Proses memohon untuk pinjaman peribadi boleh memeningkan kepala, tetapi jangan risau! Ikuti tip-tip dibawah untuk ketahui apa yang anda perlu buat supaya permohonan pinjaman anda tidak ditolak oleh pihak bank!
Periksa rekod kewangan anda
Sebelum anda memulakan permohonan untuk pinjaman, periksa dahulu keadaan rekod kewangan anda. Perkara pertama yang akan dilihat oleh pihak bank ialah rekod kewangan seseorang yang memohon pinjaman.
Jika anda mempunyai rekod bayaran balik yang tidak baik, contohnya anda sering lambat untuk membuat pembayaran kad kredit, pihak bank tidak akan meluluskan permohonan pinjaman anda kerana peminjaman yang mempunyai rekod bayaran balik yang tidak baik mempunyai kemungkinan tinggi untuk meneruskan perangai mereka itu.
Jadi, ini merupakan antara sebab mengapa anda perlu pastikan rekod kewangan anda dalam keadaan baik kerana ia akan membantu anda bila anda ingin memohon untuk pinjaman atau apa-apa sahaja permohonan di bank.
Sekiranya anda mempunyai rekod kewangan buruk, ambil masa dahulu untuk baiki rekod tersebut sebelum anda memohon untuk pinjaman. Ia lebih baik daripada melalui proses permohonan pinjaman kemudian ditolak kerana anda sudah tahu anda mempunyai rekod kewangan buruk.
Berdisiplin
Sebelum anda memohon untuk pinjaman, pastikan anda sudah mula berdisiplin dengan membayar semua komitmen kewangan anda seperti pinjaman kereta atau bayaran balik kad kredit anda tepat pada masanya.
Mulakan tabiat ini sekurang-kurangnya 6 bulan sebelum anda memohon untuk pinjaman. Lebih awal lebih bagus.
Sikap disiplin anda dalam membayar balik ini juga akan menentukan bagaimana keadaan rekod kewangan anda nanti. Ini kerana jika anda sering lambat atau lebih teruk, tidak melakukan pembayaran untuk komitmen kewangan anda yang lain ini akan tertera di rekod kewangan anda.
Baca semua syarat
Sebagai peraturan umum, kebanyakan bank hanya akan meluluskan permohonan pinjaman anda jika ia tidak melebihi 30% daripada komitmen kewangan yang anda sedia ada. Bagi pinjaman peribadi, bank akan berikan 2 atau 3 kali ganda gaji anda. Untuk tidak membuang masa, kira berapa komitmen kewangan anda dan lihat terma dan syarat pinjaman bank tersebut sebelum anda memohon untuk pinjaman.
Setengah individu lupa atau pandang remeh untuk teliti terma dan syarat. Pastikan anda periksa had minima gaji, umur dan juga had pinjaman yang akan diberikan oleh bank sebelum memulakan permohonan anda. Ini akan bantu anda pastikan anda layak atau tidak dan tidak membuang masa anda mohon hanya untuk permohonan ditolak kerana anda tidak layak dan anda sebenarnya boleh mengetahui hal ini jika anda lihat terma dan syarat yang tertera.
Banding Pinjaman Peribadi Di CompareHero
Anda sedang mencari pinjaman peribadi yang sesuai? Bandingkan pinjaman peribadi secara percuma di sini dan dapatkan pinjaman peribadi terbaik di Malaysia sesuai dengan keperluan dan kemampuan anda! Anda juga berpeluang memenangi hadiah lumayan bergantung kepada promo yang berlangsung. Pastikan anda selalu lawati laman CompareHero.