Inginkan sesi minum petang dengan pencuci mulut yang lazat dan secawan teh atau kopi panas dibru sempurna?
Sesi minum petang tradisi Inggeris yang beserta skon dan krim telah melalui satu evolusi, seiring dengan arus kemodenan. Dari hidangan buffet antarabangsa, hidangan sushi, dan juga pencuci mulut tempatan, banyak pilihan tempat minum petang anda!
Kami sedaikan senarai kafe yang menyediakan sesi “high-tea” atau minum petang terbaik di Kuala Lumpur!
Bawah RM 100
Pastryville
Untuk set minuman petang dengan harga yang berpatutan, anda boleh cuba Pastryville. Set minum petangnya terdiri daripada pilihan pastri, kek, skon, roti, dan ataupun sandwich yang disediakan segar- pada hari ia dijual! Hidangan lazat set ini juga menyediakan pilihan kopi ataupun teh.
Harga: Dari RM 11.90 satu set (tidak termasuk GST)
Lokasi outlet: Ecurve Mutiara Damansara, Subang Parade, Wisma UOA II, Wangsa Walk Mall
No. Telefon: 03-7733 8280 (Ecurve Mutiara Damansara), 03-5613 6336 (Subang Parade), 03-2181 5318 (Wisma UOA II), Wangsa Walk Mall (03-4144 2168)
Waktu Minum Petang: 3.00pm – 6.00 pm setiap hari.
Tim’s Afternoon Tea, Tim’ s Teapot Terrace, Melawati
Dari ‘tea sandwich’, skon dengan pelbagai jenis jem dan krim hinggalah ke kek, tartlet comel dan semestinya, the, anda akan mendapat berbagai pilihan untuk minum petang disini. Susun atur kedai ini juga menyediakan suasana yang menyenangkan untuk anda menikmati minum petang anda, dengan beberapa bahagian kecil seperti The Library yang terletak di penjuru kedai dilengkapi rak buku. Tetapi, set minum petang ini hanya disediakan pada hari Sabtu sahaja.
Harga: RM 49.90 untuk dua orang
Lokasi outlet: 9128, Lorong Perak, Taman Melawati 53100 Kuala Lumpur
No. Telefon: 03-41012523, 012-2348850. Hubungi terlebih dahulu untuk membuat tempahan.
Waktu Minum Petang: 11 am - 10 pm (Sabtu sahaja)
Pastry Delight, Hartamas Shopping Centre
Jika anda inginkan kafe yang menghidangkan menu high tea di luar waktu minum petang, inilah lokasi yang patut anda pergi. Kafe kecil ini menawarkan pelbagai jenis set kek dan pastri yang bakal memenuhi keinginan anda. Setiap set akan dihidangkan bersama seteko teh.
Harga: RM 51.90 satu set
Lokasi outlet: F-09A, First Floor, Hartamas Shopping Centre, Jalan Sri Hartamas 1, Sri Hartamas, 50480 Kuala Lumpur
Waktu Operasi: Setiap hari.
Latitude 03, Meridien Kuala Lumpur
Set minum petang di Latitude 03 ini menggabungkan menu tradisi minum petang Inggeris dan pencuci mulut dari rantau Asia, seperti skon kranberi, dumpling, puding coklat, dan tart almond. Pelbagai pilihan teh dari jenama Harney & Son’s juga disediakan untuk melengkapi sesi minum petang anda. Tempat ini menyediakan tawaran baik jika anda ingin minum petang di hotel dan inginkannya pada harga yang berpatutan.
Harga: RM 52.00 satu set.
Lokasi outlet: Le Meridien Hotel Kuala Lumpur, 2 Jalan Stesen Sentral, 50470, Kuala Lumpur
No. Telefon: 03 – 2263 7888
Waktu Minum Petang: 2.00pm – 6.00pm (Sabtu & Ahad).
2OX French Bistro, The Row
Terletak di The Row, bistro gaya Perancis ini menawarkan set minum petang, Afternoon Tea Set pada harga RM 60.00++. Set ini termasuk dengan Foccacia dan 3 jenis jem, Club Sandwich ayam, skon, Madeleines lemon, dan Roti Perancis coklat. Pilihan minuman yang ada untuk set ini ialah kopi dan teh.
