Daiso dan Mr. DIY antara kedai yang menjual barangan rumah berkualiti pada harga berpatutan. Cawangan kedai ini juga ada di hampir semua bandar utama seluruh Malaysia.
Anda mungkin keliru untuk pilih produk yang betul-betul berguna untuk kehidupan seharian anda. Setelah CompareHero.my lakukan pemerhatian di kedua kedai ini, kebanyakan produk yang dijual di Daiso dan Mr. DIY dijual pada harga 20% - 30% lebih murah berbanding kedai lain.
Untuk memudahkan anda, kami telah senaraikan 12 jenis produk yang anda patut beli di kedai ini yang sangat berguna pada harga berpatutan.
Daiso (Kebanyakan barang dijual pada RM 5.90)
1.Tisu Basah Serbaguna
Setiap pek mempunyai 150 helai kain pengelap wet wipes tanpa bau dan alcohol, dan akan memudahkan kerja membersih anda. Kain pengelap ini boleh digunakan untuk perabot dan juga peralatan elektrik seperti mesin basuh, komputer riba dan cerek. Ia juga berguna sewaktu anda melancong.
2.Sabun Keluli
Besi tahan karat dalam bentuk sabun (atau bentuk lain yang mudah dipegang) ini berfungsi sebagai pembasmi bau di dapur anda. Ia sangat sesuai terutama selepas memotong bawang, durian, atau bahan mentah seperti ikan dan ayam.
3.Alat Sokongan Belakang
Anda berkerja di pejabat dan perlu duduk untuk jangka masa yang lama? Anda patut dapatkan produk ini!
Selain kesan buruk kepada tulang belakang, postur yang salah juga boleh menyebabkan kerosakan organ, masalah penghadaman, dan ketegangan leher dan bahu. Jadi beli alat ini untuk bantu menyokong bahagian belakang anda dan kurangkan risiko kecederaan tulang belakang.
4.Masker Untuk Bintik Hitam
Dengan harga yang murah dan keberkesanannya, tidak hairan kenapa ini antara produk paling popular di bahagian kecantikan Daiso. Anda hanya perlu gunakan mask ini di muka untuk hilangkan hampir semua bintik hitam dan kotoran kulit.
5.Tension Pole Caddies
Alat ini mudah untuk digunakan, murah, dan sangat sesuai digunakan untuk mengantung langsir atau penggantung di bilik mandi. Ramai yang tidak tahu pole caddy juga mempunyai fungsi lain, seperti pembahagi perkakas dapur, penggantung skirt sinki, dan penggantung kasut tumit tinggi. Anda boleh dapatkan alat ini dengan saiz berbeza sesuai untuk keperluan anda, dan ia mampu menampung berat sehingga 2Kg
6.Set Pemutar Skru
Set pemutar skru ini merupakan alatan yang berguna jika anda memiliki banyak peralatan elektrik di rumah dan juga berpegang kepada prinsip ‘do-it-yourself’. Set ini mempunyai pemutar skru dengan mata dan saiz yang berbeza.
|
Mr DIY
1.Teko Kopi
Trend menyediakan kopi dan teh menggunakan serbuk semakin popular kini. Ini kerana ramai orang mahu menyediakan minuman meengikut citarasa sendiri, dan berhenti menggunakan uncang segera. Pada harga RM 17.50 yang dikira berpatutan, teko ini mudah untuk digunakan. Saiznya yang kecil juga memudahkan pengguna untuk membawa teko ini kemana-mana.
2.Mug karton / botol air
Mug serbaguna yang comel ini juga boleh digunakan sebagai botol air, dan mempunyai empat jenis corak. Harga mug ini hanya RM 7.90, dan juga mempunyai bekas penyimpan kecil di bawahnya.
3.Bar Senaman
Jika anda tidak mahu bayar yuran gimnasium yang mahal, alat ini boleh menjadi satu alternatif yang berpatutan. Gantungkan bar besi ini di bingkai pintu dan anda boleh melatih otot dada, bahu, biceps dan abdomen dengan rutin senaman seperti bangkit tubi, tekan tubi, dan senaman abdomen. Pada kos hanya RM 33.00, tiada lagi alasan untuk tidak bersenam!
4.Penghadang Bucu
Penghadang bucu ini perlu dibeli untuk keluarga dengan bayi atau anak kecil untuk melindungi mereka dari terhantuk ke pintu, tingkap, almari atau meja. Harganya hanya RM 7.30 dan terdapat pelbagai warna untuk dipilih.
5.Pencuci Longkang / Paip
Anda tidak perlu lagi memanggil tukang paip jika sinki anda tersumbat! Hanya RM 9.00 seunit, tuangkan sahaja cecair ini ke paip yang tersumbat untuk membasmi halangan tersebut.
6.Cangkuk kereta
jika anda memandu berseorangan, pastinya amat susah untuk menyusun beg plastik barangan anda. Cangkuk kereta ini boleh menjadi penyelesaiannya, terutamanya untuk suri rumah. Dengan harga RM 10.90, ia boleh menampung berat sehingga 5 Kg. Ianya mempunyai saiz dan dengan harga yang berbeza, bergantung kepada keperluan anda.
Sebelum membeli barang, pastikan anda buat perbandingan untuk dapatkan tawaran terbaik. Jika anda ada cadangan produk lain yang patut dimiliki, kongsi di ruangan komen.
Save
Save
Save
Save
Save
Save
|