Panduan Berniaga Bisnes Food Truck Di Malaysia

CompareHero.my Team

CompareHero.my Team

Last updated 09 November, 2021

Perniagaan dengan menggunakan food truck, atau trak makanan, semakin popular di Malaysia, dan dijangka akan mengubah prospek kulinari di negara ini.

Setakat ini, terdapat lebih kurang 130 pengusaha trak makanan di Selangor dan angka itu dijangka akan berganda menjelang 2018, menurut Amirudin Shari, EXCO Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan & Pembangunan Usahawan Selangor. Kenyataan ini turut disokong statista.com yang menganggarkan peningkatan industri F&B secara umumnya di Malaysia untuk tahun-tahun mendatang.

Walaupun dilihat sebagai sesuatu yang baharu, budaya ini sebenarnya tidaklah terlalu asing di Malaysia. Anda sudah tentu pernah melihat penjaja yang berniaga melalui trak mini, menjual makanan seperti pisang goreng atau lok lok. Sedikit pembaharuan yang ditambah termasuklah kualiti kenderaan, peralatan, dan juga pilihan makanan yang dijual.

Panduan trak makanan oleh kerajaan

Dengan bilangan pengusaha trak makan yang meningkat, kerajaan telah bertindak untuk merangka undang-undang untuk memastikan kualiti dan struktur industri ini tersusun, seperti yang dilaporkan oleh The Malay Mail.

Bagi mereka yang ingin terlibat dalam industry trak makanan, anda perlu membeli dan menyelenggara trak makanan terlebih dahulu. Kami akan senaraikan kos yang bakal dihadapi untuk membantu anda membuat persediaan.

Anggaran kos

Malaysian Food Truck, sebuah halaman di Facebook yang menyediakan sokongan untuk pengusaha yang akan atau sedang menceburi perniagaan trak makanan memberi anggaran berikut untuk kos yang perlu dihadapi untuk beberapa tahun permulaan perniagaan.

Yuran permit

Untuk mula berniaga, anda perlu mendapatkan dokumen pendaftaran perniagaan dari Syarikat Suruhanjaya Malaysia (SSM)  (RM100) dan juga lessen GDL (RM500). Selain itu, anda juga perlu memohon permit perniagaan dari majlis bandaran di lokasi perniagaan trak makanan tersebut. Permit ini boleh mencecah RM1,080 dan perlu diperbaharui setiap 6 bulan.

Tips: Jika anda ingin berniaga di beberapa lokasi yang berbeza, anda perlu memohon lebih dari satu permit.

Kos operasi

Untuk menarik pelanggan dan memastikan mereka menjadi pelanggan tetap, anda perlu menyediakan menu yang sedap dan menarik. Tidak dilupakan juga, sepanduk penanda dengan rekaan yang unik, dengan anggaran kos RM300.

Anggatan kos untuk bahan-bahan mentah masakan sekitar RM20,250 sebulan jika kos untuk satu hidangan ialah:

(RM4.00 untuk makanan + RM0.50 bungkusan) x 150 bungkusan sehari x 30 hari

Anda juga dinasihatkan untuk memperuntukkan RM3,000 sebagai simpanan kecemasan, dan RM300 untuk kos penyelengaraan.

Trak

Harga trak makanan yang lengkap dengan semua peralatan memasak antara RM100,000 dan RM150,000, menurut Star2.com. Selepas menyediakan trak anda, kenderaan itu perlu melalui pemeriksaan PUSPAKOM.

Tips: Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyediakan program Skim Pembiayaan Peningkatan Perniagaan (SPiM) (termasuklah modal dan bimbingan) untuk usahawan dalam bidang perniagaan trak makanan.  Pemohon perlu memenuhi syarat tersebut:

  • status berniaga kurang dari 6 bulan
  • mempunyai pengalaman dan pengetahuan dalam bidang perniagaan dan perusahaan yang dijalankan
  • pernah menjalankan perniagaan
  • dikehendaki mengikuti kursus keusahawanan anjuran MARA atau agensi lain yang diiktiraf.