Harga: RM 60.00++ satu set.
Lokasi outlet: On the Row, 56G Jalan Doraisamy, 50300 Kuala Lumpur
No. Telefon: 03 2692 2233
Waktu Minum Petang: 2:30pm – 5:30pm (Sabtu & Ahad).
TWG Tea, Pavillion KL
Jika anda sedang membeli belah di sekitar Bukit Bintang, kafe ini sesuai sebagai lokasi menikmati minum petang. Jenama teh mewah dari Singapura ini telah memperkenalkan set baru, Imperial High Tea Set yang patut anda cuba! Set ini mengandungi hidangan menyelerakan seperti Tuna Loin, Lamb Tagine dan Macaron. Seteko teh TWG termasuk dengan setiap set minuman petang.
Harga: Dari RM 28.50 satu set (tidak termasuk 10% caj servis & 6% GST).
Lokasi outlet: Level 2, Pavilion Kuala Lumpur, 168 Jalan Bukit Bintang, 55100, Kuala Lumpur
No. Telefon: 03 2142 9922
Waktu Minum Petang: 2:00pm – 6:00pm setiap hari.
Halia, Sime Darby Convention Centre
Nikmati set buffet high-tea menyelerakan dengan gabungan menu dari Timur dan Barat di Halia. Bukan sahaja anda boleh mencuba makanan seperti burger, shawarma, dan pizza, makanan tempatan seperti ais kacang dan pisang goreng turut dihidangkan di sini! Datang bersama keluarga anda kerana ianya percuma untuk kanak-kanak bawah 5 tahun.
Harga: RM 79 seorang.
Lokasi outlet: Sime Darby Convention Centre, 1A Jalan Bukit Kiara, 50480 Kuala Lumpur
No. Telefon: 03 2089 3799
Waktu Minum Petang: 12:00pm – 4:00pm (Sabtu & Ahad sahaja)
The Lounge on the Park, Mandarin Oriental, Kuala Lumpur
Berehat sebenatar dari membeli belah di KLCC di The Lounge On The Park. Menu English Afternoon Tea Stand di kafe ini menawarkan hidangan seperti sandwich, skon dan krim, serta kek kecil.
Harga: RM 78++ satu set.
Lokasi outlet: Mandarin Oriental Hotel, Kuala Lumpur City Centre, 50088 Kuala Lumpur
No. Telefon: 03 – 2179 8883
Waktu Minum Petang: 2:00pm – 6:00pm setiap hari
Restoran Kontiki, The Federal Kuala Lumpur
Nikmati pengalaman hi-tea dengan konsep buffet open-kitchen, dimana anda boleh saksikan sendiri para chef di Kontiki menyediakan menu di hadapan anda! Menu di restoran ini menggabungkan hidangan tempatan dan antarabangsa antaranya set cold platter, sushi, pasta, nasi goreng, buah-buahan tempatan dan kek.
Harga: RM 78 satu set (dewasa), RM 28 satu set (kanak-kanak bawah 12 tahun), diskaun 50% untuk warga emas lebih 55 tahun.
Lokasi outlet: The Federal Kuala Lumpur, Mezzanine Floor, 35 Jalan Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur
No. Telefon: 03 – 2148 9166
Waktu Minum Petang: 12:30pm – 4:00pm (Sabtu dan Ahad)
Mini-Mini Café, Mid Valley Megamall
Kunjungi kafe comel yang dihias dengan pelbagai figura ini yang menyediakan hidangan barat dan juga asia. Anda patut cuba set Mini Mini Café Picnic Hi Tea yang menyediakan pilihan dari burger, pizza, French fries, dan sushi. Pencuci mulut seperti macarons dan panna cota juga termasuk dalam set tersebut.
Harga: RM 79.90 untuk dua orang.
Lokasi outlet: T-005C Mid Valley Megamall, 3rd Floor South Court, Lingkaran Syed Putra, 59200 Kuala Lumpur
No. Telefon: 03 – 2201 0636
Waktu Operasi: 10:30am – 10:00pm setiap hari.
