5 Cara Sopan Untuk Meminta Kembali Wang Anda

CompareHero.my Team

CompareHero.my Team

Last updated 01 March, 2022

Megikut pepatah Inggeris, “Lend only the amount of money you can afford to lose.” Terjemahannya; Hanya pinjamkan jumlah wang yang anda mampu tampung andai kata ia tidak dibayar balik.

Apabila anda pinjamkan wang kepada ahli keluarga atau teman-teman, kerap kali anda akan berharap mereka akan pulangkan wang anda dengan segera (atau dalam masa yang ditetapkan) untuk memelihara hubungan kekeluargaan atau persahabatan anda.

Namun realiti bukan selalu seperti yang diharapkan, dan situasi akan menjadi janggal apabila anda terpaksa bertanya tentang pembayaran balik wang anda sehingga berkali-kali.

Jika anda tidak pasti tentang bagaimana untuk meminta kembali wang yang telah anda pinjamkan tanpa merosakkan hubungan kekeluargaan atau persahabatan anda, cubalah 5 cadangan kami seperti berikut:

1. Ingatkan dengan sopan

Sesetengah orang memang benar-benar pelupa, jadi kadang-kala mereka lupa bahawa mereka berhutang anda sesuatu – terutamanya jika hutang mereka bukanlah jumlah yang besar. Dalam situasi seperti ini, seeloknya ingatkan mereka dengan lembut, gunakan bahasa yang sopan apabila mengingatkan mereka tentang hutang mereka kepada anda.

Cuba tanya jika mereka masih ingat tentang hutang mereka kepada anda, dan bila mereka boleh membayarnya kembali. Contohnya, "Adakah anda ingat tentang wang yang saya pinjamkan anda pada bulan lepas? Bilakah masa yang sesuai untuk anda membayarnya kembali ? "

A group of asian friends taking selfies

2. Tanyakan maklumat terkini tentang situasi kewangan mereka

Orang meminjam wang untuk tujuan tertentu , dan mereka biasanya akan memberitahu anda tentang tujuan mereka apabila mereka meminjam wang daripada anda. Sebagai contoh, jika wang yang dipinjam bertujuan untuk membayar kos belajar, tanya mereka tentang keadaan pembelajaran mereka .  Ini boleh mendorong mereka untuk mengingati hutang mereka, atau membuka perbualan mengenai tempoh masa mereka boleh membayar hutang mereka kepada anda.

3. Biar mereka bayar untuk pusingan seterusnya 

Jika jumlah hutang teman anda adalah kecil , anda boleh meminta rakan anda untuk membayar makanan/minuman anda pada perjumpaan yang akan datang. Cara ini berkesan kerana anda boleh mendapatkan sebahagian daripada jumlah wang anda dibayar balik dan ia berfungsi sebagai peringatan bahawa mereka berhutang dengan anda.

women having coffee

4. Minta pertolongan daripada mereka 

Anda telah membantu mereka apabila mereka memerlukannya , kini tiba giliran mereka untuk menghulurkan pertolongan kepada anda. Jika anda memerlukan wang untuk sesuatu, minta mereka bantu anda dengan membayar kembali hutang mereka kepada anda.

5. Beri terma yang fleksibel  

Tawarkan pembayaran secara ansuran untuk mereka yang berhutang dengan anda. Ini adalah cara yang bijak bagi memastikan anda mendapat kembali wang yang anda pinjamkan, kerana anda memberikan si peminjam terma pembayaran yang fleksibel dan garis masa yang sesuai dengan kemampuan mereka.

Hutang yang belum dibayar di antara rakan-rakan boleh mengeruhkan hubungan persahabatan. Memarahi seseorang yang berhutang wang dengan anda adalah cara yang cepat untuk kehilangan teman. Ingatkan diri anda bahawa hubungan persahabatan dan kekeluargaan anda adalah lebih bernilai daripada wang yang terhutang.

Baca juga: Cara Dapatkan RM1 Juta Melalui Kadar Faedah Kompaun

Hanya pinjamkan jumlah wang yang anda selesa untuk ‘hilang’, ini kerana kemungkinan untuk rakan/ahli keluarga anda gagal membayar hutang anda kembali tetap wujud. Tetapi apabila tiba masa untuk meminta wang anda kembali, lakukannya dengan sopan dan lembut bagi memelihara hubungan anda.

Jadi bagaimana anda bertanya kepada seorang kawan atau ahli keluarga untuk meminta wang anda kembali? Beritahu orang lain cara apa yang berkesan untuk anda dan kongsikannya dengan kami di bahagian komen di bawah! 

Save

Save

The CompareHero.my team is comprised of many talented individuals, sharing their knowledge, experiences and research to help others make better financial decisions.

FINANCIAL TIP:

Use a personal loan to consolidate your outstanding debt at a lower interest rate!

Subscribe to our newsletter to stay up-to-date with exclusive money-saving tips & great deals