Memandu kenderaan di Malaysia memerlukan anda untuk memberi perhatian dan berhati-hati oleh kerana kesesakan trafik serta keadaan jalan raya yang teruk. Ramai yang tidak mengetahui bahawa kesilapan yang kecil di jalan raya boleh mencetuskan masalah yang besar.
Jadi, disini kami ingin mengingatkan beberapa kesalahan trafik kecil yang mungkin anda tidak ketahui, dan jika anda dikesan oleh pihak berkuasa, anda boleh dikenakan saman.
Baru-baru ini, JPJ telah mengumumkan ia ingin tingkatkan saman untuk kesalahan trafik seperti melanggan lampu merah, menggunakan telefon bimbit sambil memandu dan tidak memakai tali pinggang keledar.
Sebelum kita meneliti kesalahan trafik, ketahui kadar saman yang dikenakan bergantung kepada tempoh bayaran yang anda buat. Semakin cepat anda bayar saman, semakin rendah kadar yang dikenakan.
Kadar saman bergantung kepada tempoh sejak saman dikeluarkan.
1. Meletak kenderaan di stesen bas atau di perhentian bas
Hari pertama – ke-15: RM100
Hari ke-16 – ke-30: RM200
Hari ke-31 – hari ke-60: RM250
Jika anda meletakkan kenderaan di stesen bas atau hentian bas, anda akan menghalang laluan bas yang perlu menurunkan dan mengambil penumpang, dan saman yang dikenakan adalah tinggi. Ramai rakyat Malaysia gemar untuk menurunkan dan mengambil penumpang di lokasi ini, jika anda juga sering melakukannya, hentikan segera.
2. Memandu dengan perlahan di lorong kanan
Hari pertama – ke-15: RM150
Hari ke-16 – ke-30: RM200
Hari ke-31– hari ke-60: RM300
Jika anda berpandangan bahawa memandu dengan perlahan tidak merupakan kesalahan trafik, fikir semula. Memandu perlahan di lorong kanan, dan menyusahkan pemandu lain untuk memotona anda boleh dikenakan saman sehingga RM300 oleh pihak berkuasa. Ingat, lorong kanan adalah untuk pemandu yang lebih laju untuk memotong pemandu lain tetapi dalam halaju yang dibenarkan.
3. Gagal menggunakan lorong yang betul untuk membelok (kiri atau kanan)
Hari pertama – ke-15: RM150
Hari ke-16 – ke-30: RM200
Hari ke-31– hari ke-60: RM300
Sama ada anda ingin belok ke kiri atau kanan, pastikan anda berada di lorong yang betul sekurang-kurangnya untuk 10 – 15 saat. Jika tidak, anda boleh didenda, apatah lagi jika tindakan anda menyebabkan berlakunya kemalangan. Malah, saman tambahan juga boleh dikenakan atas kesalahan memandu dalam keadaaan berbahaya.
4. Menjual barangan ke pemandu di jalan
Hari pertama – ke-15: RM150
Hari ke-16 – ke-30: RM200
Hari ke-31– hari ke-60: RM300
Walaupun keadaan ini biasa dilihat, terutamanya di kawasan luar bandar ataupun kampong, namun ketahui bahawa ia salah disisi undang-undang untuk bejual-beli di jalan raya jika anda sedang memandu. Beri perhatian sepenuhnya keatas pemanduan anda!
5. Memasang tirai pada tingkap kereta
Hari pertama – ke-15: RM150
Hari ke-16 – ke-30: RM200
Hari ke-31– hari ke-60: RM250
Ia mungkin nampak seperti sesuatu yang remeh jika anda memasang tirai langsir di tingkap kereta, sama ada untuk perhiasan ataupun menghalang silau. Sebenarnya, ia salah di sisi undang-undang, dan anda boleh disaman sehingga RM300 untuk kesalahan ini.
