Cara Mengandakan Duit Simpanan Anda Dengan Melabur RM10,000

CompareHero.my Team

CompareHero.my Team

Last updated 09 November, 2021

Dengan inflasi dan keadaan ekonomi semasa, menyimpan duit telah menjadi sedikit sukar, namun tidak mustahil. Oleh itu, jika anda telah berjaya menyimpan RM10,000, itu satu pencapaian yang bagus. Tetapi, jangan berhenti disitu sahaja. Ketahui cara untuk tingkatkan simpanan anda sehingga 10 kali ganda.

Ramai penyimpan memilih akaun simpanan, deposit tetap, atau pelaburan jangka pendek yang menawarkan pulangan tinggi (biasanya kadar yang tidak realistik) untuk mendapatkan pulangan segera. Pilihan pelaburan tersebut juga tidak dipelbagaikan. Tindakan ini sama seperti memperjudikan simpanan anda, dengan berharap kepada satu sumber untuk mengembangkannya. Pepatah Inggeris pernah berkata, “don’t put all your eggs in one basket”. Malangnya, kesilapan ini yang sering dilakukan oleh rakyat Malaysia.

Tidak ada jalan singkat untuk mengembangkan simpanan selain mengikuti langkah-langkah kewangan berikut:

Kepelbagaian pelaburan ini amat penting sebagai penebat risiko kepada proses pengembangan kekayaan anda.

Bayar hutang-hutang anda

Tidak kira berapa banyak aset dan simpanan yang anda kumpul, ia hanya bermakna jika anda telah melangsaikan hutang-hutang anda. Sebagai contoh, jika anda memiliki simpanan sebanyak RM10,000, tetapi berhutang sehingga RM6,000, jumlah simpanan bersih anda sebenarnya ialah apa yang anda miliki selepas membayar hutang dan faedah. Maka, pembayaran hutang harus menjadi prioriti anda, untuk memastikan simpanan anda bersih dari hutang dan kadar faedahnya.

Lihat juga: Cara Mengira Kadar Faedah Rata dan Baki Berkurangan

Jika anda memiliki hutang lebih dari RM10,000, anda tidak semestinya perlu menggunakan semua wang simpanan anda untuk melangsaikan hutang tersebut. Gunakan sekitar 70-80% dari simpanan anda. Selebihnya, gunakan cara pelangsaian hutang yang terdapat di pasaran sekarang, seperti pinjaman penyatuan hutang atau pindahan baki pada kadar 0% (untuk hutang kad kredit). Ketahui maklumat lanjut dalam artikel ini.

simpanan-30-01

Simpan dalam akaun simpanan atau akaun simpanan tetap

Akaun simpanan atau deposit tetap berfungsi untuk terus mengembangkan wang simpanan anda walapun berlaku inflasi. Peruntukkan 30%-40% dari RM10,000 tersebut dalam akaun simpanan atau deposit tetap. Selain itu, anda seharusnya mempunyai lebih dari satu akaun simpanan, satu dengan tujuan khusus untuk simpanan sahaja, dan selebihnya digunakan untuk tujuan harian seperti membayar bil, membeli belah, dan sebagainya.

Dengan membandingkan akaun-akaun simpanan di Malaysia, kami dapati bahawa akaun Maybank2U Savers, Affin Bank Saving Account dan Public Bank Wise Saving Accounts menawarkan pulangan yang lumayan pada sekitar 2.5% - 2.8%.

Bagi akaun deposit tetap pula, anda tidak boleh mengeluarkan wang dari akaun tersebut sehingga tempoh deposit tamat. Tempoh pelaburan dan kadar pulangan ialah tetap bagi memudahkan anda membuat anggaran pulangan yang bakal anda perolehi. Biasanya, tempoh deposit tetap ialah sekitar 1 bulan hingga 24 bulan, pada jumlah deposit minima RM1,000.

Baca artikel ini untuk mengetahui akaun deposit tetap terbaik di Malaysia!

Dapatkan perlindungan insurans

Anda tidak tahu apa yang bakal berlaku pada masa akan datang. Dari dibuang kerja, kecacatan, penyakit kronik, isu kesihatan, atau ditimpa kemalangan, semuanya mungkin boleh berlaku dan menyebabkan kewangan anda terjejas.

Dengan bayaran dari RM250 sebulan, anda boleh mendapatkan perlindungan komprehensif termasuklah liputan perubatan sehingga RM100,000 setahun dan RM100,000 sekiranya berlaku kematian ataupun kecacatan kekal.

