliki Kereta Baru

Anda bakal membuat keputusan yang bijak untuk memiliki kereta baru, sekiranya anda bijak merunding harga kereta, kos insurans dan kos penyelenggaraan.

  • Anda bakal dilindungi dengan jaminan keselamatan untuk kereta anda.
  • Sesetengah model kereta baru yang dibina dengan teknologi kejuruteraan terkini bakal memiliki penggunaan petrol yang lebih efisien dan ciri keselamatan yang memberikan lebih perlindungan.
  • Memiliki kereta baru memberi anda kebebasan untuk mengubahsuai kereta mengikut citarasa kegemaran anda.
  • Namun harga kereta baru lebih mahal berbanding kereta terpakai.
  • Premium insurans kereta baru juga lebih mahal.

Terdapat kelebihan dan risiko, tidak kira samada anda ingin memiliki kereta baru atau terpakai. Saranan kami, pertimbangkan keperluan dan situasi kewangan anda, serta utamakan nilai dan kelebihan yang bakal anda peroleh berbanding kos yang anda belanjakan.

MY_BlogBanner_021516-CTA

 

The CompareHero.my team is comprised of many talented individuals, sharing their knowledge, experiences and research to help others make better financial decisions.

FINANCIAL TIP:

Use a personal loan to consolidate your outstanding debt at a lower interest rate!

Subscribe to our newsletter to stay up-to-date with exclusive money-saving tips & great deals