UniFi merupakan perkhidmatan Internet yang ditawarkan oleh syarikat telekomunikasi gergasi, Telekom Malaysia (TM) yang tidak lagi asing di kalangan rakyat Malaysia. Kelajuan dan kestabilan servisnya jauh mengatasi produk keluaran TM yang terdahulu, Streamyx.
UniFi merupakan pembekal khidmat internet yang pertama di Malaysia yang menggunakan infrastruktur fiber optik jalur lebar (High Speed Broadband Access, HSBA) yang menawarkan Internet pantas dengan liputan meluas seluruh negara.
Infrastruktur ini juga menawarkan servis Internet yang stabil, maka tidak hairanlah ianya amat digemari ramai. Namun begitu, UniFi sentiasa dikaitkan dengan harga yang agak mahal berbanding pesaing-pesaingnya yang lain, seperti Maxis Home Fibre Broadband dan TIME Fibre Broadband. Mari kita kaji lebih dalam akan ciri-ciri yang dimiliki pelan jalur lebar UniFi.
Modem dan Telefon DECT percuma
Siapa yang tidak sukakan barang percuma bukan? UniFi amat memahaminya dengan memberikan pelanggannya 1 Unit Broadband Termination (Modem), Wifi Residential Gateway (Modem), Telefon DECT Motorola dan 1 unit HyppTV Set-Top.
Pelan Talian
Dengan tambahan RM 20 sebulan, anda bakal menerima 600 minit panggilan percuma untuk talian tetap dan mobil. Apabila anda telah menggunakan semua kuota anda, anda bakal dicaj RM 0.10/minit. Panggilan ke talian tetap TM pula ialah percuma.
Sudah tentu pelan talian yang ditawarkan pesaing lain seperti Maxis Home Fibre Broadband (RM 0.05/minit untuk panggilan tempatan dan RM 0.09/minit untuk lain-lain) adalah lebih murah. Namun harus diingat, panggilan ke nombor-nombor TM ialah percuma, dan ianya merupakan penjimatan terbesar kerana kebanyakan pengguna talian tetap seluruh Malaysia menggunakan servis TM. Tidak dilupakan juga, kuota percuma TM WiFi 500MB sehari yang boleh diakses di TM Hotspot.
Pemasangan dan pengaktifan percuma
Satu lagi perkhidmatan percuma yang ditawarkan UniFi. Namun perkhidmatan pemasangan percuma ini hanyalah untuk pewayaran sehingga 45 kaki sahaja. Untuk lebih daripada itu, anda bakal dicaj RM 200.
Terdapat sebahagian aduan dari pelanggan akan UniFi yang mengenakan caj tambahan sembarangan, terutama sekali di laman forum Lowyat.net. Aduan yang dibuat melalui talian khidmat pelanggan UniFi juga dikhabarkan tidak mendatangkan hasil. Dalam hal ini, kami nasihatkan anda untuk membuat ukuran pewayaran dirumah anda terlebih dahulu untuk mengelakkan caj tambahan tersebut.
HyppTV
Semua pelan UniFi bakal dilengkapi dengan HyppTV, tetapi saluran yang bakal anda nikmati bergantung kepada pek yang anda pilih. Antara pek yang ditawarkan ialah Jumbo Pack, Aneka Pack, Varnam Pack, Ruby Pack dan Sports Pack. Perbezaan antara pelan-pelan ini hanya 9-12 rangkaian sahaja, maka jika anda telalh melanggan Astro, Netflix atau iFlix, kami nasihatkan anda pilih pek yang termurah untuk menjimatkan wang.
Kos yang berpatutan
Kos yang dikenakankan oleh UniFi boleh dikira berpatutan. Kami juga mengambil kira faktor perkhidmatan dan gajet yang ditawarkan secara percuma berjumlah lebih RM 800. Jangan lupa, jika anda menukar pelan langganan, anda bakal dicaj RM 200. Caj-caj lain termasuklah denda penamatan awal sebanyak RM 500.