Tea for two at Three, Ritz-Carlton Kuala Lumpur
Berlatarbelakangkan susun atur yang mewah dan elegan di Lobby Lounge , set ini telah melalui pembaharuan bagi mengikuti permintaan dan citarasa terkini pengguna. Antara menu baru yang diperkenalkan termasuklah Tart Telur Bakar gaya Cina, Petite Beef dan Burger Ayam. Anda boleh pilih lebih dari 40 jenis teh dari jenama terkenal Ronnefeldt. Jangan lupa juga untuk mencuba teh eksklusif Ritz-Carlton Kuala Lumpur, yang menggunakan ramuan dari teh Royal Oolong Tie Guan yin.
Harga: RM 80.00 untuk dua orang.
Lokasi outlet: The Lobby Lounge, The Ritz Carlton, 168 Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur
No. Telefon: 03 – 2142 8000
Waktu Minum Petang: 3:00pm – 6:00pm setiap hari.
Pavilions Lounge, Sheraton Imperial Hotel Kuala Lumpur
Manjakan diri anda dengan set Classic Afternoon Tea Experience di Pavilions Lounge, Sheraton Imperial sambil diiringi persembahan. Set hidangan tiga tingkat ini terdiri dari skon, 3 jenis sandwich (salmon, telur, dan daging ayam belanda salai) dan juga tartlet dan macaron sebagai pencuci mulut.
Harga: RM 84.00 untuk dewasa, RM 42 untuk kanak-kanak 9-12 tahun.
Lokasi outlet: Sheraton Imperial Hotel, Jalan Sultan Ismail, 50250, Kuala Lumpur
No. Telefon: 03 – 2717 9027
Waktu Minum Petang: 2:00pm – 5:00pm setiap hari.
Tonka Bean Cafe, Impiana KLCC Hotel
Anda mencari lokasi hi-tea yang mesara keluarga? Tonka Bean Café menyediakan set minum petang yang dengan gabungan hidangan timur dan barat. Turut disediakan ialah sudut kanak-kanak yang menghidangkan jejari ikan, burger mini, bertih jagung dan gula kapas. Untuk dewasa pula, sashimi, gado-gado, sate, nasi biryani dan lasagna tersedia untuk anda! Sebagai pencuci mulut, nikmati pelbagai aiskrim dari Baskin Robbins!
Harga: RM 85.00 untuk dewasa, percuma untuk kanak-kanak bawah 5 tahun.
Lokasi outlet: Impiana KLCC Hotel Kuala Lumpur, 13 Jalan Pinang, 50450, Kuala Lumpur
No. Telefon: 03 – 2147 1111
Waktu Minum Petang: 12:30pm – 4:00pm (Sabtu dan Ahad sahaja).
OneSixFive (IVIV), InterContinental Hotel Kuala Lumpur
Restoran ini menawarkan 2 jenis menu untuk anda pilih iaitu Selera Afternoon Tea yang menampilkan menu dengan sentuhan Malaysia, seperti éclair durian, lamington kuih lapis, dan burger rendang daging. Ataupun set Royal Afternoon Tea yang menampilkan hidangan seperti skon dengan krim Devonshire, tart meringue lemon, dan juga bagel udang galah. Seteko teh disertakan bersama setiap set minuman petang.
Harga: RM 87.50 satu set.
Lokasi outlet: InterContinental Kuala Lumpur, 165 Jalan Ampang, 50450, Kuala Lumpur
No. Telefon: 03 – 2782 6168
Waktu Minum Petang: 2:00pm – 5:00pm setiap hari.
Ben’s, Publika
Nikmati pengalaman minum petang di Ben’s, dengan hiasan dalaman unik dan moden untuk memberikan pengalaman baru. Set minum petangnya, The Malaysian Tea Set menyediakan hidangan seperti sandwich mini, karipap, rojak, dan kek, manakala teh yang digunakan dari jenama T2.
Harga: RM 88.00 satu set.
Lokasi outlet: Ben’s, Level G2, Jalan Dutamas, Solaris Dutamas, 50480 Kuala Lumpur
No. Telefon: 03 6205 2768
Waktu Minum Petang: 3:00pm – 6:00pm setiap hari.
