Anda Ingin bertukar selera dan menikmati makan malam gaya buffet? Kami senaraikan buffet makan malam terbaik di Kuala Lumpur untuk mudahkan anda lakukan pilihan.
Lemon Garden Cafe, Shangri-La Hotel
Buffet di Lemon Garden Cafe terkenal dengan juadah antarabangsa seperti makanan Jepun, Itali, China, Malaysia dan banyak lagi. Buffet ini juga menyediakan makanan seafood segar sepeti ketam dan oysters. Jika anda pengemar makanan manisan, pilihan dessert mereka juga antara yang terbaik.
Semua pilihan makanan disediakan dengan terperinci dan hanya menggunakan bahan-bahan segar dan berkualiti tinggi. Sambil menjamu selera, anda juga boleh menikmati persembahan memasak secara langsung dari chef-chef mereka.
Harga: RM 140 (dewasa) dan RM 70 (kanak-kanak)
Lokasi: 1, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur, 50250 Malaysia.
Hubungi: (+60 3) 2032 2388
Waktu operasi: 6.30pm hingga 10.30pm
B’s, Pullman Putrajaya
Ini khas untuk penggemar makanan laut! Set Buffet Gourmet Seafood yang dikhaskan pada setiap hari Jumaat ini menyediakan pelbagai makanan laut segar dan tarikan utamanya semestilah lobster segar dari Boston!
Harga: RM 199 (dewasa) dan RM 125 (kanak-kanak)
Lokasi: No.2, Jalan P5/5, Presint 5, 62200 Putrajaya, Wilayah Persekutuan, Malaysia.
Hubungi: (+60 3) 8890 0000
Waktu operasi: 6.00pm hingga 10.30pm (setiap Jumaat)
Mosaic, Mandarin Oriental Hotel
Anda pasti akan terpukau dengan dekorasi dalaman disini. Terletak di tengah ibu kota Kuala Lumpur, Mosaic menawarkan hidangan makanan Barat, Jepun, India, Cina dan juga makana Malaysia untuk para pengunjungnya.
Harga: RM 148 (dewasa)
Lokasi: Kuala Lumpur City Centre, 50088 Kuala Lumpur, Malaysia.
Hubungi: (+60 3) 2380 8888
Waktu operasi: 6.00pm hingga 10.30pm
Essence, Sheraton Imperial Kuala Lumpur
Pengunjung ke Essence akan boleh menikmati kesemua deria mereka kerana makanan dan juga suasana disini sangat memukau. Antara juadah yang boleh dinikmati disini ialah makanan Mexico, Thai dan banyak lagi.
Harga: RM 138 (dewasa) dan RM 69 (kanak-kanak)
Lokasi: Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur, 50250 Malaysia.
Hubungi: (+60 3) 2717 9900
Waktu operasi: 6.30pm hingga 10.00pm
The Mill, Grand Millennium Hotel
Berehat dan nikmati kelazatan juadah yang disediakan oleh chef-chef terkemuka di hadapan anda sendiri! Hidangan di The Mill meliputi hidangan Asia, Timur Tengah dan juga Barat, jadi anda akan dapat menikmati berbagai jenis pilihan makanan.
Harga: RM 138 (dewasa)
Lokasi: 160 Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur, 51000 Malaysia.
Hubungi: (+60 3) 2117 4888
Waktu operasi: 7.00pm hingga 10.00pm
The Living Room, Westin Kuala Lumpur
The Living Room menawarkan pengalaman buffet bertema pada setiap hari Jumaat iaitu set makan malam Flavorsome Asian Buffet yang amat terkenal. Anda akan boleh menikmati hidangan makanan lazat dari seluruh Asia Tenggara.
Harga: RM 129 (dewasa)
Lokasi: 199 Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur, 55100 Malaysia.
Hubungi: (+60 3) 2731 8333
Waktu operasi: Jumaat, 6.30pm hingga 10.30pm
Latest Recipe, Le Meridien Kuala Lumpur
Nikmati masakan Vietnam asli sepeti pho dengan daging, popia udang Hanoi dan juga penkek Vietnam yang disediakan chef-chef pakar! Walaupun hidangan terkenalnya ialah masakan Vietnam, Latest Recipe juga turut popular dengan pilihan masakan Asian Fusion dan juga hidangan Baratnya. Selain itu, setiap hari Ahad, para penggemar makanan laut akan bertumpu kesini untuk menikmati buffet makan tengahari Seafood Sundays.
Harga: RM 138 (dewasa) ; RM 69 (kanak-kanak)
Lokasi: 2 Jalan Sentral, Kuala Lumpur, 50470 Malaysia.
Hubungi: (+60 3) 2263 7888
Waktu operasi: Jumaat, 6.30pm hingga 10.30pm
Lihat Juga: Buffet Terbaik Bawah RM 100
Contango, The Majestic Hotel
Jika anda penggemar makanan lazat dan juga inginkan variasi dalam buffet, Contango merupakan tempat yang harus anda kunjungi. Ia menawarkan juadah Malaysia, China, Thai, Jepun, Itali dan Barat yang disediakan dengan penuh terperinci. Jangan lupa untuk cuba pilihan dessert yang sungguh menggiurkan, seperti kek Chocolate Lava.
Harga: RM 125 (dewasa)
Lokasi: 5, Jalan Sultan Hisyamuddin, 50000 Kuala Lumpur, Malaysia.
Hubungi: (+60 3) 2785 8000
Waktu operasi: Jumaat, 6.30pm hingga 10.30pm
Atmosphere 360, Menara KL
Nikmati pengalaman makan malam yang unik di restoran yang terletak pada ketinggian 282 meter di puncak Menara Kuala Lumpur. Namun ia tidak hanya bergantung kepada keunikan lokasinya sahaja. Atmosphere 360 juga menawarkan hidangan tempatan dan antarabangsa di samping pengunjung akan dipertontonkan persembahan sambil menikmati makanan.
Harga: RM 207.90 (dewasa) ; RM 144.90 (kanak-kanak)
Lokasi: Menara Kuala Lumpur, Jalan Puncak, 50250 Kuala Lumpur, Malaysia.
Hubungi: (+60 3) 2020 2121
Waktu operasi: Jumaat, 6.30pm hingga 11.00 pm
Jangan lupa gunakan kad kredit anda untuk dapatkan mata ganjaran dan rebat tunai. Gunakan aplikasi perbandingan kad kredit CompareHero.my untuk mengetahui kad apa yang sesuai untuk anda.
Save
Save
Save
Save
Save