Ulasan: Pelan Maxis Home Fibre Broadband

CompareHero.my Team

CompareHero.my Team

Last updated 15 April, 2019

Maxis telah mengukuhkan reputasinya selaku salah satu syarikat telekomunikasi terbaik di Malaysia, dengan liputan yang meluas, khidmat pelanggan yang berkualiti serta variasi servis yang boleh dipilih.

Namun, dari segi servis jalur lebar dan internet, Maxis diakui masih lagi baru dalam pasaran. Kini, Maxis mula mengorak langkah dengan memperkenalkan pelan Maxis Home Fibre Broadband yang telah menjadi bualan dan perhatian ramai.

Jadi, mari kita lihat ciri-ciri dan keistimewaan pelan ini.

Pelan

Maxis Home Fibre Broadband menawarkan pelan-pelan berikut:

Pelan

Caj bulanan

Caj bulanan dengan Pelan MaxisONE*

Data

10 Mbps

RM 148

RM 128

Tanpa had

20 Mbps

RM 198

RM 170

Tanpa had

30 Mbps

RM 248

RM 220

Tanpa had

100 Mbps

RM 398

RM 330

Tanpa had

*untuk pelanggan Pelan MaxisONE 98, 128, 158 dan 188

Seperti yang anda lihat di jadual di atas, Maxis menyediakan yang terbaik untuk pelanggan setianya dengan potongan harga untuk pelanggan pelan MaxisONE. Setelah UniFi menamatkan pelan 10Mbps dan 20 Mbps nya, Maxis menjadi satu-satunya syarikat telekomunikasi yang menawarkan pelan jalur lebar dengan kelajuan berikut. Pada pendapat kami, ianya boleh menjadi satu alternatif yang bagus bagi mereka yang mempunyai bajet yang terhad namun ingin menikmati internet berkelajuan tinggi.

Namun harga pelan 30Mbps agak mahal (RM 49 lebih mahal berbanding pesaing terdekatnya, UniFi Advance 30 Mbps yang turut menawarkan pakej HyppTV). Namun, sekiranya anda mementingkan stabiliti atau kerap memuatnaik fail, pelan Maxis amat berbaloi untuk dimiliki dengan ratio muat naik  atau muat turun (upload/download) yang simetrikal untuk semua pelan.

Bagi pelan terbaik yang ditawarkan Maxis iaitu Maxis Home Broadband 100 Mbps – ia memiliki semua ciri-ciri yang diperlukan untuk menjadi pelan jalur lebar fiber optik terbaik di Malaysia. Namun, harga yang dicaj agak mahal, walaupun dengan potongan dari Pelan MaxisONE (RM 398 sebulan! Atau jika anda melanggan pelan MaxisONE, RM 330). Tambahan pula, pesaingnya, TIME menawarkan pelan dengan kelajuan yang sama dengan harga yang lebih murah (RM 149.00 sebulan). Malah, pada hanya RM 299.00 sebulan, TIME menawarkan pelan TIME Home Fibre Broadband dengan kelajuan 500 Mbps (tertinggi setakat ini). Apa yang mungkin menjadi kelebihan Maxis berbanding TIME adalah liputan bagi pelan fiber optik Maxis adalah lebih meluas berbanding TIME.

BSN Visa credit card ZERO Annual Fee, FREE for Life

1X Happy Points for every 1RM spend

FREE BSN Zing PLUSMiles Card

cta-apply-now

Pakej panggilan

Pelan jalur lebar Maxis turut menawarkan panggilan percuma bernilai RM 30 untuk panggilan ke semua rangkaian. Tambahan pula, tiada sebarang caj atau kuota untuk panggilan dari talian tetap Maxis ke talian tetap Maxis yang lain. Namun, jika anda telah menggunakan semua kuota RM 30 tersebut, anda akan dicaj dengan kadar yang biasa.

Kadar RM 30 itu nampak sedikit, namun kami dapat rasakan yang Maxis mungkin tidak terlalu menumpukan kepada pelan panggilan ini, apatah lagi pelanggan telah memiliki pelan MaxisONE.

Astro B.Yond IPTV

Berita baik sekiranya anda turut merancang untuk melanggan Astro B.Yond IPTV! Pelanggan Maxis Home Fibre Broadband ditawarkan diskaun bulanan RM 26.50 (RM 318 setahun) sekiranya anda melanggan Astro IPTV Superpack bersama-sama dengan Maxis Home Fibre Broadband.

Caj perkhidmatan yang berpatutan

Maxis turut memansuhkan banyak caj-caj perkhidmatannya seperti di bawah, terutamanya untuk rakyat Malaysia.

Caj

Harga

Dimansuhkan?

Caj pemasangan

RM 200

Ya

Deposit untuk rakyat Malaysia

RM 75

Ya

Deposit untuk bukan rakyat Malaysia

RM 500

Tidak

Khidmat nasihat Maxperts

RM 188

Ya (untuk pelan 20 Mbps ke atas sahaja)

Penalti penebusan kontrak (early contract termination penalty)

RM 500

Tidak

Caj pemindahan

RM 200

Tidak

Liputan meluas

Maxis memiliki liputan yang meluas di seluruh Malaysia, dengan berkongsi Infrastruktur Jalur Lebar Fiber seperti UniFi. Malah, Maxis turut menggunakan Infrastruktur Jalur Lebar Generasi Baru. Ini bermakna kurang ‘kesesakan’ dan menawarkan internet yang lebih laju. Klik disini untuk mengetahui samada kawasan anda dalam liputan Maxis.

Kami harap ianya membantu anda untuk membuat pilihan. Gunakan aplikasi perbandingan percuma CompareHero.my untuk membandingkan lebih pelan jalur lebar yang sesuai untuk anda!

AmBank CARz Visa credit card
  • ZERO Annual Fee, FREE for Life
  • Cashback for Petrol spend
  • 3% Cashback applicable to Outstanding Balance (2% or Fully Paid Bill)
cta-apply-now

The CompareHero.my team is comprised of many talented individuals, sharing their knowledge, experiences and research to help others make better financial decisions.

FINANCIAL TIP:

Use a personal loan to consolidate your outstanding debt at a lower interest rate!

Subscribe to our newsletter to stay up-to-date with exclusive money-saving tips & great deals