Maybank melancarkan penyelesaian pembiayaan digital peribadi; pembayaran dalam tempoh 10 saat selepas diluluskan

CompareHero.my Team

CompareHero.my Team

Last updated 16 March, 2022

Dengan Pembiayaan Digital Peribadi Maybank yang terkini di laman sesawang Maybank2u dan aplikasi MAE, Maybank menjanjikan pengalaman digital yang lebih baik dan pantas bermula dari proses permohonan, kelulusan serta merta sehingga pembayaran yang hanya mengambil tempoh 10 saat.

Dengan keupayaan enjin penentu keputusan, semakan pra-kelayakan dan penilaian  setiap permohonan pada masa nyata dapat dicapai serta usaha untuk memberi kelulusan serta-merta dan seterusnya pembayaran dalam masa yang singkat dapat direalisasikan.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Perkhidmatan Kewangan Komuniti Maybank, Dato’ John Chong berkata bahawa penyelesaian digital ini berjaya menyikirkan proses permohonan fizikal yang rumit. “Berdasarkan pengalaman kami, kami sedar bahawa pelanggan yang memohon pembiayaan peribadi mahukan kelajuan dan kesenangan, kerana dana ini mungkin diperlukan untuk perkara penting seperti perubatan kecemasan. Selain memberikan pembayaran yang pantas, Pembiayaan Digital Peribadi Maybank juga tidak memerlukan cagaran ataupun penjamin, menjadikan ia pilihan unggul untuk para pelanggan yang memerlukan duit segera.”

“Dengan keadaan semasa yang semakin kembali normal dan sempena pembukaan sempadan negara pada bulan hadapan, kami menjangkakan perbelanjaan pengguna akan meningkat pada tahun ini dan kembali kepada tahap pra-pandemik. Sejak 3Q 2021, kami telah melihat trend permohon pembiayaan peribadi yang memerlukan sokongan kewangan untuk kos-kos perkahwinan, pelancongan, dan bayaran pendahuluan dan pengubahsuaian rumah semakin meningkat. Pada tahun ini, kami menjangkakan pertumbuhan sekurang-kurangnya 30% dalam segmen pembiayaan peribadi, dirangsang oleh Pembiayaan Digital Peribadi Maybank,” tambah beliau.

Antara syarat untuk memohon Pembiayaan Digital Peribadi Maybank  ialah:

  • Pelanggan baharu dan sedia ada yang berumur antara 21 sehingga 60 tahun boleh memohon.
  • Pelanggan Maybank boleh memohon sehingga RM100,000 atau empat (4) kali ganda daripada pendapatan bulanan (yang mana lebih rendah) tanpa perlu menghantar dokumen pendapatan.
  • Pemohon boleh menerima bayaran dalam tempoh 10 saat selepas kelulusan sekiranya gaji mereka dimasukkan ke dalam Maybank dan mempunyai pendapatan kasar sekurang-kurangnya RM42,000.
  • Memiliki profil dan skor kredit yang sihat dan,
  • memenuhi syarat kelayakan lain yang ditetapkan oleh pihak Bank.

Lengkap dengan tempoh pembiayaan yang lebih panjang, sehingga enam tahun, pelanggan kini boleh menguruskan komitmen kewangan dengan lebih baik.

Selain itu, pelanggan baharu atau sedia ada yang tidak mempunyai rekod pendapatan dalam Maybank juga boleh memohon Pembiayaan Digital Peribadi Maybank, dengan langkah tambahan iaitu memuat naik dokumen pendapatan mereka. Pelanggan akan menerima keputusan pada hari yang sama, dengan dana diberikan dalam masa satu hari selepas kelulusan, sekiranya mereka memenuhi syarat kelayakan.

Sempena pelancaran penyelesaian baharu ini, para pelanggan yang memohon untuk pembiayaan peribadi melalui Pembiayaan Digital Peribadi Maybank mulai 15 Mac 2022 sehingga 15 Julai 2022 dan menerima kelulusan untuk permohonan mereka, akan berpeluang untuk memenangi wang tunai bernilai RM50,000, termasuk hadiah utama sebanyak RM10,000.

Pembiayaan Digital Peribadi Maybank tersedia dalam pilihan Konvensional atau Islamik kini tersedia di laman sesawang Maybank2u dan aplikasi MAE. Untuk maklumat lanjut mengenai penyelesaian baharu ini, pelanggan boleh melayari www.maybank2u.com.my/personal-financing-i .

The CompareHero.my team is comprised of many talented individuals, sharing their knowledge, experiences and research to help others make better financial decisions.

FINANCIAL TIP:

Use a personal loan to consolidate your outstanding debt at a lower interest rate!

Subscribe to our newsletter to stay up-to-date with exclusive money-saving tips & great deals