Namun, caj penukaran alamat agak mahal (RM 300) berbanding Maxis (RM 200). Deposit untuk warganegara bukan Malaysia juga amat mahal berbanding pesaing-pesaing UniFi, iaitu sebanyak RM 1,000. UniFi perlu mengambil kira untuk mengurangkan caj tersebut bagi menarik lebih ramai ekspatriat untuk melanggan.
|
Pendaftaran dalam talian
UniFi telah melancarkan laman web baru untuk memudahkan pendaftaran bagi pelanggan baru. Selain itu, pelanggan-pelanggan baru yang mendaftar secara dalam talian bakal menikmati 1 bulan percuma.
Pelan
Unifi telah mengemaskini pelannya dengan menawarkan 2 jenis pakej, UniFi Advance dan UniFi Pro. UniFi Advance hadir dengan 2 kelajuan, 30Mbps dan 50Mbps manakala UniFi Pro hadir dengan kelajuan 100Mbps.
Pelan |
UniFi Advance 30 Mbps |
UniFi Advance 50Mbps |
Data |
Tanpa had |
Tanpa had |
Kelajuan muat turun (download) |
30Mbps |
50Mbps |
Kelajuan muat naik (upload) |
10Mbps |
20Mbps |
Tambahan Percuma |
|
|
Harga bulanan |
Pakej HyppTV Ruby, Aneka, atau Varnam – RM 199 |
i)Pakej HyppTV Ruby, Aneka, atau Varnam – RM 249 |
Pakej Jumbo – RM 229 |
Pakej Jumbo – RM 279 |
*harga tidak termasuk GST
Seperti mana yang anda lihat diatas, tidak banyak perbezaan antara pakej UniFi Advance 30Mbps dan 50Mbps, selain dari kelajuan muat turun dan muat naik serta harganya (yang berbeza RM 50). Jika dibandingkan dengan pesaingnya yang memiliki kelajuan yang sama (seperti Maxis Fibre Broadband 30Mbps pada RM 248 sebulan), pelan yang ditawarkan oleh UniFi lebih murah. Namun, jika anda kerap memuatnaik fail dan mementingkan stabiliti, Maxis Fibre Brodband mungkin menjadi pilihan anda kerana kelajuan muat turun dan muat naiknya adalah sama.
UniFi Pro
Pelan yang dilancarkan pada 31 Mac 2016 ini adalah isyarat menandakan UniFi telah menyertai barisan pelan jalur lebar berkelajuan tinggi (ultra fast broadband).
Pelan |
UniFi Pro 100 Mbps |
Data |
Tanpa had |
Kelajuan muat turun (download) |
100Mbps |
Kelajuan muat naik (upload) |
50Mbps |
Tambahan Percuma |
|
Harga bulanan (tidak termasuk GST) |
Pakej HyppTV Ruby, Aneka, atau Varnam – RM 299 |
Pakej Jumbo – RM 329 |
Dari segi kelajuan, pelan ini merupakan pelan terbaik yang ditawarkan oleh UniFi, ditambah pula dengan freebies yang diberikan dan ianya lebih murah berbanding dengan Maxis Fibre Broadband 100Mbps (RM 398 sebulan!). Namun, ianya masih jauh panggang dari api berbanding apa yang kami boleh katakan pelan value-for-money 100Mbps terbaik di pasaran, TIME Fibre Broadband 100 Mbps. Walaupun ia tidak mempunyai apa-apa freebies untuk pelanggan, harga yang ditawarkan hanya RM 149 sebulan! Jika anda tidak kisah untuk berbelanja lebih, TIME turut menawarkan pakej Fibre Broadband 300 Mbps dengan harga RM 189 sebulan dan Fibre Broadband 500 Mbps dengan harga RM 299 sebulan. Satu-satunya kelemahan produk dari TIME ialah liputannya masih lagi belum cukup meluas di seluruh Malaysia.
Anda sedang mencari pelan jalur lebar yang sesuai dengan kegunaan anda? Gunakan aplikasi perbandingan pelan jalur lebar percuma kami dan ketahui tips-tips penjimatan disini!
Save