Cara Buat Pinjaman Sekiranya Anda Mempunyai Rekod Kredit Buruk

CompareHero.my Team

CompareHero.my Team

Last updated 19 April, 2021

Tidak dapat dinafikan, kad kredit dan juga pinjaman peribadi banyak membantu untuk menampung keperluan wang. Kebelakangan ini, pegawai-pegawai bank yang menawarkan permohonan dann meluluskan kad kredit boleh dilihat dimana-mana, bukan sahaja di bank. Keistimewaan seperti kelulusan yang mudah dan cepat serta cenderamata percuma disediakan untuk menarik pemohon baru.

Tetapi, bagaimana pula jika anda memiliki rekod kredit (credit score) yang buruk dan bank tidak mahu meluluskan permohonan anda? Jangan risau, masih terdapat lagi pilihan lain yang anda boleh cuba.

1. Kesatuan Kredit (Credit union)

  • Kesatuan bukan-keuntungan (not-for profit) yang membantu ahli untung membuat simpanan di samping meminjam wang apabila perlu.
  • Kerana ia biasanya ditubuhkan dalam kalangan komuniti (i.e.: koperasi) semua ahli saling mengenali antara satu sama lain. Lantas, ianya lebih fleksibel untuk anda memohon pinjaman berbanding bank. Salah satu kelebihan kesatuan kredit juga ialah anda boleh membuat simpanan yang lebih besar. Kadar faedah yang dikenakan juga adalah lebih berpatutan berbanding yang dikenakan oleh syarikat kad kredit.
  • Kelemahan: Syarat penyertaan yang agak ketat. Seperti yang dimaklumkan, ianya ditubuhkan dalam kalangan komuniti (contoh: kesatuan pekerja), maka hanya ahli-ahli dalam kalangan komuniti itu sahaja yang boleh menyertai dan menikmati kelebihan tersebut.

2. Pinjaman habis bulan (Payday loan)

  • Pinjaman ini ditawarkan dalam skala yang kecil untuk jangka masa pendek, kebiasaannya perlu dibayar semula dalam tempoh 30 hari.
  • Kelebihan: Proses permohonan dan kelulusan yang mudah dan wang pinjaman juga akan dikreditkan ke akaun anda dengan cepat.
  • Kelemahan: kadar faedah yang dikenakan agak tinggi, dan caj-caj tambahan yang turut dikenakan terutama sekali jika anda tidak dapat melangsaikan bayaran dalam masa sebulan.

3. Pinjaman berpenjamin (Guarantor Loan)

  • Pinjaman yang ditawarkan untuk mereka yang memiliki rekod kredit ynag buruk namun mempunyai kenalan / keluarga dengan rekod kredit yang baik dan bersetuju untuk menjadi penjamin sekiranya peminjam gagal melangsaikan hutang.
  • Kelebihan: Kadar pembayaran semula yang lebih rendah berbanding pinjaman habis bulan. Peluang untuk permohonan diluluskan juga lebih cerah jika rekod kredit penjamin lebih baik.
  • Kelemahan: Kadar faedah yang dikenakannya masih lagi tinggi berbanding pinjaman-pinjaman lain.

pl_blog_banner_malay

4. Pinjaman kredit bercagar (secured credit loans)

  • Juga dikenali sebagai bad credit loans, pinjaman ini dijamin dengan cagaran ke atas harta yang anda miliki. Sesuai untuk pinjaman jangka panjang.
  • Kelebihan: Jumlah yang anda boleh pinjam adalah lebih besar, dengan tempoh pembayaran semula yang lebih panjang, menjangkau 30 tahun. Kadar faedah yang dikenakan juga kebiasaannya yang terendah berbanding semua alternatif yang dinyatakan disini.
  • Kelemahan: Tidak sesuai untuk pinjaman jangka pendek. Anda juga perlu memiliki sebuah harta (kebiasaannya rumah) untuk memohon pinjaman ini. Namun ingat bahawa harta yang anda cagarkan boleh tergadai jika anda gagal melangsaikan bayaran semula. Jumlah yang anda perlu bayar juga akan berganda (ditambah dengan faedah) jika anda mengambil masa yang lama untuk melangsaikan pinjaman tersebut.

5. Kad kredit untuk rekod kredit yang kurang memuaskan

  • Ini merupakan Kad kredit yang menerima pemohonan dari individu yang memiliki rekod kredit yang buruk. Biasanya ditawarkan oleh firma kad kredit dan pengeluar eksklusif.
  • Kelebihan: Kadar faedah yang dikenakan adalah antara yang terendah apabila digunakan dalam jangka masa panjang, terutamanya apabila anda melangsaikan baki tertunggak tepat pada masanya.
  • Kekurangan: Anda tidak boleh melangsaikan baki tertunggak kad-kad terdahulu menggunakan kad kredit ini. Anda juga tidak boleh melangkau had kredit yang ditetapkan.

Berdasarkan info-info diatas, pinjaman melalui kesatuan dan kad kredit adalah alternatif yang murah dari segi pembayaran semula dan kadar faedah. Namun harus diingat, sebelum anda bergegas untuk  mengisi borang permohonan, seelok-eloknya kaji terlebih dahulu dan dapatkan info dari institusi kewangan yang menawarkan khidmat tersebut untuk membantu permohonan anda.

The CompareHero.my team is comprised of many talented individuals, sharing their knowledge, experiences and research to help others make better financial decisions.

FINANCIAL TIP:

Use a personal loan to consolidate your outstanding debt at a lower interest rate!

Subscribe to our newsletter to stay up-to-date with exclusive money-saving tips & great deals