Anda mempunyai bayaran pinjaman yang tertunggak? Jika anda risau diganggu oleh pengutip hutang, teruskan membaca untuk ketahui hak anda apabila dikunjungi pengutip hutang.
Siapakah pengutip hutang?
Pengutip hutang, atau ejen pemungut hutang, adalah agensi yang biasanya diupah oleh bank, syarikat telekomunikasi, atau syarikat utiliti.
Agensi ini menawarkan perkhidmatan untuk memungut hutang dari individu, perniagaan, atau syarikat jika penghutang gagal membuat bayaran.
Namun, oleh kerana pelaksanaan undang-undang agak longgar dalam bidang ini pengutip hutang, masalah timbul apabila pengutip hutang bersikap melampaui batas sewaktu menjalankan perkhidmatan mereka.
Perkhidmatan kutipan hutang sebenarnya sah disisi undang-undang jika ianya dilaksanakan oleh pengutip hutang yang berlesen di Malaysia.
Seperti yang dinyatakan oleh Bank Negara Malaysia, bank dibenarkan untuk menggunakan servis pengutip hutang, dengan beberapa terma dan syarat yang perlu dilaksanakan untuk memastikan agensi pengutip hutang menjalankan perkhidmatan mereka dengan beretika.
Etika Pengutip Hutang yang digariskan oleh Bank Negara Malaysia
Bank Negara Malaysia telah menggariskan beberapa panduan untuk diamalkan oleh pengutip hutang. Berikut ialah garis panduan yang disediakan oleh Bank Negara Malaysia:
- Memupuk standard professionalisme yang tinggi sewaktu mengutip hutang.
- Memastikan ejen menggunakan tindakan yang beretika dalam mengutip hutang.
- Tidak menggunakan kekerasan.
- Memberikan notis pemberitahuan terlebih dahulu kepada penghutang.
- Menunjukkan kad kuasa.
- Memastikan maklumat penghutang tepat dan jelas.
- Mematuhi undang-undang berkaitan perlindungan maklumat dan privasi.
Apakah hak anda?
1. Hak anda kepada maklumat
Meminta pengutip hutang menunjukkan kad kuasa, nama syarikat pemungut hutang, dan notis makluman hutang anda.
2. Ada had masa terhadap hutang anda
Di Malaysia, di bawah Akta Had Masa 1953, wujud had masa sebanyak 6 tahun yang diperuntukkan untuk pemiutang mengambil tindakan keatas penghutang. Selepas tempoh tersebut, institut kewangan tidak boleh mengambil tindakan terhadap penghutang yang tidak membayar hutang.
Sebagai contoh, katakan anda memohon pinjaman peribadi dari bank pada tahun 2017, dengan tempoh bayaran semula selama 7 tahun. Jadi, anda sepatutnya telah melangsaikan bayaran pinjaman tersebut pada tahun 2024. Sekiranya anda masih belum berbuat sedemikian, bank diberikan tempoh masa sehingga 2030 untuk mengambil tindakan undang-undang.
Jadi, pihak bank tidak berhak untuk mengambil tindakan undang-undang selepas had tempoh 6 tahun tersebut. Tempoh masa ini biasanya sama untuk semua produk dari bank, dari kad kredit hingga ke pinjaman.
3. Pengutip hutang tidak boleh menggunakan kekerasan
Menurut Garis Panduan Pungutan Hutang yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia, ejen pemungut hutang tidak boleh menggunakan kekerasan seperti mengugut, memukul, ataupun menggunakan bahasa kesat sewaktu memungut hutang.
4. Pengutip hutang tidak boleh menghubungi pemiutang lebih dari 3 kali
Jika ejen pengutip hutang sering kali menghubungi anda serta datang ke tempat kerja atau rumah, anda boleh memfailkan aduan ke Bank Negara Malaysia. Ini kerana, syarikat pemungut hutang tidak boleh menghubungi pemiutang lebih dari 3 kali seminggu.
5. Pengutip hutang tidak boleh mengancam anda
Pengutip hutang tidak boleh mengancam anda dan juga menggunakan tindakan yang luar dari undang-undang untuk memaksa anda membayar hutang tersebut. Ini termasuklah menceroboh ataupun membuat kerosakan. Mereka juga tidak dibenarkan untuk mengikuti anda dari tempat kerja, dan juga mengintip lokasi anda.