Restoran Zende, Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur
Untuk mereka yang ingikan pengalaman sesi minum petang di hujung minggu yang kasual, ini merupakan tempat yang sesuai. Terletak di Seri Pacific berdekatan dengan PWTC, buffet minum petangnya menawarkan menu seperti Enchiladas ayam, rojak DIY, dan pelbagai pencuci mulut lain yang perlu dicuba.
Harga: RM 90.00 satu set.
Lokasi outlet: Level 3, Seri Pacific Hotel, Jalan Putra, 50350 Kuala Lumpur
No. Telefon: 03 4049 4351
Waktu Minum Petang: 12:30pm – 4:00pm, Sabtu dan Ahad.
Botanica+Co, Bangsar South
Restoran yang baru dibuka dan dijangka bakal memeriahkan lagi industri makanan di Kuala Lumpur ini terletak di Bangsar South. Suasana dalamannya amat menenangkan, berkonsepkan taman botanik. Dengan keutamaan pada hidangan yang berkualiti dan berkhasiat, menu minum petang Botanica+Co menawarkan pilihan seperti kentang goring truffle, pizza, laksa udang kara, dan pelbagai pencuci mulut.
Harga: Dari RM 20 untuk satu hidangan.
Lokasi outlet: Ground Floor, Verticals Podium, Bangsar South City, 8 Jalan Kerinchi, 59200 Kuala Lumpur
No. Telefon: 016 965 6422
Waktu Minum Petang: 4:00pm – 6:00pm.
Lebih RM 100
Nobu, Petronas Tower 3 KLCC
Nikmati minum petang anda dengan pemandangan dari tingkat 56 Menara Petronas di Nobu’s Sky High Tea. Minum petang ala Jepun ini menyediakan hidangan seperti gyoza makanan laut, sashimi, dan mochi. Memang lain dari gaya minum petang yang lain, tapi satu kelainan yang dialu-alukan, dan pastinya amat sesuai untuk mereka yang gemarkan masakan Jepun!
Harga: RM 93++ seorang, percuma teh hijau.
Lokasi outlet: Tingkat 56, Menara 3 Petronas, Persiaran KLCC, 50088, Kuala Lumpur
No. Telefon: 03 2164 5084
Waktu Minum Petang: 2:30pm – 5:00pm, Sabtu dan Ahad sahaja.
The Orchid Conservatory, Majestic Hotel Kuala Lumpur
Idamkan sesi minum petang yang unik? Apa kata anda cuba sesi minum petang di Orchid Conservatory yang popular ini? Nikmati minum petang anda dikelilingi rimbunan bunga orkid yang amat cantik. Set minum petangnya menyediakan skon buttermilk, éclair lemon, sandwich mini, dan lain-lain. Jika anda ingin kesini, anda perlu menempah t awal kerana permintaan yang amat tinggi!
Harga: RM 108 seorang.
Lokasi outlet: Majestic Hotel, 5 Jalan Sultan Hishamuddin, 50000, Kuala Lumpur
No. Telefon: 03 2785 8000
Waktu Minum Petang: 3:00pm – 6:00pm setiap hari.
Newens Tea House, Starhill Gallery
‘Tea House’ tekenal British, Newens sememangnya kaya dengan sejarah mengenai minum petang dan menunya yang unik. Hidangannya yang paling terkenal ialah tart Maid of Honour, dibakar segar setiap hari dan dibuat dengan resepi rahsia dari abad ke-18. Pilih dari lebih 60 jenis teh untuk melengkapi sesi minum petang anda disamping skon, tart Maid of Honour, pastri, dan macarons.
Harga: RM 120 untuk 2 orang.
Lokasi outlet: Starhill Gallery, Indulge Floor, 181 Jalan Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur
No. Telefon: 03 2719 8550
Waktu Minum Petang: 2:30pm – 5:00pm setiap hari.
Thirty8, Grand Hyatt Hotel Kuala Lumpur
Cuba pengalaman minum petang di Thirty8 yang terletak di tingkat 38 Grand Hyatt dengan pemandangan pusat bandar 360 darjah mengelilingi restoran tersebut. Jika anda penggemar makanan manis, cuba set High on Sugar yang menawarkan menu seperti Madeleines, Macarons, Marshmallow dan skon. Jangan lupa untuk cuba hidangan lain bagi mengimbangi deria rasa anda!
