Cukai pendapatan: Siapa yang perlu memfailkan dan cara pengiraannya

CompareHero.my Team

CompareHero.my Team

Last updated 23 March, 2022

Musim cukai telah tiba! Buat yang baru bekerja atau yang masih tidak jelas tentang cukai pendapatan, jom kita fahami dua komponen utama mengenai cukai pendapatan iaitu siapa yang perlu memfailkan cukai dan bagaimanakah pengiraan cukai pendapatan individu?

Siapa yang perlu memfailkan cukai pendapatan?

Menurut Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), individu yang berpendapatan melebihi RM34,000 setahun selepas potongan KWSP perlu membayar cukai. Mereka yang gagal berbuat demikian boleh menghadapi tindakan undang-undang, jadi pastikan anda melakukan bahagian anda dengan mengisytiharkan pendapatan anda.Amat penting untuk anda faham bahawa menfailkan penyata cukai dan membayar cukai merupakan dua perkara berbeza. Walaupun anda menfailkan penyata cukai belum tentu anda perlu membayar cukai–hanya mereka yang berpendapatan RM34,000 dan lebih setahun.

Untuk mereka yang mempunyai pendapatan yang diperolehi di luar Malaysia, ianya tidak dikenakan cukai. Tetapi anda perlu mengisytiharkan SEMUA jenis pendapatan (termasuk sambilan dan bebas) yang anda perolehi di Malaysia.

Sekarang, mari beralih ke soalan yang lebih terperinci tentang Cukai Pendapatan Peribadi / Individu Malaysia (YA2021):

Bagaimanakah pengiraan cukai individu?

Jumlah pendapatan anda dalam keseluruhan tahun akan ditambah. Kemudian, jika anda layak untuk sebarang pengecualian dan pelepasan cukai, jumlah tersebut akan ditolak daripada jumlah pendapatan anda. Pengecualian dan pelepasan cukai adalah 'diskaun' yang anda boleh tuntut untuk perbelanjaan tertentu yang dibuat pada tahun tersebut. Berikut ialah formulanya:

Jumlah pendapatan – pengecualian dan pelepasan cukai = pendapatan bercukai/ cukai yang perlu dibayar

Kadar cukai anda dikira berdasarkan pendapatan bercukai anda. Jadi lebih banyak pendapatan bercukai yang anda peroleh, lebih tinggi cukai yang akan dikenakan kepada anda. Mengikut laman web LHDN, ini adalah kadar cukai untuk tahun cukai 2021.

Sekarang anda pasti lebih jelas tentang cukai pendapatan individu kan? Ringkasannya, buat yang berpendapatan RM34,000 dan lebih setahun anda perlu memfailkan cukai pendapatan dan ianya bukan bermaksud anda perlu membayar cukai. Jumlah cukai yang perlu dibayar pula bergantung kepada pengecualian dan pelepasan cukai yang boleh dituntut.


Klik disini untuk dapatkan panduan memfailkan cukai pendapatan individu.

The CompareHero.my team is comprised of many talented individuals, sharing their knowledge, experiences and research to help others make better financial decisions.

FINANCIAL TIP:

Use a personal loan to consolidate your outstanding debt at a lower interest rate!

Subscribe to our newsletter to stay up-to-date with exclusive money-saving tips & great deals