Tebuskan Baucar Perlindungan Tenang anda dan dapatkan Perlindungan Tenang

CompareHero.my Team

CompareHero.my Team

Last updated 15 March, 2022

Ramai dikalangan golongan B40 yang menyedari kepentingan pelan perlindungan insuran dan takaful namun tidak mampu memilikinya kerana kekangan kos. Dengan kadar sara hidup yang tinggi ramai yang memilih untuk pejam mata tentang pelan perlindungan. Ini tidak sepatutnya terjadi kerana kemalangan melibatkan nyawa atau harta benda boleh terjadi pada bila-bila masa. 

Peka dengan masalah ini, Kerajaan Malaysia menyediakan inisiatif 'Program Baucar Perlindungan Tenang' untuk memperluaskan perlindungan sosial kepada golongan berpendapatan rendah.

Apakah Perlindungan Tenang? 

Perlindungan Tenang adalah sebuah inisiatif oleh industri insurans dan takaful yang menyediakan produk insurans dan takaful bagi memenuhi keperluan segmen yang masih tidak dilindungi, terutamanya golongan bawah 40% penduduk atau B40. 

Matlamat utama ialah menyediakan perlindungan insurans dan takaful dari sebarang risiko di dalam kehidupan, Perlindungan Tenang merangkumi produk-produk yang memenuhi kriteria iaitu Mampu Milik, Mudah Diakses, Mudah Difahami dan Proses Tuntutan yang Mudah.

Apakah Program Baucar Perlindungan Tenang (PTV)? 

Untuk menggalakkan lebih ramai lagi melanggani pelan perlindungan, pihak kerajaan telah melancarkan Program Baucar Perlindungan Tenang (PTV) pada September 2021 kepada penerima Bantuan Prihatan Rakyat (BPR) yang layak. Pihak yang layak boleh menebus baucar bagi membeli produk Perlindungan Tenang daripada syarikat insurans dan pengendali takaful berlesen.

Bermula Januari 2022, penerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) yang layak boleh menebus baucar RM75 untuk melanggani produk Pelindungan Tenang ataupun memperbaharui pelan yang sedia ada. 

Siapakah yang layak untuk Program Baucar Perlindungan Tenang dan cara untuk menyemak kelayakan? 

Penerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) di bawah kategori isi rumah, bujang dan warga emas boleh ke laman www.myptv.my untuk menyemak status kelayakan. Anda hanya perlu masukkan Nombor Kad Pengenalan (NRIC). 

Sekiranya layak, nombor baucar akan dipaparkan di dalam mesej seterusnya. Anda juga boleh menyemak kelayakan dengan mengunjungi cawangan syarikat insurans atau pengendali takaful yang berlesen yang menawarkan produk Perlindungan Tenang. 

Cara menebus dan tempoh sah Baucar Perlindungan Tenang? 

Setelah mengesahkan status kelayakan, anda boleh menebus Baucar Perlindungan Tenang

melalui 2 kaedah iaitu pembelian produk Perlindungan Tenang atas talian atau di kaunter. 

Bagi kaedah penebusan baucar untuk pembelian atas talian, cara-caranya adalah seperti berikut: 

Langkah 1: Layari laman www.mycoverage.my 

Langkah 2: Cari seksyen “Produk Perlindungan Tenang” dan dapatkan maklumat secukupnya mengenai produk perlindungan yang anda inginkan seperti had umur dan jumlah premium/sumbangan sebelum membuat keputusan. 

Langkah 3: Tekan butang “KETAHUI LEBIH LANJUT” dan anda akan dibawa ke laman web syarikat insurans atau pengendali takaful yang menawarkan produk Perlindungan Tenang tersebut. 

Langkah 4: Anda perlu mengisi maklumat yang berkenaan seperti nama, nombor Kad Pengenalan (NRIC), umur, jantina dan lain-lain untuk melengkapkan proses pembelian. Anda mungkin perlu memasukkan nombor Baucar Perlindungan Tenang unik anda untuk menebus baucar semasa pembelian produk. Kami sarankan supaya anda meneliti terma dan syarat produk tersebut sebelum membuat pembelian. 

Manakala untuk penebusan baucar dan pembelian produk Perlindungan Tenang di kaunter atau melalui ejen/pengedar sah syarikat insurans/pengendali takaful, anda diingatkan untuk: 

  • Mendapatkan maklumat secukupnya mengenai produk Perlindungan Tenang termasuk had umur dan jumlah premium/sumbangan sebelum membuat keputusan untuk membeli.
  • Teliti ketika mengisi maklumat yang diperlukan untuk melengkapkan proses pembelian.

Namun, proses penebusan ini mungkin berbeza bergantung kepada syarikat insurans dan pengendali takaful masing-masing. Sila rujuk wakil perkhidmatan pelanggan syarikat insurans dan pengendali takaful yang berkenaan untuk maklumat lanjut. 

Baucar Perlindungan Tenang ini sah dan berkuatkuasa bermula pada 1 Januari 2022 sehingga 31 Disember 2022. Pastikan anda menebus dan menggunakan peluang ini untuk mendapatkan pelan perlindungan yang sesuai.

Maklumat lanjut mengenai Perlindungan Tenang 

Kami menyarankan agar anda meluangkan sedikit masa untuk memahami pelan serta produk-produk Perlindungan Tenang sebelum membuat keputusan untuk membeli. Dapatkan maklumat lanjut mengenai Perlindungan Tenang di laman www.myptv.my dan www.mycoverage.my/perlindungan_tenang/. 

Antara pelan Perlindungan Tenang, pelan Allianz PerlindunganKu adalah antara pelan yang patut diteliti. Pelan ini merangkumi perlindungan untuk kematian atau hilang upaya kekal akibat kemalangan sehingga RM25,000 dan pendapatan hospital sehingga RM 100 sehari. Jika anda dapatkan perlindungan di bawah Allianz PerlindunganKu, anda juga boleh nikmati perlindungan Covid-19 percuma di bawah Kempen PerlinduganKu COVID-19, tertakluk kepada terma dan syarat.

Untuk memohon pelan Allianz PerlindunganKu, sila layari permohonan atas talian ini.


Mohon pelan Allianz PerlindunganKu sekarang!

The CompareHero.my team is comprised of many talented individuals, sharing their knowledge, experiences and research to help others make better financial decisions.

FINANCIAL TIP:

Use a personal loan to consolidate your outstanding debt at a lower interest rate!

Subscribe to our newsletter to stay up-to-date with exclusive money-saving tips & great deals