Harga: RM 120 satu set (Jumaat), RM 150 satu set (Sabtu dan Ahad).
Lokasi outlet: Grand Hyatt Hotel Kuala Lumpur, 12 Jalan Pinang 50450, Kuala Lumpur
No. Telefon: 03 – 2182 1234
Waktu Minum Petang: 3:00pm – 5:00pm (Jumaat – Ahad).
BLVD House, Platinum Park
BLVD House menawarkan pengalaman minum petang dengan suasana kasual klasik, dengan pengaruh restoran bar dari Paris, New York, dan London. Set High Tea restoran ini menyediakan menu seperti skons dan krim, sandwich itik salai, dan Beignet Ovomaltine.
Harga: RM 120++ untuk 2 orang, termasuklah kopi/teh tanpa had.
Lokasi outlet: Level 1, NAZA Tower, Platinum Park No 11, Persiaran KLCC, 50088 Kuala Lumpur
No. Telefon: 03 2630 9999
Waktu Minum Petang: 3:00pm – 5:00pm setiap hari.
Lobby Lounge, Shangri-La Hotel Kuala Lumpur
Lobby Lounge di Hotel Shangri-La menawarkan 2 jenis hidangan minum petang berbeza untuk hujung minggu. Pada hari Sabtu, Saturday High Tea menyediakan hidangan eksklusif di setiap stesen, dari Stesen Kaviar dan Telur Ikan, hinggalah ke stesen yang menawarkan daging bakar berkualiti. Set Coffee and Chocolate High Tea pula ditawarkan untuk hari Ahad. Pelbagai pencuci mulut berperisa kopi dan coklat disediakan, seperti Tiramisu atau Chocolate Fountain dengan marshmallow. Selain itu, Golden Crab Cake dan Black Coffee Braised Short Rib Pie.
Harga: Saturday High Tea: RM 120 seorang. Sunday’s Coffee & Chocolate Hi-Tea: RM 95 seorang.
Lokasi outlet: Shangri-La Hotel, 11, Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur.
No. Telefon: 03 – 2074 3900
Waktu Minum Petang: Sabtu 12:00pm – 4:00pm, Ahad 2:30pm – 5:30pm
TEMPTations, Renaissance KL Hotel
TEMPTations telah menjenamakan buffet minum petang hari minggu mereka ke Long Lunch. Menu yang dihidangkan berbeza setiap minggu, tetapi pelanggan boleh menjangkakan menu tersebut menyediakan masakan Melayu, China, India, Jepun, dan Barat. Untuk pencuci mulut pula, beraneka jenis kuih tradisional Melayu, skon, crumbles, mousse dan aiskrim turut disediakan.
Harga: RM 138 seorang.
Lokasi outlet: Renaissance Kuala Lumpur Hotel, Corner of Jalan Sultan Ismail and Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur.
No. Telefon: 03 – 2263 7888
Waktu Minum Petang: 12:30pm – 4:30pm, Sabtu dan Ahad.
The Drawing Room, St. Regis Kuala Lumpur
Manjakan diri anda dengan set St. Regis Afternoon Tea sambil menyaksikan arca kuda terbesar yang diukir Fernando Botero. Skon mentega, sandwich mini, pencuci mulut elegan dan juga teh dari jenama TWG merupakan hidangan untuk set minuman petang yang disediakan disini.
Harga: RM 140 seorang.
Lokasi outlet: St. Regis Hotel, Lobby Level, Jalan Stesen Sentral 2, Kuala Lumpur Sentral, 50470 Kuala Lumpur
No. Telefon: 03 – 2727 1111
Waktu Minum Petang: 3:00pm – 5:00pm setiap hari.
Jangan lupa untuk gunakan kad kredit anda untuk mendapatkan mata ganjaran atau rebat tunai! Jika anda berhasrat untuk memohon kad kredit, gunakan aplikasi perbandingan CompareHero,my dan jawab beberapa soalan untuk membantu kami memilih kad kredit terbaik untuk anda.
Save
10% Cashback for Dining, Grocery, Petrol & Grab spend No minimum Cashback accumulation |