Panduan Memilih Saham Untuk Melabur

CompareHero.my Team

CompareHero.my Team

Last updated 09 November, 2021

Setelah anda telah mengenalpasti 5 langkah mudah untuk mula melabur saham, ketahui cara menilai saham yang sesuai untuk portfolio pelaburan anda.

Pelaburan saham merupakan satu perancangan jangka panjang, dan salah satu faktor penting untuk mengoptimumkan pelaburan anda ialah dengan memanfaatkan compounding interest sepenuhnya.

Panduan membina dan memantau portfolio pelaburan anda

Dalam satu temuramah bersama CompareHero.my, Alvin Vong, CEO EquitiesTracker.com menyatakan bahawa sebelum melabur, pelabur terutamanya yang baru, digalakkan untuk memiliki pengetahuan yang mendalam tentang industri dan syarikat yang bakal mereka laburi. Dia juga mengatakan bahawa pelabur boleh memantau pelaburan mereka dengan menggunakan pelan seperti berikut.

Pilih industri dan syarikat

Ikuti perkembangan industry yang sering mempunyai prestasi baik. Antara industri yang memiliki rekod yang baik ialah  Fast-Moving Consumer Goods (FMCG)  dan Pendidikan. Anda boleh merujuk Bursa Malaysia atau Bursa Market Place untuk mengetahui samada syarikat tersebut tersenarai.

Kaji prestasi kewangan syarikat tersebut

Anda mungkin akan sering mendengar perkataan fundamentals sering digunakan apabila membincangkan tentang syarikat yang disenarai di pasaran saham. Tetapi, apa maksud sebenar fundamentals?

Di dalam konteks pasaran saham, ia bermaksud posisi kewangan sebuah syarikat termasuk penyata pendapatan dan juga penyata aliran tunai syarikat tersebut. Untuk mengetahui prestasi syarikat tersebut dengan lebih jelas, data yang diperlukan termasuklah dari 5 tahun yang lepas. Prestasi kewangan selama lima tahun berturut-turut ini membolehkan anda menilai konsistensi perjalanan dan strategi syarikat tersebut dalam menjana keuntungan, terutamanya bagi membayar dividen untuk pelabur.

Selain itu, anda perlu mengambil kira samada struktur perniagaan, rekod dan penjanaan keuntungan syarikat tersebut berdaya maju untuk menghadapi perubahan pasaran semasa.

my_5simplestepsforstockinvestment_blog04

Taksirkan risiko yang bakal anda hadapi sebelum melabur

Risiko akan sentiasa ada dan anda bakal hadapi dalam membuat keputusan ketika melabur. Namun soalan ini boleh menjadi panduan untuk anda dalam memilih saham dan syarikat yang sesuai untuk melabur.

  • Berapa lama syarikat tersebut telah beroperasi?
  • Apakah kekuatan dalaman dan luaran, kelemahan, potensi serta ancaman yang dihadapi oleh syarikat tersebut?
  • Adakah syarikat tersebut pernah beroperasi dalam kerugian? Jika ya, apakah punca kerugian itu dan bagaimana syarikat tersebut mengatasi kerugian itu?
  • Adakah syarikat tersebut menunjukkan aliran tunai yang positif dalam tempoh 10 tahun yang lepas?
  • Adakah syarikat tersebut membayar dividen dalam 5 tahun yang lepas?
  • Berapa jumlah pendapatan dan untung yang dijana dalam tempoh 3 tahun yang lepas?
  • Apakah potensi masa hadapan industri itu? Adakah industri tersebut akan menghadapai perubahan serta cabaran baru?

Mahirkan diri anda dengan istilah yang digunakan dalam pelaburan saham

Berikut antara istilah yang perlu anda ketahui:

  • Nisbah Harga/Pendapatan (PE Ratio): digunakan untuk menentukan nilai saham. Nisbah yang tinggi boleh dilihat sebagai tanda harga saham tersebut dinilai lebih tinggi, dan mewujudkan situasi pullback (penjualan saham mendadak). Saham yang memiliki nisbah PE yang rendah pula boleh dikira sebagai saham yang bagus kerana pasaran telah meletakkan harganya dibawah nilai sebenar.
  • Dividen: dibayar sebagai ganjaran kepada pemegang saham. Rujuk laporan tahunan syarikat tersebut bagi mengetahui konsistensi pembayaran dividen.
  • 52 week high: harga tertinggi satu saham dalam tempoh 52 minggu terkini.
  • 52 week low: harga terendah satu saham dalam tempoh 52 minggu terkini.
  • Hasil dividen: nisbah dividen kepada harga saham. Berguna dalam menentukan pelaburan jangka panjang terbaik.
  • Pendapatan: jumlah hasil dari pelbagai sumber.
  • Untung: pendapatan bersih selepas ditolak belanja, cukai dan kadar faedah.
  • Pendapatan sesaham (earning per share, EPS): nisbah untung bersih dengan jumlah saham syarikat.
  • Aset bersih sesaham (Net asset per share): nisbah nilai aset bersih dengan jumlah saham syarikat.
  • Permodalan pasaran (Market Capitalisation): jumlah harga keseluruhan sebuah saham syarikat (harga saham x jumlah saham)
  • Harga saham: harga setiap saham syarikat berdasarkan urusniaga harian.

Tentukan portfolio dan jangkamasa pelaburan anda

Menurut Alvin, satu portfolio pelaburan saham secara puratanya memerlukan 5 tahun bagi mengurangkan risiko dari krisis ekonomi atau kejatuhan pasaran mendadak.

Oleh itu, anda perlu sentiasa mengambiltahu tentang perkembangan ekonomi dunia dan serantau serta kesannya akan ekonomi setempat. Kadang kala, peluang pelaburan yang bagus akan wujud disebalik kegawatan ekonomi, dan begitu juga sebaliknya.

Sedia untuk melabur?

Bursa Market Place merupakan sumber atas talian yang bagus untuk anda,dengan aplikasi serta sumber maklumat untuk membantu pelaburan anda, termasuklah artikel ini Apa itu Bursa Market Place?

Compare Personal Loan at CompareHero.my

Disclaimer: Neither CompareHero.my nor the content on it is intended as securities brokerage, investment, tax, accounting or legal advice, as an offer or solicitation of an offer to sell or buy, or as an endorsement, recommendation or sponsorship of any company, security or fund. The content on CompareHero.my is for general information purposes only and is not intended to be personalised investment advice or a solicitation for the purchase or sale of securities.

Compargo Malaysia Sdn. Bhd. and/or its affiliates cannot and do not assess, verify or guarantee the adequacy, accuracy or completeness of any information, the suitability or profitability of any particular investment, or the potential value of any investment or informational source. CompareHero.my may receive compensation from the brands or services mentioned on this website.

Save

Save

Save

The CompareHero.my team is comprised of many talented individuals, sharing their knowledge, experiences and research to help others make better financial decisions.

FINANCIAL TIP:

Use a personal loan to consolidate your outstanding debt at a lower interest rate!

Subscribe to our newsletter to stay up-to-date with exclusive money-saving tips & great deals