Tips Untuk Pekerja Freelance di Malaysia

CompareHero.my Team

CompareHero.my Team

Last updated 25 June, 2021

Letih dengan rutin kerja yang membosankan dan ingin beralih ke freelance? Tahukah anda bahawa ia lebih dari sekadar duduk di rumah dan mencari inspirasi untuk kerja demi menjana pendapatan. Berikut adalah beberapa tips jika anda ingin menjadi seorang freelancer berjaya di Malaysia.

Belajar Bagaimana untuk Menguruskan Masa Anda Sendiri

Menjadi seorang freelancer bermakna anda menjadi boss kepada diri anda sendiri! Oleh itu, mendisiplinkan dan memotivasikan diri setiap hari boleh menjadi satu cabaran. Semua orang akan bersemangat apabila dibayar, tetapi jika disiplin dan motivasi anda jatuh ke tahap rendah, kerjaya anda bakal berhadapan bahaya dan gagal mendapat kerjaya selepas itu.

Pertama, anda perlu menyusun atur tempat kerja anda di rumah. Pilih satu ruang khusus untuk anda melakukan kerja dan tetapkan jadual kerja kemudian patuh pada jadual tersebut. Jangan lupa untuk ambil kira masa rehat supaya anda mempunyai keseimbangan waktu kerja dan kehidupan peribadi anda.

Selain itu, rekod tempoh yang anda perlukan untuk menyiapkan satu tugasan. Ini boleh dijadikan asas untuk tugasan-tugasan berikutnya.

Tips: Jika kerja anda sering tertangguh sewaktu menyiapkan tugasan, keluar dari rumah anda segera! Cuba sewa ruang kerja perkongsian (coworking space). Persekitaran di sana akan membantu meningkatkan produktiviti anda untuk menyiapkan tugasan.

Bagaimana Untuk Mencari Tugasan

Jika anda baru hendak berjinak-jinak dalam dunia freelance, anda boleh mencari kerja di laman web seperti Fiverr atau Freelancer.com . Laman web tersebut bukan sahaja mengiklankan kerja-kerja yang boleh dilakukan, bahkan memberi ruang untuk ‘freelancer’ memaparkan tugasan yang boleh mereka lakukan.

Bergantung kepada kebolehan anda, laman web seperti Kaodim dan ServisHero juga boleh menjadi pilihan untuk memasarkan khidmat anda. Dengan hanya satu pendaftaran, laman web tersebut akan menyalurkan informasi anda ke pelanggan yang inginkan kemahiran anda, seperti rekaan gradik, mereka laman web, fotografi, merancang majlis, dan sebagainya.

Tawarkan Harga yang Sesuai & Berpatutan

Jangan cuba untuk lowbal para freelancer lain dengan menawarkan harga yang terlalu murah berbanding kadar biasa yang digunakan dalam pasaran oleh para freelancer lain. Bukan sahaja ia memburukkan hubungan anda dengan freelancer lain, tindakan ini juga akan menyukarkan anda untuk meningkatkan kadar khidmat anda pada masa akan datang. Bakal pelanggan anda akan ‘lari’ ke freelancer lain yang menawarkan kadar yang lebih murah. Jadilah freelancer yang bijak dengan menawarkan kadar yang sesuai dan berpatutan untuk perkhidmatan anda.

Tips eksklusif dari Pengurus Kandungan kami yang pernah bekerja selaku freelancer selama 3 tahun:

Tindakan lowball ini ialah satu perkara biasa dalam komuniti ini. Saya ingin nasihatkan supaya JANGAN SEKALI-KALI lakukan tindakan ini dan mengambil kesempatan dengan mengugut pelanggan anda untuk tidak memberikan khidmat yang ditugaskan jika mereka tidak menaikkan bayaran. Pertama, ia langsung tidak beretika, dan kedua, apabila tindakan anda ini menjadi pengetahuan orang ramai, amat sukar untuk anda menawarkan khidmat anda. Anda juga akan turut berhadapan dengan pelanggan yang enggan melunaskan bayaran jika anda tidak memberikan khidmat tambahan. Oleh itu berhati-hati kerana industri ini tidak sebesar yang disangka.

