Anda memiliki kad Touch ‘n Go? Jika ya, tahukah anda kad itu kini mempunyai kegunaan lain selain membayar tol dan pengangkutan awam? Ketahui fungsi lain kad Touch ‘n Go (TnG) untuk menggunakannya dengan efektif.
Pada 25 Julai 2017, TnG telah mengumumkan mereka bakal menjalin usaha sama dengan Ant Financial Service Group dari Alibaba (yang menawarkan perkhidmatan Alipay) untuk melancarkan aplikasi e-dompet.
Artikel berkaitan: All you need to know about Touch ‘n Go RFID
Apa Itu Touch ‘n Go?
Kad TnG merupakan sekeping kad prabayar yang menggunakan teknologi tanpa sentuh (contactless), sesuai dengan namanya. Maklumat yang terkandung dalam kad ini dibaca melalui induksi magnetik menggunakan frekuensi radio khusus dan perisian kad pintar. Kad ini menjadi salah satu cara bayaran di tempat letak kereta, toll lebuh raya, pengangkutan awam, dan lain-lain.
Touch ‘n Go Sdn Bhd mula beroperasi pada bulan Oktober 1996, dengan servis Touch ‘n Go dilancarkan pada Mac 1997 di Lebuhraya Metramac dan PLUS. Syarikat ini merupakan satu-satunya pengendali Electronic Toll Collection (ETC) di Malaysia. Kad TnG juga diterima sebagai Common Ticketing System (CTS) untuk pengangkutan awam utama di Lembah Klang. Selaku syarikat sendirian berhad, pemegang-pemegang saham TnG Sdn Bhd termasuklah CIMB Group Holdings Berhad, MTD Capital Berhad dan PLUS Expressways Berhad.
Sehingga kini, terdapat lebih kurang 17 juta pengguna aktif TnG, dengan 6 juta urus niaga setiap hari.
Jenis Kad Touch ‘n Go
Kad Touch ‘n Go: Kad yang biasa digunakan, berharga RM10.60 (termasuk GST). Harga kad tidak termasuk nilai, anda perlu menambah nilai kad secara asing.
Kad Touch ‘n Go ZING: Kad TnG yang dilengkapi dengan fungsi tambah nilai automatik. Dihubungkan dengan kad debit atau kredit pengguna. Boleh didapati untuk pemegang kad VISA, Mastercard, dan AMEX dari bank yang terpilih.
Tesco Clubcard: Kad dengan ciri TnG dan juga Tesco Clubcard. Boleh digunakan untuk bayaran pembelian di Tesco dan kedai-kedai lain yang mengambil bahagian.
Kad Watsons VIP: Kad 2 dalam 1 yang memberikan mata ganjaran untuk ahli Watsons VIP, dan faedah-faedah lain.
Touch ‘n Go Photocard: Anda boleh mengubahsuai grafik kad ini dengan gambar anda atau gambar lain. Berharga RM21.20, kad ini dijual di Pusat Khidmat Pelanggan TnG Bangsar South, pusat TnG di NU Sentral dan pusat TnG di Wisma Nufri Johor Bahru.
Artikel berkaitan: Ulasan Kad-kad Kredit Yang Paling Bagus Dalam Malaysia
Dimana Anda Boleh Gunakan Kad Touch ‘n Go?
Toll
Gunakan laluan TnG di lebuh raya untuk membuat bayaran. Fungsi ini merupakan fungsi yang paling banyak digunakan.
Pengangkutan Awam
Kad TnG boleh digunakan di Monorel, LRT, KTM, MRT, dan bas. Anda hanya perlu sentuh kad tersebut di pintu masuk, dan nilai kad akan ditolak. Biasanya, penggunaan kad TnG di penganggutan awam akan memberikan akan penjimatan 10% lebih murah berbanding tiket yang dibeli secara tunai.
Tempat Letak Kenderaan
Lebih banyak tempat letak kenderaan di pasaraya, hospital, dan hotel kini menerima bayaran dengan kad TnG. Ramai pemandu kini memilih untuk membayar menggunakan TnG kerana tidak perlu beratur di mesin bayaran. Jangan lupa untuk pastikan kad TnG anda memiliki baki yang mencukupi, kerana bayaran menggunakan TnG akan dikenakan caj tambahan.
