Dengan kelebihan teknologi, anda kini boleh menambah pendapatan melalui perniagaan online. Ketahui tips penting serta produk yang sesuai untuk bantu anda mulakan bisnes online.
Produk Yang Sesuai Untuk Bisnes Online
Dalam apa jua perniagaan, pemilihan produk penting untuk menentukan kejayaan perniagaan tersebut. Berikut adalah senarai produk yang sesuai untuk bisnes online:
Barangan Fesyen
Ramai yang kini gemar membeli produk fesyen secara online kerana ianya mudah dan pelbagai pilihan pada harga yang menarik ditawarkan. Oleh itu, anda boleh menawarkan barangan fesyen untuk dijual secara online bermula dengan barangan yang sering dipakai. Contohnya pakaian harian, tudung dan brooch kerana kebarangkalian untuk ianya berjaya dijual lebih tinggi.
Makanan
Sekiranya anda mempunyai minat memasak dan tahu bagaimana untuk menyediakan makanan yang digemari ramai, anda boleh menceburi bisnes makanan secara online. Anda boleh mengambil kesempatan di musim perayaan untuk menyediakan kuih raya serta manisan. Selain itu, bagi manisan seperti kek dan kuih muih, ianya tidak tertumpu pada musim perayaan sahaja. Anda bakal menerima tempahan sepanjang tahun untuk hari jadi, kenduri dan juga majlis keramaian bergantung pada jenis makanan atau resipi anda yang unik.
Produk Dropship
Dropship bermaksud anda akan menjual produk tanpa perlu membeli atau menyimpan stok. Caranya ialah anda akan menjadi orang tengah dimana anda mendaftar sebagai dropship untuk produk tersebut. Selepas anda promosikan produk tersebut, sekiranya anda menerima tempahan, anda akan lakukan tempahan dari supplier dan sampaikan produk tersebut kepada pelanggan. Selalunya, anda perlu berunding dengan supplier untuk mendapatkan harga borong yang lebih murah dan menjana keuntungan sebagai agen dropship dengan menjualkan produk tersebut pada harga yang lebih mahal.
Pelbagai produk boleh dijual melaui dropship seperti tudung, gajet, barangan kosmetik dan banyak lagi. Yang penting, anda mesti berupaya untuk mencari produk yang berpotensi dan kualiti supaya ia boleh mendapat sambutan di pasaran. Sekiranya anda tidak mahu membeli stock maka bisnes online secara dropship adalah sesuai untuk anda ceburi.
Kelebihan dropship ialah anda tidak akan rugi sekiranya anda tidak dapat menjual produk, cuma anda tidak akan menjana untung. Oleh itu ia sesuai untuk individu yang mahukan perniagaan online yang kurang berisiko. Anda juga boleh melihat peluang perniagaan kecil terbaik 2016 untuk dapatkan cadangan lain.
Perkhidmatan atau Kemahiran
Sekiranya anda bekerja sebagai pelukis, jurugambar, pembaikpulih telefon bimbit ataupun tukang paip, anda juga boleh menawarkan perkhidmatan atau kemahiran anda di laman web ataupun laman sosial sebagai kerja sampingan.
Anda hanya perlu memastikan anda mempunyai masa yang cukup untuk mengendalikan kerja sampingan tersebut selain daripada kerja sepenuh masa. Melalui laman web seperti Mudah.my, anda boleh memasarkan kemahiran anda dengan harga yang berpatutan.
Platform Untuk Mulakan Bisnes Online
Laman sosial
Platform sosial media seperti Facebook serta Instagram adalah pilihan yang baik sekiranya anda baru sahaja bermula. Ianya percuma, dan anda boleh mengambil kesempatan untuk menggunakan #hashtag yang bersesuaian untuk memasarkan produk anda. Ingat, jangan gunakan laman sosial peribadi anda untuk menjual produk. Buka akaun khas untuk bisnes online anda kemudian jemputlah rakan untuk like dan follow. Ianya akan memudahkan anda untuk mengasingkan pengunaan peribadi dan busines serta lebih mudah untuk anda bina rangkaian pelanggan.
Laman Web
Memasarkan produk anda melalui laman web akan melibatkan kos. Sekiranya anda mempunyai modal untuk mengupah web programmer anda boleh mempertimbangkan untuk dapatkan laman web anda sendiri. Tetapi ia lebih baik sekiranya anda mula memasarkan produk anda melalui platform percuma seperti yang dibincangkan diatas.
Kemudian setelah perniagaan anda berkembang anda boleh dapatkan laman web. Anda juga boleh bermula melalui blog, kemudian anda boleh dapatkan domain anda sendiri setelah perniagaan semakin kukuh dan bajet perniagaan anda berupaya untuk menampung kos tersebut.
Tetapi untuk permulaan anda dicadangkan untuk tidak menceburi pelbagai platform, sebaliknya untuk tumpukan pada satu atau dua platform terlebih dahulu. Setelah stabil anda boleh ceburi platform selebihnya.
Tips Tambahan
Daftar perniagaan anda
Mendaftar perniagaan online anda merupakan satu kewajipan. Selain itu, anda juga boleh tingkatkan keyakinan pelanggan serta bakal pelanggan apabila perniagaan anda berdaftar kerana mereka tidak takut tertipu dan akan rasa lebih terjamin. Anda boleh daftar perniagaan online di kaunter Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) ataupun secara online di laman web www.ssm.com.my
Modal Ikut Kemampuan
Anda tidak perlu mengambil pinjaman peribadi atau berhutang hanya untuk memulakan bisnes online. Mulakan perniagaan anda mengikut kemampuan kerana melalui cara ini anda boleh mengurangkan hutang dan untung yang anda akan dapat itu bersih.
Setelah perniagaan sudah mula kukuh anda boleh pertimbangkan untuk mengambil pinjaman untuk kembangkan perniagaan tersebut. Untuk mendapatkan pinjamin peribadi yang terbaik, anda boleh bandingkan produk yang ditawarkan oleh berbagai bank dengan mudah di CompareHero.my. Klik banner dibawah untuk bandingkan produk terbaik.
Bisnes apa sekalipun akan mempunyai risiko, namun selain dari berani mengambil cabaran, anda juga harus lengkapkan diri dengan pengetahuan sebelum menceburi perniagaan. Sepanjang perjalanan ini, anda perlu siapkan diri dari segi mental dan fizikal kemudian kekal berusaha dan fleksibel untuk mengubah struktur perniagaan bila-bila masa untuk kekal berdaya saing.