5 Langkah Mudah untuk Melabur Saham

CompareHero.my Team

CompareHero.my Team

Last updated 09 November, 2021

Bayangkan anda baru sahaja memulakan kerjaya di Kuala Lumpur selepas menamatkan pengajian sarjana di sebuah IPTA tempatan. Berasal dari Kedah, banyak yang perlu anda selesaikan untuk memulakan hidup baru di ibu kota.

Selepas 6 bulan bekerja, anda telah hampir menyesuaikan diri. Tetapi anda berhadapan dengan masalah sama dilalui graduan muda lain yang baru mula bekerja dengan gaji antara RM 2300 – RM 2800 sebulan. Selepas potongan KWSP dan SOCSO, serta perbelanjaan bulanan dan simpanan kecemasan, anda sedar pendapatan boleh guna anda tidak mencukupi. Gaji anda juga tidak mencukupi untuk membina kekayaan dan pendapatan jangka panjang.

Jangan risau, masih ada jalan keluar. Salah satu alternatif untuk anda ialah dengan melabur dalam pasaran saham. Anda boleh mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai Bursa Market Place disini.

Dibawah merupakan 5 langkah mudah untuk anda mulakan pelaburan

1.Membuka Akaun CDS (Central Depository System)

CDS melambangkan pemilikan dan juga perdagangan saham anda. Terdapat dua jenis akaun CDS:

  • direct (persendirian)
  • pledge

Jika anda memilih akaun yang pertama, cek dividen dan prospektus akan di hantar ke rumah anda. Untuk akaun pledge pula, broker saham akan menerima bayaran dividen serta prospektus bagi pihak anda. Dividen tersebut kemudiannya akan dideposit ke akaun bank anda. Anda juga akan menerima penyata akaun CDS bulanan, dan jika tiada sebarang aktiviti, ianya akan dihantar pada Jun dan Disember.

Anda boleh membuka akaun CDS dengan menghubungi broker pelaburan atau berkunjung ke cawangan mereka. Untuk mendaftar, anda perlukan:

  • Salinan Kad Pengenalan
  • RM 10 yuran pendaftaran.

Selepas mendaftar, pengesahan serta butiran akaun CDS  anda akan dipos kepada anda.

2.Membuka Akaun Dagangan

Apabila anda telah membuka akaun CDS, broker saham akan meminta anda untuk membuat keputusan untuk membuka dagangan bergantung kepada firma yang anda pilih. Untuk membuka akaun tersebut, anda perlukan:

  • Penyata pendapatan
  • Borang akaun dagangan

Nota: broker saham akan memeriksa status kredit anda melalui CTOS dan senarai peminjam untuk menentukan kelayakan serta had dagangan anda.

my_5simplestepsforstockinvestment_blog04

3.Analisa dan pilih saham yang anda ingin labur

Terdapat beberapa perkara yang anda perlu ambil kira dan tentukan sebelum membeli saham. Pertama, tentukan jenis industri dan sektor yang anda rasa sesuai untuk anda. Dengan lebih dari 500 syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia, anda mungkin akan menghadapi kesukaran untuk membuat pilihan pertama.

Lakukan analisa mendalam melalui berita di akhbar, forum, kenalan yang berpengalaman, dan juga pakar untuk dapatkan pandangan mereka. Selepas anda mengetahui dengan jelas tentang sektor yang anda ingin ceburi, anda boleh beralih ke syarikat yang terdapat dalam industri tersebut.

Sebagai contoh, Inari Emerton Bhd yang berada dalam industri semikonduktor, Sasbadi Bhd dalam industri pendidikan, atau Gadang Holdings dalan industri pembinaan antara syarikat yang memaparkan persepsi positif dari segi prestasi kewangan yang juga boleh ditafsirkan kepada pergerakan harga saham.

Selain itu, anda juga perlu mengambil kira risk appetite (kesanggupan anda menanggung risiko) portfolio pelaburan anda dan jumlah yang anda perlu laburkan ke saham tersebut.

Semua ini mungkin kelihatan rumit bagi anda, namun tidak lagi dengan Alpha Indicator dari Bursa Market Place.

4.Mulakan jual beli saham

Sebelum anda bermula, pastikan akaun dagangan anda telah dikreditkan terlebih dahulu (boleh dilakukan melalui transaksi online dengan broker atau bank).

Selepas memilih saham yang anda ingin beli, lakukan pembelian melalui sistem dalam talian yang disediakan broker saham anda, atau hubungi remisier anda untuk melakukan pembelian. Jika harga belian yang anda tawarkan menepati harga jualan, transaksi itu akan disahkan. Firma broker akan menghantar kontrak yang menyatakan butiran pembelian saham anda.

Info tambahan: Untuk menggalakkan pembelian dalam talian, caj dan fi yang dikenakan adalah lebih murah berbanding membeli melalui remisier (caj yang dikenakan berbeza mengikut firma).

Caj untuk setiap transaksi dalam talian:

  • Caj broker: maksima 0.7% dari nilai saham yang dibeli, caj kebiasaannya 0.6%.
  • Yuran penjelasan: 0.03% dari nilai kontrak (sehingga RM 200)
  • Duti stem: RM 1 dari setiap RM 1000

Ingat, apabila saham telah beli, akaun CDS anda akan dikreditkan pada jam 9 pagi, 3 hari bekerja selepas tarikh pembelian saham tersebut. Anda juga perlu membuat pembayaran sebelum atau pada 12.30 pm pada hari tersebut, atau ianya akan dijual pada keuntungan atau kerugian kontra.

5.Pantau dan semak portfolio pelaburan anda

Untuk pengetahuan anda, nilai saham amat sensitif dengan faktor seperti keadaan ekonomi, politik dan faktor-faktor lain, bergantung kepada jenis perniagaan syarikat yang anda laburkan. Jadi, ia amat penting untuk mengikuti perkembangan, pengumuman, dan berita syarikat yang anda telah melabur kerana ia akan membantu anda untuk membuat keputusan dalam menjual dan membeli saham.

Dengan Bursa Market Place, anda kini boleh mengikuti perkembangan terkini syarikat yang tersenarai, pergerakan harga saham, laporan dari firma pelaburan dan bank serta aplikasi untuk membantu anda membuat keputusan dalam melabur.

Save

Save

  • 3X Timeless Bonus Points for Overseas spend
  •  
  • 2X Timeless Bonus Points for Grocery, Petrol & Utility spend & 1X for Other spend
  •  
  • Cash advance withdrawal up to 100% of your credit limit
  •  
cta-apply-now

Disclaimer: Neither CompareHero.my nor the content on it is intended as securities brokerage, investment, tax, accounting or legal advice, as an offer or solicitation of an offer to sell or buy, or as an endorsement, recommendation or sponsorship of any company, security or fund. The content on CompareHero.my is for general information purposes only and is not intended to be personalised investment advice or a solicitation for the purchase or sale of securities.

Compargo Malaysia Sdn. Bhd. and/or its affiliates cannot and do not assess, verify or guarantee the adequacy, accuracy or completeness of any information, the suitability or profitability of any particular investment, or the potential value of any investment or informational source. CompareHero.my may receive compensation from the brands or services mentioned on this website.

The CompareHero.my team is comprised of many talented individuals, sharing their knowledge, experiences and research to help others make better financial decisions.

FINANCIAL TIP:

Use a personal loan to consolidate your outstanding debt at a lower interest rate!

Subscribe to our newsletter to stay up-to-date with exclusive money-saving tips & great deals