Burger merupakan antara makanan popular di Malaysia. Dari kafe hipster hingga ke gerai jalanan, pilihan menu yang ditawarkan hampir tidak ada hadnya. Namun, salah satu jenama yang paling dekat dengan rakyat Malaysia merupakan Burger Ramly.
Jenama ini diasaskan oleh Datuk Haji Ramli Mokni pada tahun 1984. Ia telah bermula dalam perancangannya sejak 1979 lagi, dan objektif utama syarikat ini ialah untuk menawarkan produk makanan yang halal, bersih dan bermutu. Selain daging burger, syarikat ini turut mengeluarkan produk lain seperti frankfurter, nugget, bebola daging, ayam, dan sos.
Walaupun tidak menggunakan daging burger jenama Ramly, jenama ini sahaja sudah cukup untuk menarik pelanggan jika digunakan di gerai anda. Dengan pasaran yang agak mudah untuk dimasuki dimana modal yang diperlukan tidak begitu tinggi, CompareHero.my mengkaji berapa keuntungan yang boleh diperolehi dengan membuka gerai menjual Burger Ramly.
Berapa jumlah modal yang diperlukan untuk membuka gerai burger?
Jika anda ingin membuka gerai burger, anda perlu membeli dan menyediakan kelengkapan, dari sebuah gerai, dapur memasak, meja, lampu, dan perkakas memasak yang lain. Semuanya boleh dibeli di kedai pengedar produk dapur, gudang, ataupun online seperti Shopee dan Lazada.
Anggaran kos
Anda memerlukan modal pendahuluan sekitar RM5,000 – RM6,000, bergantung kepada jenama dan kualiti peralatan yang anda inginkan:
- Purata harga sebuah gerai burger: RM2,000 – RM3,000
- Purata harga dapur memasak: RM200 – RM500
- Harga lampu: Sekitar RM50
- Purata harga peralatan memasak: RM500 – RM800
Anda juga perlu menyediakan bajet sekitar RM200 – RM400 sebulan, untuk bahan mentah seperti:
- Roti burger
- Marjerin
- Mayonis
- Keju
- Serbuk lada sulah
- Sos cili
- Sos Worcester
- Daging lembu dan ayam
- Telur
Berapa banyak burger yang boleh anda jual dalam sehari?
Jumlah burger yang boleh anda jual bergantung kepada beberapa factor seperti lokasi gerai, dan juga kualiti burger. Kami cadangkan anda pilih lokasi seperti persimpangan jalan di kawasan perumahan, berdekatan kedai Mamak, kafe siber, rumah flat, ataupun kedai serbaneka. Lokasi seperti ini dikenalpasti antara lokasi ‘panas’ yang boleh menarik pelanggan.
Sebiji ‘Burger Ayam Special’ berharga RM4 hingga RM5 boleh dijual sebanyak 20 – 30 biji sehari, bergantung kepada jumlah pelanggan anda. Oleh itu, pendapatan harian yang boleh anda raih sekurang-kurangnya RM80. Jika anda membuka gerai setiap hari (tanpa mengambil cuti), dalam sebulan anda boleh menjana sekurang-kurangnya RM2,400. Untuk mendapatkan lebih dari itu, anda perlu menarik lebih ramai pelanggan, atau tingkatkan waktu operasi.
Baca juga: Tips Untuk Luluskan Pinjaman Peribadi Bank Di Malaysia
Anggaran untung bersih sebulan
Formula 1:
RM2,400 (pendapatan) – RM400 (kos bahan mentah dan operasi sebulan) = RM2,000 (Untung Bersih)
Jangan lupa tentang modal permulaan anda. Untuk memastikan anda mendapat balik modal, ia mungkin mengambil masa sehingga antara 6 – 12 bulan. Anda boleh bahagikan kos pendahuluan tersebut kepada 6 bulan atau 12 bulan untuk mengetahui jumlah untung bersih sebenar.