Artikel dibawah menerangkan dengan lebih lanjut mengenai apa yang perlu diketahui mengenai insurans hayat.

life-insurance-medical-insurance-my

Melabur Dengan Bijak

Selepas anda lakukan langkah diatas, ini langkah paling penting untuk mengembangkan RM10,000 anda (ataupun bakinya). Amat sukar untuk bergantung kepada satu sumber pendapatan sahaja untuk menyimpan wang. Sesetengah individu mungkin bergantung kepada kerja sambilan, ataupun berniaga, tetapi jika dilakukan dengan cara yang betul, melabur mungkin langkah paling berkesan untuk mengembangkan simpanan anda.

Berapa ramai jutawan yang anda kenal menjadi kaya-raya dengan melabur dalam akaun simpanan? I rest my case – Robert G. Allen

Realitinya, masih ramai yang tidak dapat berganjak dari tangga pendapatan semasa kerana takut untuk melabur, sedangkan ini merupakan elemen penting untuk mengembangkan kekayaan anda.

Jika anda tidak pernah melabur, anda boleh rujuk tip dibawah:

Mulakan dengan pelaburan yang kurang berisiko

Jika anda boleh menggunakan keseluruhan RM10,000 tersebut tanpa perlu risau tentang hutang atau belanja seharian, peruntukkan 20%-30% dari jumlah tersebut untuk melabur dalam pelaburan yang kurang berisiko seperti Amanah Pelaburan Hartanah (REIT), Dana Dagangan Bursa (ETF), dan Bon Dagangan dan Sukuk (ETBS).

  1. REIT ialah sebuah dana atau badan amanah yang memiliki dan mengurus hartanah komersial yang menghasilkan keuntungan (contohnya pusat membeli-belah, hospital, ladang, hartanah perindustrian, hotel, dan pejabat).
  2. Terdapat 3 jenis ETF: ETF ekuiti, ETF pendapatan tetap, dan ETF komuniti. Semua ETF ini terdiri dari ‘bakul’ sekuriti (securities basket). Beberapa stok atau bon dipilih sebagai penanda aras untuk menggambarkan pergerakan pasaran saham. Ciri-ciri ini mempelbagaikan saham yang dilabur, lantas mengurangkan risiko.
  3. ETBS ialah sekuriti pendapatan tetap yang juga dikenali sebagai bon sukuk (versi patuh Shariah), yang disenarai dan didagang di pasaran saham. Ia dikeluarkan oleh pihak kerajaan atau syarikat swasta untuk mengumpul dana.

Semua produk pelaburan ini tersenarai di Bursa Malaysia dan sesuai untuk pelabur baru atau pelabur pasif yang tidak gemarkan risiko yang tinggi. Tetapi, sebelum melabur, baca terlebih dahulu lima langkah yang perlu anda ambil.

Selain produk pelaburan diatas, anda juga boleh pilih produk pelaburan dari syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia yang menawarkan dividen untuk pulangan tetap. Sesetengah syarikat menawarkan dividen setiap suku kitaran tahun. Ini lebih stabil, disamping harga saham yang berkembang sepanjang tempoh pelaburan.

Untuk mengetahui saham yang boleh dipilih, gunakan hasil dividen, iaitu nisbah dividen dengan harga saham.

Contohnya, syarikat X menawarkan dividen 12 sen pada tahun 2016, dan harga saham mereka RM1.20 sewaktu anda membeli saham tersebut. Jadi, hasil dividen ialan 10% untuk tahun tersebut, bermakna anda mendapat 10% dari pelaburan anda.

Baca perkongsian dari Dividend Magic ini untuk mengetahui stategi pelaburan yang menjana dividen di Malaysia.

Pelajari ilmu pelaburan

Selepas melabur dalam pelaburan berisiko rendah, lebihan wang tersebut boleh anda laburkan ke pelaburan yang sedikit berisiko, tetapi menawarkan pulangan sehingga 20%-25% dari RM10,000 tersebut. Melabur dalam saham ini bermakna anda menaruh kepercayaan terhadap syarikat tersebut.

Bagi mereka yang kurang yakin dengan keadaan ekonomi di Malaysia untuk meneruskan pelaburan, analisa ini mungkin dapat melegakan anda: Pelabur Luar sedang menaruh kepercayaan untuk melabur di Malaysia, lapor CNBC pada akhir bulan lepas.