my_blog_img1_071516

Tips untuk Berunding Kadar Khidmat Anda

Tawarkan promosi atau diskaun untuk khidmat anda dengan mengenakan kadar yang sedikit murah. Untuk permulaan, fokus anda haruslah untuk membina rangkaian dan mendapatkan pelanggan tetap. Apabila reputasi anda telah agak kukuh, anda boleh berunding dengan pelanggan untuk menaikkan harga. Tetapi, anda perlu realistik kerana bukan semua pelanggan memiliki bajet jutaan ringgit. (Jika ya, mereka tidak akan mencari khidmat freelancer, bukan?)

Salah satu cara yang anda boleh gunakan juga ialah dengan menetapkan satu kos asas, diikuti kos tambahan yang dikenakan bergantung kepada masa dan kesukaran khidmat yang diperlukan pelanggan. Selain itu, anda juga boleh kaji kadar yang dikenakan freelancer lain untuk mendapatkan anggaran sebenar.

Tips untuk Melindungi Diri Anda Sebagai Seorang Freelancer

Selaku seorang freelancer, anda bakal berhadapan masalah dengan pelanggan anda, dari segi bayaran sehinggalah butiran dalam projek. Bagi mengelakkan sebarang pertelingkahan, jangan lupa untuk menandatangani perjanjian hitam dan putih dengan pelanggan sebelum memulakan projek.

Simpan semua rekod perbualan dan perhubungan anda dengan pelanggan, termasuklah email, mesej, panggilan telefon dan juga di media sosial. Sebagai contoh, berhubung dengan klien anda terus tanpa orang tengah, dan juga sediakan sebut harga yang dipersetujui kedua-dua pihak sebelum anda memulakan kerja. Jadi, anda akan memiliki semua dokumen yang diperlukan untuk melindungi diri anda.

Bagaimana Untuk Menguruskan Wang Anda

Menjadi seorang freelancer juga bermaksud pendapatan yang anda perolehi tidak tetap. Ada masanya anda tidak akan menang tangan melayan pelanggan, dan juga sebaliknya. Maka, anda perlu bijak dalam menguruskan kewangan anda. Pengurusan kewangan adalah sama pentingnya dengan menepati masa dan menyiapkan tugasan yang diberikan pada tempoh yang dijanjikan!

Langkah pertama ialah dengan memiliki bajet, dan merekod perbelanjaan serta pendapatan bulanan anda untuk mendapatkan gambaran sebenar pola kewangan anda. Anda juga perlu menyediakan simpanan (seeloknya dalam akaun yang berlainan dengan akaun peribadi anda) untuk membantu mengharungi tempoh tanpa pelanggan. Ini juga bermaksud anda perlu lebih teliti dengan aliran tunai anda.

Ia mungkin mengambil sedikit masa untuk mendapatkan keseimbangan antara hidup dan kerjaya anda. Jangan risau! Kenali masalah yang anda bakal hadapi kemudian buat persediaan secukupnya dan hidup anda selaku seorang freelancer bakal menjadi lebih mudah.

scvisaplatinum-png
  • 5X 360' Rewards Points for Dining, Departmental Stores & Overseas spend
  • 1X 360' Rewards Points for Other spend
  • ZERO Annual Fee, FREE for life
cta-apply-now

Save

Save

Save

The CompareHero.my team is comprised of many talented individuals, sharing their knowledge, experiences and research to help others make better financial decisions.

FINANCIAL TIP:

Use a personal loan to consolidate your outstanding debt at a lower interest rate!

Subscribe to our newsletter to stay up-to-date with exclusive money-saving tips & great deals