[no_toc]
Membeli belah online, atau juga dikenali sebagai atas talian menawarkan berbagai kelebihan seperti harga yang lebih murah. Namun, ia juga mempunyai risiko seperti jenayah siber dan juga penipuan. Tetapi jangan risau, anda boleh lengkapkan diri anda dengan ilmu pengetahuan. Kami sertakan tips untuk bantu anda membeli belah secara online dengan selamat dan bijak!
Kami menemubual Ketua Keselamatan & Penglibatan Pelanggan di Mudah.my, Chung Tsung Shen dan Pakar dari Malaysia Computer Emergency Response Team (MyCERT), Sharifah Rozian untuk dapatkan pengetahuan dalaman kepada keselamatan membeli belah secara online.
Kenali musuh
Penipuan utama yang anda harus berjaga-jaga sewaktu membeli belah secara online ialah penipuan penjual (seller’s fraud). Jenis penipuan ini kerap berlaku apabila pembelian dilakukan melalui media social seperti Facebook dan Instagran, dan juga melalui online marketplace.
Selalunya, kes yang dilaporkan melibatkan pembeli yang telah melakukan bayaran namun tidak menerima barangan mereka. Yang lebih teruknya, kebiasaanya untuk kes seperti ini pembeli tersebut kemudiannya tidak lagi dapat dihubungi.
“Sejak tigak tahun lepas, penipuan merupakan aduan yang paling banyak diterima oleh Cyber999 berbanding insiden lain. Selain daripada penipuan, aduan lain yang selalu diterima ialah pencerobohan, gangguang dan juga malicious code”, kata Shariah Rozian.
Tips sewaktu membeli secara online
Chung dan Shariah Rozian mengakui bahawa penipuan yang berlaku sewaktu proses pembelian (juga dikenali sebagai penipuan pembeli (buyer’s fraud) merupakan jenayan siber yang paling sering berlaku di medan e-commerce Malaysia. Untuk pastikan anda tidak menjadi mangsa, ambil langkah berjaga-jaga seperti berikut:
- Apabila membeli daripada penjual online, anda harus pilih kaedah Cash On Delivery (COD). Sekiranya penjual tersebut tidak boleh menawarkan kaedah COD oleh kerana lokasinya jauh dari anda, cuba untuk dapatkan wakil dari pihak anda untuk berjumpa dengan penjual untuk dapatkan barangan tersebut. Chung bertegas bahawa pembeli seharusnya melihat barangan yang akan dibeli sebelum membuat pembayaran.
- Lakukan perbandingan supaya anda boleh dapatkan aras harga semasa untuk barang yang anda ingin beli tersebut. “Apa yang akan membezakan penipuan barangan jualan adalah harga. Harga ialah salah satu perkara utama untuk dilihat.” Kata Chung. Jika harga tersebut terlalu murah, kebarangkalian ia merupakan penipuan adalah sangat tinggi!
- Telefon penjual tersebut. Sekiranya semua perhubungan dilakukan hanya melalui e-mail atau mesej melalui telefon, dan penjual tersebut mengelak untuk berhubung melalui panggilan telefon, kemungkinan penjual tersebut adalah penipu sangat tinggi. Menurut Chung, alasan yang sering diberikan penjual penipu adalah bekerja di luar negara sebagai sebab tidak boleh berhubung melalui panggilan telefon.
- Sekiranya penjual tersebut menggesa anda untuk segera melakukan pembelian seperti mengatakan terdapat 10 lagi pembeli yang ingin membeli barang tersebut dan anda perlu buat keputusan segera. Jangan tertipu dengan permainan minda penjual tersebut, “penjual penipu seperti ini bijak dan mereka tahu bagaimana untuk memanipulasi kelemahan pelanggan dan tahu apa yang akan menarik perhatian mereka” kongsi Chung.
Berkaitan: Pembeli-Belah Online: Ketahui Hak Anda
Produk yang lazim dengan penipuan online
Ambil langkah berjaga-jaga sekiranya anda ingin membeli barangan elektronik, terutamanya gajet sepeti computer riba dan juga telefon bimbit yang sangat terdedah dengan penipuan online. Dengan perlbagai gajet yang dikeluarkan syarikat setiap tahun, ramai penjual penipu yang akan mengambil kesempatan untuk cuba menipu mangsa yang ingin menjadi antara orang terawal memiliki gajet terbaru itu.
Layar melalui sambungan selamat
Sewaktu membeli belah secara online, anda seharusnya lakukannya melalui “secured network” dan elakkan untuk lakukan pembelian menggunakan computer yang dikongsi. Selain daripada itu, jangan lakukan pembelian online menggunakan sambungan melalui sambungan Wi-Fi percuma seperti di kafe atau tempat awam.
Sambngan Wi-Fi di tempat awam adalah lebih berisiko kerana sesiapa sahaja yang berada di lokasi sama boleh memantau maklumat yang anda masukkan seperti maklumat perbankan atau kad kredit anda. Oleh itu, lakukan pembelian online dan semua aktivi perbankan atas talian melalui sambungan internet yang selamat, seperti di rumah anda.
Semak kenyataan
Semak kenyataan perbankan anda secara kerap untuk pastikan anda tidak menjadi mangsa kepada pencurian diatas talian tanpa anda menyedarinya. Lihat kenyataan perbankan anda untuk pastikan tiada bayaran ganjil yang dicaj pada akaun anda. Menyemak kenyatan perbankan anda juga akan bantu anda untuk mengesan sekiranya anda telah menjadi mangsa kepada caj penipuan dengan segera dan memudahkan anda untuk memperbaiki keadaan tersebut.
Hantar aduan
Jika anda melihat penjual online ataupun laman sesawang online yang anda rasakan ganjil, anda boleh laporkan kepada pihak berkuasa. Anda boleh menghantar laporan secara online atau di atas talian Kementerian Perdangangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNKK). Anda juga boleh laporkan kepada Pusat Bantuan MyCERT: Cyber999 yang merupakan badan dibawah CyberSecurity Malaysia melalui cara dibawah:
1. Borang online
Klik sini untuk pergi ke Borang Laporan Dalam Talian MyCERT.
2. E-mel
Anda boleh dilaporkan insiden ke MyCERT dengan menghantar e-mel ke cyber999@cybersecurity.my
Sila sertakan maklumat berikut, jika ada:
- Punca serangan
- Destinasi serangan
- Pengepala e-mel
- Fail log
- Masa serangan
3. SMS
Anda boleh berikan penerangan ringkas mengenai kejadian itu dan hantarkan ke 15888 menggunakan format berikut:
LAPORAN CYBER999 (e-mel) (aduan) ke 15888
Setiap SMS akan dikenakan bayaran sebanyak RM0.35 setiap mesej.
4. Telefon
Waktu pejabat: 1-300-88-2999
(Kecemasan): +6019-266 5850 (24x7)
Panggilan ke MyCERT dan Hotline Cyber999 dipantau pada waktu perniagaan (8:30 pagi - 5:30 petang)
Ketahui maklumat lebih lanjuk sini.
“Membeli belah secara online di Malaysia adalah selamat, pembeli cuma perlu mengamalkan lebih “common sense” dan berjaga-jaga” kata Chung. Gunakan tips diatas untuk pastikan anda tidak menjadi mangsa penipuan apabila membeli belah secara online.