Pendapatan

Berdasarkan maklumat dari cilisos.my, pendapatan yang diperoleh boleh mencecah RM45,000 sebulan!

Jika anda menjual makanan pada harga RM10 untuk satu set, ini bermakna sebanyak 4500 set perlu dijual dalam masa sebulan (150 sehari, jika anda berniaga setiap hari). Anda juga boleh menjana pendapatan tambahan dengan menawarkan khidmat katering. Menurut laporan Star2.com, keuntungan yang anda boleh perolehi untuk satu majlis kecil adalah sekitar RM1,000 – RM1,500, dan untuk majlis besar sehingga RM8,000.

Pengiraan untung bersih (anggaran)

Dengan mengambil kira kos serta pendapatan di atas, dan katakan anda memulakan perniagaan dengan pinjaman RM125,900 pada kadar faedah 7% setahun dan tempoh bayaran balik selama 5 tahun.

Anggaran Keuntungan
Perbelanjaan Awal Anggaran Kos Pendahuluan (RM)
Pendaftaran SSM  100
 Lesen GDL 500
 Menu dan sepanduk iklan  300
 Trak makanan  125,000
Jumlah 125,900
Perbelanjaan Kos Bulanan (RM)
 Caj tahunan GDL  2
 Peruntukan kecemasan  3,000
Bahan mentah 18,000
 Pembungkusan  2,250
 Penyelenggaraan  300
 Bayaran balik pinjaman (trak makanan)  2,833
 Permit perniagaan (majlis perbandaran)  180
 Jumlah kos bulanan  26,565
Pendapatan sebulan  45,000
Jumlah untung bersih sebulan  18,435

Potensi cerah perniagaan trak makanan

Potensi perniagaan trak makanan adalah cerah, ditambah pula dengan permintaan yang semakin meningkat untuk hidangan unik, yang biasanya ditawarkan oleh trak makanan. Para penganalisa pasaran turut menjangkakan kehadiran trak makanan akan memperkenalkan satu ‘warna’ dan budaya positif terhadap industri makanan di Malaysia.

Jika anda mampu menjadi sebahagian dari budaya positif ini, ianya boleh menawarkan keuntungan dan kepuasan. Mungkin antara kelemahan dalam perniagaan ini hanyalah untuk peniaga restoran yang bakal kehilangan pelanggan. Tetapi, kelebihan positif lebih banyak dari faktor negative.

Seperti yang dinyatakan diatas, anda boleh menjana keuntungan puluhan ribu Ringgit, tetapi sudah tentulah usaha keras diperlukan untuk mencapai jumlah tersebut, selain mampu untuk memenuhi permintaan katering majlis keramaian. Hati-hati juga agar tidak terpedaya dan sentiasa bersedia untuk kecemasan. Jika anda merancang untuk memohon pinjaman, bandingkan pinjaman terbaik untuk memulakan perniagaan dengan aplikasi perbandingan percuma kami!

Disclaimer: Neither CompareHero.my nor the content on it is intended as securities brokerage, investment, tax, accounting or legal advice, as an offer or solicitation of an offer to sell or buy, or as an endorsement, recommendation or sponsorship of any company, security or fund. The content on CompareHero.my is for general information purposes only and is not intended to be personalised investment advice or a solicitation for the purchase or sale of securities.

Compargo Malaysia Sdn. Bhd. and/or its affiliates cannot and do not assess, verify or guarantee the adequacy, accuracy or completeness of any information, the suitability or profitability of any particular investment, or the potential value of any investment or informational source. CompareHero.my may receive compensation from the brands or services mentioned on this website.

Save

Save

Save


Klik sini untuk memohon pinjaman peribadi secara online

The CompareHero.my team is comprised of many talented individuals, sharing their knowledge, experiences and research to help others make better financial decisions.

FINANCIAL TIP:

Use a personal loan to consolidate your outstanding debt at a lower interest rate!

Subscribe to our newsletter to stay up-to-date with exclusive money-saving tips & great deals