Jangan Terpedaya dengan 7 Mitos Kad Kredit Ini

CompareHero.my Team

CompareHero.my Team

Last updated 26 April, 2021

Takut untuk menggunakan kad kredit selepas mendengar cerita seram akibat penggunaannya? Lebih lagi kerana ramai telah diajar bahawa memiliki kad kredit satu perkara yang buruk. Artikel ini akan menjelaskan semua salah faham dan mitos berkaitan kad kredit.

Ketahui fakta tentang kad kredit untuk bantu anda dapatkan manfaat sepenuhnya disebalik penggunaannya.

Mitos 1: Kadar faedah kad kredit dicaj serta-merta selepas penggunaan

Fakta: Apabila anda membuat bayaran dengan kad kredit, anda sebenarnya meminjam wang dari bank. Tetapi, anda tidak akan dikenakan caj faedah serta-merta. Hampir semua bank di Malaysia mempunyai tempoh bebas caj faedah selama 20 hari untuk penggunaan kad kredit.

Jika anda membayar jumlah penuh yang dikenakan dalam tempoh 20 hari tersebut, anda tidak akan dikenakan sebarang faedah. Tetapi, jika anda hanya membuat bayaran minima, anda akan dikenakan faedah untuk baki yang  belum dibayar.

Baca juga: 9 Jenis Caj Kad Kredit Termasuk Pengeluaran Tunai & Transfer Duit

Mitos 2: Anda hanya perlu satu kad kredit sahaja

Fakta: Walaupun memiliki lebih dari satu kad kredit boleh menyukarkan anda untuk menjejak penggunaannya, mengehadkan pemilikan kad kredit kepada satu sahaja juga tidak bijak.

Bergantung kepada perbelanjaan dan gaya hidup anda, akan lebih menguntungkan jika anda mempunyai kad kredit sesuai dengan perbelanjaan anda. Ini kerana setiap kad kredit mempunyai ganjaran dan kelebihan yang berbeza. Contohnya, satu kad kredit digunakan untuk mengumpul rebat tunai, dan sekeping lagi digunakan untuk mengumpul Air Miles semasa melancong.

Mitos 3: Menggunakan kad kredit membuatkan anda menanggung beban hutan

Fakta: Risau anda bakal menanggung hutang jika memiliki kad kredit? Jika anda berdisiplin dalam menggunakan kad kredit, penggunaannya tidak akan menyusahkan anda. Anda tidak boleh bergantung kepada tunai semata-mata, terutamanya jika anda boleh terlepas ganjaran yang dimiliki kad kredit dengan begitu sahaja.

Malah, anda juga boleh berjimat dalam menggunakan kad kredit yang betul. Caranya, anda perlu menggunakan kad kredit yang sesuai dengan gaya perbelanjaan anda. Sebagai contoh, mereka yang berkeluarga boleh mendapat manfaat dari kad kredit rebat tunai apabila membuat bayaran petrol atau belanja harian. Jika anda kerap melancong, anda boleh menjimatkan belanja tiket kapal terbang dengan kad kredit Air Miles.

Baca juga: 5 Sebab Bahaya Lambat Lakukan Bayaran Kad Kredit

Mitos 4: Mohon lebih dari 1 kad kredit akan burukkan skor kredit anda

Fakta: Skor kredit anda ditentukan oleh banyak faktor, seperti tahap disiplin anda dalam membayar semula komitmen kewangan. Memohon kad kredit tidak akan mendatangkan kesan negatif ke skor kredit anda. Apa yang perlu anda fokuskan ialah untuk membuat bayaran tepat pada masanya jika anda memohon kad kredit tambahan. Membuat bayaran yang lewat merupakan salah satu faktor utama yang  memburukkan skor kredit anda.

Jika anda merupakan pemegang kad kredit utama, dan memiliki kad kredit tambahan, ia juga boleh mendatangkan kesan buruk ke skor kredit anda. Ini terutamanya jika pemegang kad kredit tambahan sentiasa lambat dalam membuat bayaran, kerana akibatnya akan ditanggung oleh pemegang kad kredit utama, iaitu anda.

Mitos 5: Anda hanya patut buat perbelanjaan besar sahaja dengan kad kredit

Fakta: Anda mungkin sangka kad kredit hanya perlu digunakan untuk membuat perbelanjaan besar, ia buka begitu untuk setiapa situasi. Ada juga yang menyangka anda tidak patut berhutang untuk perbelanjaan keperluan seperti makanan atau barangan dapur. Tetapi, berbelanja dengan kad kredit dan membuat bayaran penuh tepat pada masa bermaksud anda tidak akan dikenakan sebarang faedah.