6. Maklumat Anda Tidak Boleh Dikongsi
Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709) memainkan peranan penting untuk melindungi hak individu bagi mengelakkan syarikat menjual, berkongsi, atau menggunakan maklumat anda bagi kepentingan pihak ketiga. Akta ini mengandungi pelbagai garis panduan yang meliputi pengumpulan, penggunaan, pendedahan serta perlindungan maklumat yang diberikan individu untuk tujuan komersial.
Jika anda dapati ejen pengutip hutang telah menggunakan maklumat anda untuk memalukan atau memaksa anda membayar hutang (seperti mendedahkannya kepada rakan-rakan), mereka telah melanggar peraturan dibawah akta ini.
Bagaimana cara untuk membuat aduan?
Anda boleh memfailkan aduan dengan bank berkenaan jika ejen pengutip hutang melanggar etika diatas. Jika anda tidak berpuas hati dengan cara bank menangani aduan anda, anda boleh failkan aduan anda terus ke Bank Negara Malaysia di:
BNMTELELINK (Pusat Hubungan Pelanggan)
No. telefon: 1-300-88-5465
Emel: bnmtelelink@bnm.gov.my
Waktu operasi: 9:00 am - 5:00 pm (Isnin - Jumaat)
BNMTELELINK (Pejabat Pusat Khidmat Pelanggan)
Alamat:
Bank Negara Malaysia
Ground Floor, D Block
Jalan Dato’ Onn
50480 Kuala Lumpur
Waktu operasi: 9:00 am - 5:00 pm (Isnin - Jumaat)
Sebelum ejen pengutip hutang menghubungi anda, pihak bank biasanya telah menghantar notis pemberitahuan kepada anda untuk membayar hutang terlebih dahulu. Jangan abaikan panggilan telefon, surat, atau notis e-mel dari bank berkenaan dengan pembayaran pinjaman anda.
Sebaliknya, hubungi pihak bank sekiranya anda mengalami masalah dalam membuat bayaran semula. Bank boleh menawarkan penstrukturan semula bayaran bagi membantu anda kerana pihak bank juga ingin mengurangkan jumlah pinjaman tidak berbayar (non-performing loans).
Langkah Menguruskan Hutang dengan Efisyen
Penstrukturan semula bayaran
Hubungi bank yang pemiutang anda dan rundingkan mengenai penstrukturan semula bayaran untuk mengurangkan jumlah pembayaran bulanan anda.
Minta Bantuan AKPK
AKPK adalah singkatan bagi Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit di Malaysia. AKPK adalah sebuah agensi yang ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) untuk membantu individu yang berdepan dengan masalah kewangan dan hutang. Antara perkhidmatan yang disediakan oleh AKPK termasuk, kaunseling kewangan, khidmat pengurusan hutang, dan ilmu kewangan.
Konsolidasi hutang melalui kad kredit Balance Transfer
Ini adalah satu strategi yang popular untuk mengurangkan beban hutang kredit kad anda. Anda boleh memindahkan baki hutang dari satu kad kredit kepada kad kredit Balance Transfer, biasanya dengan kadar faedah yang lebih rendah atau kadar faedah sifar untuk tempoh tertentu. Teknik ini boleh membantu anda mengurangkan faedah yang anda bayar dan memberikan anda lebih masa untuk melangsaikan hutang anda.
3 Kad Kredit Balance Transfer yang anda boleh pertimbangkan
Kad |
Kadar Faedah |
Yuran (sekali) |
Yuran Tahunan |
Pendapatan Bulanan |
0% selama 3 bulan (min. pemindahan RM1,000) |
1.5% |
RM98 |
RM2,000 |
|
0% selama 6 bulan (min. pemindahan RM1,000) |
2% |
RM120 (Dikecualikan dalam tahun pertama, tahun-tahun seterusnya dikecualikan dengan sekurang-kurangnya 12X swipe dalam setahun) |
RM2,000 |
|
0% selama 12 bulan (min. pemindahan RM1,000) |
2% |
RM0 |
RM2,500 |
Untuk cadangan lanjut, klik SINI.