Menurut laporan tersebut, banyak syarikat yang tersenarai dalam Bursa Malaysia melepasi anggaran pendapatan untuk suku tahun pertama tahun ini – satu perkembangan yang positif dari dua tahun lepas.

Ini merupakan peluang terbaik untuk mengkaji pelaburan yan berpotensi menjana kekayaan, terutamanya pada tahun yang mendatang. Tetapi, bagaimana untuk membuat pilihan?

Di Malaysia, terdapat lebih kurang 500 saham tersenarai dalam Bursa Malaysia meliputi pelbagai industri. Anda perlu melabur dalam industri dan syarikat yang anda yakini selepas membuat kajian mendalam terhadap industri dan syarikat tersebut. Gunakan platfrom seperi Bursa Market Place, berita, akhbar, laporan tahunan, dan sumber lain yang boleh dipercayai. Artikel ini memberi panduan penuh untuk mengkaji dan memilih saham untuk portfolio pelaburan anda.

citibank-pl-ad

Unit amanah untuk mereka yang ingin kesenangan

Sebelum ini, unit amanah tidak berapa digemari kerana kos pelaburan yang tinggi dari segi komisen dan kos jualan. Tetapi, semakin ramai pelabur yang menaruh kepercayaan terhadap unit amanah yang didagangkan di platform digital seperti Fundsupermart kerana ia mesra pengguna dan caj yang lebih murah.

Menurut laporan The Star, bayaran masuk sekitar 5%-6% dikenakan untuk unit yang dilaburkan di Malaysia antara yang tertinggi di dunia. Melalui Fundsupermart, anda perlu memperuntukkan sekurang-kurangnya RM1,000 untuk mula melabur, diikuti RM100 sebulan.

Bayaran yang dikenakan ini berbeza mengikut unit dan pedagang. Biasanya, bayaran yang dikenakan termasuklah caj jualan dan caj pengurusan. Caj jualan dibayar secara pendahuluan dan dikira sebagai komisen jualan produk. Ia berbeza dan bergantung kepada platform jualan (bank, ejen, dalam talian).

Caj pengurusan pula dikenakan oleh pengurus unit kerana mengurus pelaburan tersebut , dari 0.5% hingga 2.5% (bergantung kepada kerumitan pelaburan). Baca artikel ini untuk mengetahui langkah-langkah melabur unit amanah secara dalam talian.

Tip penting sebelum memulakan pelaburan:

  • Jangan laburkan semua wang anda pada satu pelaburan sahaja
  • Bina portfolio yang terdiri dari pelaburan berisiko rendah, sederhana, dan tinggi. Contohnya: REIT, unit amanah luar negara, saham berisiko rendah, bergantung kepada tahap risiko anda sanggup tangani.
  • Selalu buat kajian sebelum melabur
  • Laburkan wang anda pada syarikat, stok, atau industri yang anda yakin sepenuhnya

Kami harap anda berjaya untuk mengembangkan simpanan anda dari RM10,000 menjadi RM100,000 dengan panduan ini! Maklumkan kepada kami sekiranya anda mempunyai cadangan tambahan.

Save

Save

  • 3X Timeless Bonus Points for Overseas spend
  •  
  • 2X Timeless Bonus Points for Grocery, Petrol & Utility spend & 1X for Other spend
  • Cash advance withdrawal up to 100% of your credit limit
cta-apply-now

Disclaimer: Neither CompareHero.my nor the content on it is intended as securities brokerage, investment, tax, accounting or legal advice, as an offer or solicitation of an offer to sell or buy, or as an endorsement, recommendation or sponsorship of any company, security or fund. The content on CompareHero.my is for general information purposes only and is not intended to be personalised investment advice or a solicitation for the purchase or sale of securities.

Compargo Malaysia Sdn. Bhd. and/or its affiliates cannot and do not assess, verify or guarantee the adequacy, accuracy or completeness of any information, the suitability or profitability of any particular investment, or the potential value of any investment or informational source. CompareHero.my may receive compensation from the brands or services mentioned on this website.

The CompareHero.my team is comprised of many talented individuals, sharing their knowledge, experiences and research to help others make better financial decisions.

FINANCIAL TIP:

Use a personal loan to consolidate your outstanding debt at a lower interest rate!

Subscribe to our newsletter to stay up-to-date with exclusive money-saving tips & great deals