6 Tips Mudah Lulus & Syarat Kelayakan Permohonan Kad Kredit

CompareHero.my Team

CompareHero.my Team

Last updated 19 February, 2021

Ketahui 6 tip ini yang boleh membantu meningkatkan peluang permohonan kad kredit anda diluluskan oleh pihak bank!

1. Faktor umur dan sejarah kerja

Umur dan sejarah kerja seseorang memainkan peranan dalam menentukan sama ada permohonan kad kredit akan diterima atau ditolak oleh pihak bank. Bagi faktor pekerjaan, sekiranya seseorang itu baru memasuki alam pekerjaan, mereka mungkin mengalami kesukaran untuk mendapatkan kelulusan kad kredit.

Jadi pastikan anda sekurang-kurangnya telah bekerja selama setahun untuk memastikan permohonan anda diluluskan. Selain itu, sekiranya anda pekerja kontrak, anda juga mungkin berhadapan kesukaran mendapat kelulusan untuk kad kredit dari bank. Ini kerana bank kurang gemar meluluskan permohonan kad kredit kepada individu yang bekerja secara kontrak kerana status pekerjaan mereka lebih berisiko berbanding pekerja yang bekerja secara tetap.

Bagi faktor umur pula, sekiranya anda berumur 30 tahun keatas dah tidak pernah memiliki kad kredit, anda mungkin berhadapan sedikit kesukaran untuk mendapatkan kelulusan bagi kad kredit pertama anda. Maka nasihat kami ialah dapatkan kad kredit sebelum umur anda menjangkau lebih 30 tahun.

2. Komitmen kewangan

Jika anda mempunyai komitmen kewangan seperti pinjaman kereta, pinjaman perumahan atau pinjaman peribadi, anda boleh mendapat kelulusan kad kredit dengan lebih senang. Ini kerana bank boleh menilai corak pembayaran anda untuk memenuhi komitmen kewangan tesebut.

Sebaliknya, jika anda tidak mempunyai sebarang komitmen kewangan, bank tidak boleh melihat corak pembayaran anda maka pihak bank kebiasaannya enggan meluluskan permohonan kad kredit dalam situasi begini.

3. Dapatkan salinan laporan kredit

Apabila bank memproses permohonan kad kredit, pihak bank akan menganalisa laporan kredit anda menerusi Central Credit Reference Information System (CCRIS). Jadi, sebelum anda membuat permohonan untuk kad kredit, dapatkan dahulu salinan laporan kredit CCRIS anda untuk pastikan bahawa laporan kredit anda dalam keadaan baik sebelum anda membuat permohonan kad kredit. Anda boleh dapatkan laporan kredit CCRIS anda dari Bank Negara Malaysia (BNM).

Berkaitan: Perbezaan Laporan Kredit CCRIS dan CTOS

4. Tingkatkan taraf laporan kredit anda

Jika terdapat sebarang percanggahan makumat pada laporan kredit anda, pastikan anda bertindak segera kerana percanggahan ini akan menyebabkan masalah pada permohonan kad kredit anda. Tetapi anda perlu tahu bahawa percanggahan tersebut hanya boleh dikemaskini dengan menghubungi pihak bank, bukannya Bank Negara Malaysia atau CCRIS. Contohnya, laporan kredit CCRIS menunjukkan anda mempunyai tunggakan bayaran pada Bank X atau syarikat telekomunikasi, tetapi hakikatnya anda telah melunaskan semua pembayaran.

Maka untuk membetulkan kesilapan yang menunjukkan tunggakan anda pada Bank X atau syarikat telekomunikasi, anda perlu menghubungi pihak tersebut segera. Pihak bank atau syarikat telekomunikasi tersebut kemudian akan mengemukakan maklumat terkini supaya laporan kredit CCRIS ada dikemaskini dengan betul.

Selain daripada itu, untuk meningkatkan taraf laporan kredit anda, pastikan anda membayar semua bil dan pinjaman kewangan anda secara konsisten kerana jika anda sering ada tunggakan pembayaran, laporan kredit akan menunjukkan rekod anda sebagai individu yang mempunyai corak pembayaran yang tidak baik.

5. Kaji taraf pendapatan minima

Anda mungkin tertarik pada sesuatu kad kredit yang menawarkan mata ganjaran Air Miles yang banyak dan anda terus tekan butang untuk memohon. Tunggu dahulu! Sudahkah anda mengkaji syarat pendapatan minima yang diperlukan untuk memohon kad tersebut?

Kebiasaannya, kad kredit yang menawarkan ganjaran yang lumayan sering meletakkan pendapatan minima yang tinggi sebagai syarat kelayakan untuk kad tersebut.

Secara amnya, kad kredit bertaraf emas memerlukan syarat kelayakan yang minima, maka anda boleh membuat permohonan untuk kad bertaraf emas dahulu. Setelah anda membuktikan tahap kebertanggungjawaban yang tinggi dan mempunyai corak pembayaran baik, anda kemudian boleh memilih untuk membuat permohonan kad kredit yang bertaraf premium.

Berkaitan: Cara Guna Kad Kredit Yang Golongan Millenial Patut Tahu

6. Kaji permohonan anda

Kadang kala permohonan kad kredit ditolak oleh kerana anda telah melakukan kesilapan sewaktu mengisi borang permohonan. Walaupun nampak mudah, ramai yang membuat kesilapan semasa mengisi maklumat peribadi mereka di borang permohonan. Teliti borang permohonan anda untuk pastikan semua maklumat telah diisi dengan betul sebelum anda hantar permohonan itu, terutamanya jika anda melakukan permohonan kad kredit melalui laman sesawang.

Anda mahu mendapatkan kad kredit pada kadar yang terbaik? Bandingkan kad kredit terbaik secara percuma di CompareHero.my untuk dapatkan kad kredit yang terbaik untuk penggunaan anda.

Baca juga: Kelebihan Menggunakan Kad Kredit Berbanding Tunai

Save

Save

The CompareHero.my team is comprised of many talented individuals, sharing their knowledge, experiences and research to help others make better financial decisions.

FINANCIAL TIP:

Use a personal loan to consolidate your outstanding debt at a lower interest rate!

Subscribe to our newsletter to stay up-to-date with exclusive money-saving tips & great deals