Kedai-kedai
Kad TnG juga diterima sebagai bayaran untuk pembelian di pasaraya hinggalah ke kedai buku. Antara kedai-kedai berikut ialah:
- Watsons Personal Stores
- Vitacare Pharmacy
- MPH Bookstores
- TESCO
- Sam’s Groceria
- KK Super Mart
- The Chicken Rice Shop (cawangan terpilih sahaja)
- The Loaf
- Dunkin Donuts
- Juice Works (cawangan terpilih sahaja)
- Baskin Robbins
- Cars International (cawangan terpilih sahaja)
Untuk melihat senarai penuh kedai-kedai yang menawarkan bayaran dengan kad TnG, sila rujuk disini. Anda juga boleh melihat peta interaktif Touch ‘n Go untuk mengetahui senarai lokasi yang menerima TnG dan lokasi untuk tambah nilai.
Lihat juga: Kad Kesetiaan Petrol Terbaik Di Malaysia
Keselamatan Kad Touch ‘n Go
Selepas membeli kad Touch ‘n Go, anda disyorkan untuk daftarkan kad tersebut di portal MYTouchnGo. Ini kerana andai kad anda dicuri, ataup hilang, ia lebih mudah untuk mengesahkan proses bayaran balik. Anda juga boleh memilih untuk membatalkan kad tersebut dengan menghubungi Pusat Talian Pelanggan Touch ‘n Go di 03-2714 8888, pada 7.00am – 10.00 pm setiap hari, termasuklah pada cuti umum. Portal MYTouchnGo juga memberikan anda akses kepada jumlah yan digunakan, rebat, dan membuat pindahan hak milik.
Di Mana Anda Boleh Beli Kad Touch ‘n Go?
Anda boleh dapatkan kad TnG di pusat Touch ‘n Go, Touch ‘n Go SPOT di stesen minyak terpilih, stesen PETRONAS terpilih, dan juga kaunter jualan di lebuh raya. Kad ini juga dijual di sesetengah kaunter stesen LRT. Dapatkan lokasi kaunter tersebut disini.
Kad TnG ZING pula hanya untuk pemegang kad-kad kredit berikut:
- CIMB Zing Card
- Maybankard Touch ‘n Go Zing
- Hong Leong Bank Berhad (Debit)
- Hong Leong Bank Berhad (Credit)
- Bank Simpanan Nasional Berhad
- Affin Bank Touch ‘n Go MasterCard Gold
- Affin Bank Touch ‘n Go MasterCard Classic
- AEON Credit Malaysia Berhad
Bagi kad Watsons VIP, ianya dijual di mana-mana cawangan Watsons, manakala kad Tesco Clubcard boleh dibeli di pasaraya Tesco seluruh negara.
Bagaimana Anda Boleh Menambah Nilai Kad Touch ‘n Go?
Tambah nilai kad Touch ‘n Go boleh dibuat di:
- TnG Customer Experience Centre, (CEC)
- Hab TnG
- TnG SPOT
- Kiosk Petrol
- Kedai serbaneka
- ATM
- Farmasi
- Kiosk layan diri
- Kaunter Khidmat Pelanggan di plaza tol terpilih
- Kaunter tambah nilai di plaza tol lebuh raya.
- Lokasi-lokasi lain
Pastikan anda lakukan tambah nilai melalui kiosk yang terpilih sahaja. Jika anda dkesan melakukan transaksi yang tidak sah atau melalui “ajen” tidak sah, kad TnG tersebut boleh disenarai hitam. Baki kad tersebut akan disita, dan kes tersebut akan diserahkan kepada pihak berkuasa.
Jumlah tambah nilai yang boleh dibuat ialah M10, RM20, RM35, RM50, RM100, RM200 dan RM500. Untuk tujuan keselamatan, jumlah tertinggi tambah nilai ialah RM1,500.
Kad anda akan terus aktif selagi anda membuat tambah nilai sekurang-kurangnya setahun sekali. Jika tiada transaksi dilakukan dalam tempoh 12 bulan, kad tersebut akan menjadi tidak aktif, caj RM5.30 akan dikenakan dan akan ditolak dari baki kad TnG tersebut. Jika kad tersebut terus tidak aktif, caj RM5.30 akan dikenakan setiap 6 bulan.
Sekiranya anda tidak ingin menggunakan kad TnG, anda boleh pulangkannya di kaunter TnG dan dapatkan balik baki didalam kad anda, bergantung kepada terma dan syarat. Nantikan kemas kini seterusnya untuk maklumat mengenai e-dompet TnG!
Di CompareHero.my, anda boleh mencari kad kredit cashback yang terbaik di Malaysia. Klik pautan di bawah untuk melihat semua pilihan anda!
Save
Save
Save