Anda juga digalakkan untuk membuat sesetengah bayaran menggunakan kad kredit untuk dapatkan ganjaran seperti rebat atau diskaun tambahan. Jadi, ambil kesempatan tersebut dengan menggunakan kad kredit anda untuk perbelanjaan harian, dan bukan hanya untuk perbelanjaan besar sahaja.

my_blog_creditcardmyths_1-jpg

Mitos 6: Memohon kad kredit baru untuk membayar hutang kad kredit adalah tindakan yang buruk 

Fakta: Anda mungkin sangka memohon kad kredit baru untuk membayar baki tertunggak kad kredit yang sedia ada tidak masuk akal. Tetapi, jika kad kredit baru itu menawarkan kadar pindahan baki (Balance Transfer) yang bagus, ia boleh menguntungkan.

Contohnya, anda memohon kad kredit baru dengan kadar faedah yang lebih rendah untuk membayar baki tertunggak kad kredit lama anda yang memiliki kadar faedah 16%. Pindahan baki tersebut boleh bantu anda untuk langsaikan hutang dengan lebih cepat. Pelan pindahan baki yang bagus boleh juga boleh berikan kadar faedah yang rendah, atau   0% dari beberapa bank.

Tetapi, anda perlu sentiasa berdisiplin dalam membuat bayaran balik tepat pada masanya. Ini kerana jika anda lambat bayar, kadar faedah rendah akan ditarik balik, dan anda akan dicaj faedah tinggi.

Lihat juga: Pelan Pindahan Baki Terbaik di Malaysia

Mitos 7: Bayaran minima mencukupi

Fakta: Pemegang kad kredit diwajibkan untuk membuat bayaran minima sebanyak 3% hingga 5% dari baki tertunggak kad kredit mereka. Istilah “bayaran minima” ini mungkin boleh mengelirukan pemegang kad kredit baru kerana bersangka itu jumlah hutang mereka dengan bank. Sesetengah pemegang kad kredit juga menyangka membuat bayaran minima sahaja sudah mencukupi.

Katakanlah anda membeli sebuah iPhone 7 yang berharga RM 3,199 dengan kad kredit anda. Selepas itu, anda hanya membuat bayaran minima RM 140 sebulan. Pada kadar faedah 18% setahun, anda akan mengambil masa 26 bulan (lebih kurang 2.1 tahun) untuk melangsaikan bayaran tersebut sepenuhnya.

Anda akan membayar RM 3884.10, di mana jumlah RM 685.10 hanya untuk faedah sahaja! Jika anda bayar RM 300 setiap bulan, anda boleh langsaikan bayaran tersebut dalam tempoh setahun, dengan kos RM 3,512.42, dan RM 313.42 adalah jumlah faedah yang dicaj. Jadi, anda akan jimat lebih banyak dari segi caj faedah dan juga tempoh bayaran jika anda bayar lebih dari jumlah minima.

Ingat untuk semak baki semasa kad kredit anda apabila anda menerima penyata bulanan. Sebaiknya, anda patut langsaikan semua baki tertunggak pada setiap bulan. Tetapi, jika anda tidak mampu, pastikan bayaran yang anda buat lebih dari bayaran minima untuk mengurangkan caj faedah.

Kad kredit yang dibuat dari emas bunyi seperti mitos? Sebenarnya, ia memang wujud! Sebuah bank di Russia mengeluarkan kad kredit yang dibuat dari emas tulen. Tetapi, disebabkan kad tersebut tidak memiliki bahagian jalur magnetic (magnetic stripe), ia tidak boleh digunakan untuk berbelanja.

Setelah anda ketahui mitos dan fakta untuk kad kredit, jangan takut untuk memohon kad kredit untuk memudahkan anda. Ingat, jika digunakan dengan betul, kad kredit boleh mendatangkan banyak faedah!

Lihat juga: 5 Sebab Kad Kredit Lebih Baik dari Tunai Ketika Melancong

my_blog_genericproducts_cta_rev_021417

The CompareHero.my team is comprised of many talented individuals, sharing their knowledge, experiences and research to help others make better financial decisions.

FINANCIAL TIP:

Use a personal loan to consolidate your outstanding debt at a lower interest rate!

Subscribe to our newsletter to stay up-to-date with exclusive money-saving tips & great deals