6. Membiarkan kenderaan tanpa mematikan enjin atau tidak menarik brek tangan
Hari pertama – ke-15: RM150
Hari ke-16 – ke-30: RM150
Hari ke-31– hari ke-60: RM250
Kita semua mengetahui sebab untuk tidak membiarkan kenderaan tanpa mematikan enjin atau tidak menarik brek tangan. Kini, anda boleh tambah denda sehingga RM250 sebagai salah satu sebab mengapa keduanya penting.
Cuba bayangkan jika kereta anda meletup kerana masalah enjin atau menyebabkan kereta meletup, ataupun anda menyebabkan kecederaan kepada orang lain kerana anda tidak menarik brek tangan.
7. Apabila kenderaan anda tidak memiliki hon
Hari pertama – ke-15: RM70
Hari ke-16 – ke-30: RM120
Hari ke-31 – hari ke-60: RM200
Ya, tidak memiliki hon kereta yang berfungsi juga merupakan kesalahan trafik. Jadi, pastikan anda baiki hon kenderaan anda sekiranya ia tidak berfungsi dengan baik.
8. Kenderaan anda tidak memiliki pengelap cermin
Hari pertama – ke-15: RM150
Hari ke-16 – ke-30: RM200
Hari ke-31– hari ke-60: RM250
Satu lagi sebab untuk sentiasa menyelenggara kenderaan anda ialah untuk memastikan setiap bahagian berfungsi sepenuhnya. Pengelap cermin amat penting, terutamanya ketika hari hujan untuk menjelaskan pandangan.
9. Hon kenderaan memiliki lebih dari satu bunyi
Hari pertama – ke-15: RM50
Hari ke-16 – ke-30: RM150
Hari ke-31– hari ke-60: RM250
Mungkin anda akan berasa hairan mengapa hon kenderaan yang memiliki lebih dari satu bunyi menjadi satu kesalahan. Sebenarnya, bunyi hon tersebut boleh mencetuskan kekeliruan pengguna jalan raya, dan juga pencemaran bunyi. Selain itu, anda juga akan dikenakan saman yang boleh mencecah RM250.
10. Gagal untuk menjaga kenderaan dalam keadaan yang baik
Hari pertama – ke-15: RM100
Hari ke-16 – ke-30: RM150
Hari ke-31– hari ke-60: RM250
Seperti yang telah dinyatakan, jika anda gagal untuk memastikan bahagian kenderaan anda berfungsi dengan baik, dan anda ditahan oleh pihak penguasa, anda boleh dikenakan saman sehingga RM250. Bahagian ini termasuk pintu kenderaan, cermin depan, tayar, dan semua bahagian lain kenderaan.
11. Menukar lampu hadapan kenderaan selain warna putih
Hari pertama – ke-15: RM150
Hari ke-16 – ke-30: RM200
Hari ke-31– hari ke-60: RM300
Menukar lampu hadapan kenderaan kepada warna lain selain daripada warna putih boleh mengganggu pandangan pemandu lain pada waktu malam, dan boleh menyebabkan kemalangan. Jadi, untuk mengelakkan disaman, pastikan anda menggunakan lampu hadapan dengan spesifikasi yang dibenarkan.
12. Tidak memaparkan pelekat ‘P’ di cermin kereta jika anda pemegang lessen percubaan
Hari pertama – ke-15: RM70
Hari ke-16 – ke-30: RM120
Hari ke-31– hari ke-60: RM200
Untuk pemandu baharu, kami faham anda tidak sabar untuk memandu di jalan raya setelah mendapatkan lesen. Tetapi, pastikan anda menampal pelekat ‘P’ di cermin kereta supaya pemandu lain mengetahui anda pemanda baharu. Kegagalan berbuat sedemikian boleh menyebabkan anda disaman sehingga RM200 oleh polis trafik atau JPJ.
Jika anda telah disaman untuk kesalahan trafik yang telah dinyatakan diatas, pastikan anda tidak mengulangi kesalahan yang sama. Kepada semua pemandu, jangan pandang remeh kepada kesalahan trafik yang telah kami nyatakan kerana ia boleh menyebabkan anda disaman.
Save
Save
Save
Save
[tags]