Kerajaan benar keluarkan RM 10,000 dari simpanan KWSP

CompareHero.my Team

CompareHero.my Team

Last updated 03 June, 2022

Kerajaan membenarkan pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM10,000 setelah mengkaji dan mendengar masalah ramai pihak yang berada dalam kesempitan kesan daripada pandemik Covid-19 yang melanda negara sejak dua tahun lalu.

Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, keputusan sukar yang melibatkan simpanan hari tua rakyat itu terpaksa diambil kerana ia merupakan jalan penyelesaian yang terbaik pada ketika ini.

"Berdasarkan dapatan kajian dan penelitian secara menyeluruh dalam fasa pemulihan selepas pandemik ini, ada dalam kalangan Keluarga Malaysia yang masih terkesan dari segi ekonomi, hilang pendapatan dan sedang membina semula kehidupan.

"Penjelasan lanjut mengenai pengeluaran khas ini akan dibuat oleh Kementerian Kewangan dan KWSP," katanya.

Kerajaan juga menyarankan supaya pencarum mengekalkan simpanan sekiranya tidak mempunyai apa-apa desakan. 

The CompareHero.my team is comprised of many talented individuals, sharing their knowledge, experiences and research to help others make better financial decisions.

FINANCIAL TIP:

Use a personal loan to consolidate your outstanding debt at a lower interest rate!

Subscribe to our newsletter to stay up-to-date with exclusive money-saving tips & great deals