Lakukan Langkah ini Jika Anda Tiada Skor Kredit

CompareHero.my Team

CompareHero.my Team

Last updated 22 March, 2019

Mengapa Memiliki Skor Kredit itu Penting?

Maklumat skor kredit biasanya diperoleh dari laporan kredit seseorang. Laporan tersebut akan menunjukkan kebolehan seseorang untuk melangsaikan kreditnya  (baki kad kredit, ansuran pinjaman peribadi, ketepatan membuat bayaran) dan juga komitmen kewangan yang lain. Di Malaysia, terdapat 3 cara untuk memperoleh laporan kredit dan dapatkan skor kredit anda: CCRIS, CTOS dan Laporan Kredit Peribadi.

Anda boleh ke Bank Negara dan mohon Laporan Kredit Peribadi secara percuma. Laporan dari Bank Negara mengandungi maklumat dari Sistem Maklumat Rujukan Kredit Berpusat (Centralised Credit Reference Information System CCRIS). Untuk maklumat lain, seperti maklumat undang-undang, rujukan dagangan, dan panduan untuk menambah baik skor kredit, anda boleh dapatkan khidmat agensi seperti CTOS atau RAM Credit Information Sdn Bhd (RAMCI). Agensi laporan kredit ini menyediakan laporan dengan maklumat yang lebih terperinci. Laporan tersebut akan memaparkan sistem pemarkahan yang tersendiri. Sebagai contoh, skor AA di laporan CCRIS menunjukkan anda mempunyai skor kredit yang baik.

Jika anda tidak memiliki kad kredit, atau tiada sebarang pinjaman, ini bermakna anda tidak memiliki skor kredit dan ini boleh menyukarkan anda pada masa akan datang. Contohnya, anda ingin membeli rumah sendiri, dan memohon pinjaman dari bank kerana kebanyakan orang tidak mampu untuk membuat bayaran untuk rumah secara tunai. Malangnya, permohonan anda mungkin tidak diluluskan oleh kerana anda tidak mempunyai skor kredit.

Pihak bank akan menilai laporan kredit seseorang untuk menentukan nisbah khidmat hutang (Debt Service Ratio) sebelum menolak atau meluluskan permohonan pinjaman. Ini kerana bank tidak mahu mengambil sebarang risiko, oleh itu laporan kredit akan digunakan untuk menentukan samada anda mampu untuk membayar balik pinjaman tersebut. Tanpa skor kredit, bank tiada penanda aras yang boleh digunakan untuk membuat keputusan.

Apa Perlu Anda Lakukan Jika Tiada Skor Kredit?

 

Semak pinjaman dan komitmen kewangan anda

Walaupun anda mungkin tidak memiliki kad kredit, pinjaman peribadi atau pinjaman kereta, anda mungkin masih memiliki komitmen kewangan yang lain. Conthonya seperti pelan pascabayar telefon atau pelan internet yang anda langgani. Jadi, sebelum anda bermula untuk membina skor kredit, pastikan semua bil anda dibayar tepat pada masanya.

my_whattodoifyouhavenocreditscore_blog03

Mohon kad kredit asas

Setelah mengemaskini komitmen kewangan anda, focus pula kepada usaha untuk membina skor kredit anda. Salah satu langkah termudah ialah dengan memohon kad kredit, kerana penggunaan kad kredit akan menjana sejarah kredit anda. Cerita negatif tentang hutang kad kredit yang tinggi mungkin menakutkan anda. Tetapi tahukan anda bahawa ia mampu dielak sekiranya anda menggunakan kad kredit dengan bijak dan bertanggungjawab. Jika digunakan dengan betul, kad kredit boleh menjadi ‘sahabat’ anda. Menurut KC Wong, CEO Credit Bureau Malaysia, cuba untuk berbelanja kurang dari 30% had kredit anda. Anda juga perlu membayar ansuran kad kredit anda tepat pada masanya, dan cuba bayar lebih dari bayaran minima setiap bulan. Anda boleh bandingkan kad kredit yang sesuai untuk gaya hidup dan perbelanjaan anda disini:

Jika ini merupakan permohonan kad kredit pertama anda, anda memerlukan sekurang-kurangnya 6 bulan slip gaji atau penyata KWSP.  Dua dokumen ini penting untuk menyokong permohonan kad kredit anda supaya diluluskan jika anda tidak memiliki skor kredit.

Setelah memiliki skor kredit, jangan lupa untuk memastikan rekod anda dalam keadaan yang baik. Ikuti panduan diatas supaya anda mula membina skor kredit anda dengan cara betul. Ingat, selepas itu pastikan rekod kredit anda dalam keadaan yang baik supaya ia menunjukkan anda seorang yang bertanggungajawab dan mampu membayar hutang tepat pada masanya.

Save

ZERO Annual Fee, FREE for Life

1X Happy Points for every 1RM spend

FREE BSN Zing PLUSMiles Card

cta-apply-now

 

The CompareHero.my team is comprised of many talented individuals, sharing their knowledge, experiences and research to help others make better financial decisions.

FINANCIAL TIP:

Use a personal loan to consolidate your outstanding debt at a lower interest rate!

Subscribe to our newsletter to stay up-to-date with exclusive money-saving tips & great deals