Jika anda menggunakan kiraan 12 bulan:
RM5,000 / 12 bulan = RM417
Formula 2:
RM2400 (Pendapatan) – RM400 (Kos baham mentah sebulan) – RM417 (Kos pendahuluan sebulan): RM1,583
Pengiraan formula 2 hanya boleh diguna pakai sehingga anda mendapat balik modal. Selepas tempoh tersebut, anda boleh menggunakan formula 1 untuk merancang strategi jualan burger di gerai anda bagi mencapai untung bersih. Formula 2 juga boleh bantu membuat anggaran balik modal, pendapatan dan untung sekiranya anda membeli peralatan baru untuk menambah baik gerai.
Pro dan kontra membuka gerai burger
Seperti kerjaya lain, membuka gerai menjual burger ada pro dan kontranya. Rujuk senarai dibawah utuk membantu anda membuat keputusan sebelum menceburi bidang ini:
Pro:
- Jadual yang fleksibel. Anda boleh tentukan waktu operasi gerai dan lokasi, disebabkan saiz yang kecil.
- Merapatkan hubungan dengan masyarakat setempat. Ini peluang untuk mengenali jiran dan komuniti tempat tinggal anda.
- Pada hari tertentu, anda boleh menjual lebih dari jumlah kebiasaannya. Contohnya, jika ada majlis keramaian, ataupun acara seperti perlawanan bola sepak atau pertandingan sukan. Ambil peluang untuk buka gerai disana.
- Anda tetapkan peraturan kerja sendiri. Dari pakaian, prosedur, hingga ke bonus, jika anda memiliki gerai tersebut sepenuhnya.
Kontra:
- Jumlah pelanggan yang tidak menentu: Anda tidak semestinya akan mendapat puluhan pelanggan setiap hari. Ia bergantung kepada banyak faktor, ada kemungkinan anda tidak dapat menjual sebiji burger pun dalam sehari. Ini boleh mengganggu proses untuk membuat anggaran untung dan belanja pada tempoh akan datang.
- Cuaca: Antara faktor yang akan mendatangkan kesan kepada jumlah pembeli, seperti hujan lebat. Cuaca yang buruk juga boleh mendatangkan kerosakan ke gerai burger anda.
- Faktor keselamatan: Anda patut mengambil kira keselamatan lokasi sebelum berniaga. Risiko keselamatan yang paling besar sudah tentulah kecurian wang jualan.
- Tempoh balik modal: Seperti yang diterangkan diatas, tempoh balik modal boleh mencecah sehingga 12 bulan. Tempoh yang lama ini memerlukan kesabaran yang tinggi. Jika tidak, pelaburan anda dalam perniagaaan ini sia-sia.
Jadi, patutkah anda membuka gerai Burger Ramly?
Jika anda melepasi syarat dibawah, apa salahnya?
- Anda memiliki RM5,000 – RM6,000 untuk modal permulaan.
- Anda memiliki masa yang cukup untuk berniaga.
- Jika anda berhasrat untuk memohon pinjaman, anda MAMPU untuk membayar ansuran bulanan. Rujuk disini untuk mengetahui kadar bayaran bulanan berdasarkan jumlah pinjaman.
Inginkan modal bagi membuka perniagaan? Ketahui pinjaman-pinjaman peribadi dengan kadar faedah terbaik di pasaran!
Disclaimer: Neither CompareHero.my nor the content on it is intended as securities brokerage, investment, tax, accounting or legal advice, as an offer or solicitation of an offer to sell or buy, or as an endorsement, recommendation or sponsorship of any company, security or fund. The content on CompareHero.my is for general information purposes only and is not intended to be personalised investment advice or a solicitation for the purchase or sale of securities.
Compargo Malaysia Sdn. Bhd. and/or its affiliates cannot and do not assess, verify or guarantee the adequacy, accuracy or completeness of any information, the suitability or profitability of any particular investment, or the potential value of any investment or informational source. CompareHero.my may receive compensation from the brands or services mentioned on this website.
Save
[tags]