Apakah Beza Pakej Netflix Malaysia VS Iflix, HyppTV & Astro?

CompareHero.my Team

CompareHero.my Team

Last updated 11 February, 2022

Pada Januari lepas, Netflix akhirnya telah dilancarkan di Malaysia. Rangkaian 'video streaming' dari Amerika Syarikat ini telah mengembangkan capaiannya ke 130 buah negara di seluruh dunia, dan ramai rakyat malaysia yang teruja untuk menggunakan khidmat Netflix ini.

Namun, sudah terdapat beberapa alternatif rangkaian 'video streaming' di Malaysia, seperti iflix, HyppTV Everywhere dan Astro On The Go. Jadi, adakah ianya berbaloi untuk melanggan Netflix berbanding yang lain? Mari kita banding dan tentukan mana satu yang sesuai dengan anda.

Netflix vs iflix

Rangkaian

Netflix

iflix

Harga

Basic RM 33

Standard RM 42

Premium RM 51

Dari RM 8

Gajet (Telefon pintar, TV, laptop dan PC0

4 (untuk pakej Premium)

Tanpa had

Fokus kandungan

Barat + Asia

Barat + Asia + tempatan

Kontrak

Tiada

Tiada

Keperluan internet

Ya

Ya

Tayangan dalam HD?

Hanya untuk pakej Standard & Premium

Tiada

Perbezaan harga untuk kedua-dua rangkaian agak ketara, namun Netflix mempunyai kelebihan dengan memiliki dokumentari dan rancangan terbitan sendiri, seperti House of Cards, Daredevil, Orange is The New Balck dan Marco Polo. Tidak dinafikan, kandungan rancangan di Netflix lebih berorientasikan untuk penonton dari barat, dan tiada rancangan dari Malaysia. Ini dapat dijustifikasikan kerana fokus Netflix adalah untuk penonton dari kelompok umur yang lebih muda dan urban, manakala raancangann di iflix lebih terbuka dan menawarkan pilihan untuk penggemar rancangan tempatan.

Salah satu perbezaaan ketara juga ialah kebolehan untuk bersiar di pelbagai media dalam satu masa. Untuk Netflix, anda perlu melanggan pakej Standard atau Premium, manakala bagi iflix, tiada syarat yang diperlukan.

Keputusan: ianya bergantung kepada minat anda, rancangan terbitan barat ataupun drama dari Asia dan Malaysia.

MY_UrgentImages_blog01

Netflix vs HyppTV Everywhere

Rangkaian

Netflix

HyppTV Everywhere

Harga

Basic RM 33

Standard RM 42

Premium RM 51

Hanya untuk pelanggan UniFi sahaja

Mempunyai siaran Pay-Per-View & Video-On-Demand

Gajet (Telefon pintar, TV, laptop dan PC0

4 (untuk pakej Premium)

Tanpa had

Fokus kandungan

Barat + Asia

Barat + Asia + tempatan

Kontrak

Tiada

Ada

Keperluan internet

Ya

Ya

Tayangan dalam HD?

Hanya untuk pakej Standard & Premium

Ada (untuk saluran terpilih sahaja)

Sekali pandang, Netflix kelihatan bagaikan lebih mahal berbanding HyppTV, yang ditawarkanpercuma dengan langganan UniFi atau Streamyx. Ia juga membolehkan anda untuk menstrim secara langsung pada bila-bila masa, 24/7. Jadi, mengapa kita perlu bayar lebih bukan?

  • ZERO Annual Fee, FREE for life

  • 5X TreatsPoints for all spend on American Express Reserve Card
  • 1X TreatsPoints for Visa/Mastercard spend
cta-apply-now

Kerana walaupun percuma, saluran yang ditawarkan HyppTv amat terhad. Anda mendapat 25 rancangan dan 8 stesen radio, tetapi anda perlu membayar lebih untuk rancangan lain, sebagai contoh pakej HyppTV Jumbo pada harga RM 63.60 sebulan.

Sebaliknya, anda boleh menikmati pelbagai filem dan rancangan tanpa had pada harga tetap dengan Netflix. Tetapi, kandungan rancangan di Netflix mungkin tidak begitu sesuai bagi penonton yang gemarkan rancangan tempatan , dan keupayaan siaran serentak pelbagai gajet juga terhad.

MY_UrgentImages_blog02

Netflix vs Astro on The Go

Rangkaian

Netflix

Astro on The Go

Harga

Basic RM 33

Standard RM 42

Premium RM 51

Percuma dengan langganan Astro

Mempunyai siaran Pay-Per-View & Video-On-Demand

Gajet (Telefon pintar, TV, laptop dan PC0

4 (untuk pakej Premium)

Tanpa had

Fokus kandungan

Barat + Asia

Barat + Asia + tempatan

Kontrak

Tiada

Ada

Keperluan internet

Ya

Satelit atau iPTV

Tayangan dalam HD?

Hanya untuk pakej Standard & Premium

Ada (untuk saluran terpilih sahaja)

Astro telah lama bertapak dalam industri hiburan untuk mengetahui citarasa dan minat penonton tempatan. Dengan aplikasi percuma Astro on The Go, Astro telah melangkah lebih jauh kehadapan. Aplikasi ini membolehkan pengguna menonton siaran video yang ditawarkan Astro di pelbagi medium.

Seperti Netflix, Astro juga telah memperkenalkan  rancangan terbitan sendiri dan turut menawarkan pilihan bagi mereka yang tidak bertutur dalam bahasa Inggeris di Malaysia.

Tetapi, salah satu kelemahan terbesarnya ialah ianya memerlukan langganan Astro. Tanpa langganan Astro tersebut, kebanyakan rancangan tersebut hanya boleh dilanggan melalui PPV dan VOD, yang  menelan kos yang lebih tinggi.

Setakat ini, ASTRO menawarkan 9 pakej, dari harga RM 42.95 ke RM 241.68 sebulan, dengan pelbagai pilihan saluran.

Keputusan: ASTRO on The Go merupakan alternatif tebaik bagi keluarga yang besar dengan minat yang pelbagai. Jika tidak, Netflix merupakan pilihan yang lebih murah.

Jadi, adakah berbaloi untuk melanggan Netflix?

Mungkin tidak berapa berbaloi untuk melanggan Netflix, kerana Netflix Malaysia hanya menawarkan 11% kandungan yang terdapat di Netflix USA. Tetapi, anda harus ingat yang ini mungkin berpunca dari masalah perlesenan serantau dan ianya akan dapat diselesaikan di masa hadapan. Jika anda ingin tahu samada ianya sesuai untuk anda, apa kata langgan pakej percubaan 30 hari percuma terlebih dahulu dan buat keputusan selepas itu?

MY_BlogBanner_021516-CTA

The CompareHero.my team is comprised of many talented individuals, sharing their knowledge, experiences and research to help others make better financial decisions.

FINANCIAL TIP:

Use a personal loan to consolidate your outstanding debt at a lower interest rate!

Subscribe to our newsletter to stay up-to-date with exclusive money-saving tips & great deals