Sebagai pemegang kad kredit, antara situasi yang paling ditakuti ialah pembayaran transaksi anda ditolak, terutamanya ketika di kaunter bayaran. Elakkan situasi janggal ini daripada berlaku. Ketahui sebab kad kredit anda ditolak serta apa yang perlu anda lakukan.
1. Anda melakukan pembelian di luar negara
Situasi ini boleh berlaku jika anda tidak memaklumkan kepada bank bahawa anda bakal ke luar negara. Atas sebab itu, pihak bank mungkin mengesyaki transaksi yang dilakukan sewaktu diluar negara itu dilakukan oleh pihak yang menyalahgunakan kad kredit anda.
Selain itu, kerana polisi keselamatan yang lebih ketat untuk kad kredit, transaksi dari dan ke luar negara akan dihalang jika tiada sebarang pengesahan dibuat oleh pemegang kad kredit tersebut. Malah, bank mungkin akan membekukan akaun anda.
Baca juga: Bahaya Lambat Lakukan Bayaran Kad Kredit
2. Anda telah mengaktifkan perlindungan dari penipuan
Walaupun situasi dimana kad kredit anda ditolak agak memalukan ia sebenarnya bertujuan untuk melindungi anda sebagai pemegang kad kredit dari sebarang penipuan. Contohnya, jika pihak bank mengesyaki transaksi tersebut dilakukan oleh seseorang yang menyalahgunakan kad kredit anda, pembayaran akan ditolak. Ia situasi yang biasa berlaku sewaktu pembelian dalam talian, ataupun pembayaran bagi jumlah yang lebih dari biasa yang anda lakukana.
Baca juga: Mengapa Rakyat Malaysia Mempunyai Hutang Kad Kredit?
3. Anda lupa atau tidak tahu tentang caj hold
Pembayaran dengan kad kredit anda boleh ditolah ijika kad kredit anda telah digunakan untuk banyak transaksi yang memerlukan caj ‘hold’. Hold ialah jumlah yang akan dikenakan keatas kredit kad anda jika jumlah pembelian itu tidak boleh ditentukan. Contohnya anda menggunakan kad kredit untuk mengisi minyak. Kebiasaanya kad kredit anda akan dikenakan caj RM200 sebagai hold sebelum anda dicaj jumlah sebenarnya Maka, boleh jadi bahawa anda tidak sedar yang anda telah berbelanja melebihi had kredit oleh kerana beberapa caj hold tersebut. Situasi ini boleh berlaku sewaktu anda membuat tempahan bilik di hotel ataupun mengisi minyak di stesen.
Sesetengah pemegang kad kredit tidak akan sedar situasi ini, dan juga bahawa ia akan mengambil beberapa hari untuk ‘hold’ tersebut diselesaikan. Oleh itu, jika anda mampu, gunakan lebih dari satu kad kredit untuk tujuan berbeza, seperti melancong, dan mengisi petrol.
Baca juga: Fahami Mengapa Kad Kredit Sebenarnya Sejenis Pinjaman
Tip: Dapatkan satu kad kredit asas untuk tujuan kecemasan. Klik dibawah untuk bandingkan dan mohon untuk kad kredit asas terbaik di Malaysia
4. Anda membuat pembelian dengan jumlah yang besar
Bergantung kepada corak penggunaan kad kredit anda, pembayaran yang anda lakukan menggunakan kad kredit anda mungkin akan ditolak jika ia lain dari corak penggunaan anda. Pihak bank akan mengesyaki bahawa transaksi tersebut tidak dilakukan oleh anda. Oleh itu, untuk melindungi pemegang kad kredit tersebut dan pihak bank daripada kerugian, pembayaran menggunakan kad kredit tersebut akan ditolak.
Namun, kebanyakan pihak bank sekarang akan menghubungi pemilik kad kredit terlebih dahulu untuk mendapatkan pengesahan tentang sesetengah transaksi sebelum mengambil tindakan. Jadi, pastikan maklumat terkini anda tepat supaya bank boleh menghubungi anda jika proses pengesahan diperlukan.
5. Anda telah mencecah had kredit
Ini merupakan antara sebab yang sering berlaku dimana pembayaran menggunakan kad kredit ditolak. Selaku pemegang kad kredit, pastikan anda sentiasa peka dengan perbelanjaan yabng anda lakukan menggunakan kad kredit anda supaya anda tidak melebihi had kredit. Jika ianya berlaku, sudah tentu bayaran yang dilakukan menggunakan kad kredit selepas itu akan ditolak.
Tip: pastikan anda tidak menggunakan keseluruhan had kredit bagi kad anda. Jumlah kegunaan yang disarankan ialah 30% dari had kredit anda supaya tidak mendatangkan kesan negatif kepada rekod kredit anda.
6. Kad kredit anda telah tamat tempoh
Sebab keenam ini juga merupakan antara yang paling kerap berlaku. Adakalanya, pemegang kad kredit akan terus membuat pembelian dan mengabaikan tempoh tamat kad kredit tersebut. Mereka hanya akan sedar apabila bayaran ditolak. Bank akan memaklumkan kepada anda terlebih awal jika kad anda hampir tamat tempoh, jadi jangan pula anda abaikannya.
Baca juga: Cara Guna Kad Kredit Yang Golongan Millenial Patut Tahu
Apa anda perlu lakukan jika bayaran kad kredit ditolak
Jika situasi ini berlaku, jangan panik. Hubungi pihak bank dengan segera kemudian maklumkan situasi yang berlaku. Seperti anda sedia maklumkan dengan contoh diatas, terdapat pelbagai punca bayaran menggunakan kad kredit anda ditolak. Oleh itu dapatkan penjelasan dari pihak bank serta langkah yang perlu diambil untuk menyelesaikan masalah tersebut.
Anda akan menerima beberapa pertanyaan sebagai prosedur keselamatan. Maklumkan kepada bank lokasi anda, pembelian yang anda cuba lakukan menggunakan kad kredit dan jumlah. Kemudian tanya punca kad kredit anda ditolak.
Lihat juga: 9 caj kad kredit yang perlu anda ketahui.
Klik sini untuk ketahui promosi kad kredit terbaru kami
[tags]