Bantuan Keluarga Malaysia Fasa 1 akan mula dibayar 28 Mac ini

CompareHero.my Team

CompareHero.my Team

Last updated 21 March, 2022

Penerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) akan mula menerima bayaran bagi fasa satu bermula 28 Mac ini. 

Peruntukan berjumlah hampir RM2.0 bilion itu merupakan salah satu inisiatif bantuan tunai langsung khusus untuk golongan B40. Bayaran berjumlah RM100 hingga RM300 akan disalurkan kepada 8.6 juta penerima yang layak.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pihak kerjaan sentiasa peka dengan keadaan rakyat dan akan terus berusaha untuk menjamin kesejahteraan Keluarga Malaysia.

“Pembayaran ini juga bagi meringankan beban kewangan rakyat terutamanya dalam menyambut bulan Ramadan.

“Bagi penerima kategori isi rumah, warga emas dan individu bujang, bayaran akan terus dikreditkan ke akaun bermula 28 Mac hingga 8 April 2022.

“Manakala bagi penerima yang tidak mempunyai akaun bank termasuk di Sabah Sarawak, tarikh pembayaran dibuat bermula 30 Mac 2022 melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN). Pihak BSN akan mengeluarkan panduan SOP dari semasa ke semasa,”

Rakyat boleh menyemak status kelulusan BKM bermula 28 Mac melalui pautan https://bkm.hasil.gov.my . Bagi yang ingin mengemukakan permohonan rayuan, tempohnya akan dibuka selama sebulan bermula 2 Mei 2022.

Ismail Sabri menambah, dalam tempoh rayuan rakyat boleh mengemukakan dokumen yang berkaitan untuk dipertimbangkan semula oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM). 

The CompareHero.my team is comprised of many talented individuals, sharing their knowledge, experiences and research to help others make better financial decisions.

FINANCIAL TIP:

Use a personal loan to consolidate your outstanding debt at a lower interest rate!

Subscribe to our newsletter to stay up-to-date with exclusive money-saving tips & great deals