Mana Lebih Murah? Uber vs Grab vs Teksi

CompareHero.my Team

CompareHero.my Team

Last updated 02 March, 2019

Semua orang kini boleh menarik nafas lega apabila Kabinet membenarkan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) untuk mengurus selia servis pengongsian kenderaan, Uber dan Grab. Dalam Bajet 2017 yang diumumkan akhir tahun lepas, kerajaan turut menggalakkan rakyat Malaysia menjadikan Uber sebagai sumber pendapatan tambahan mereka.

Uber, Grab, atau Teksi?

Pada Julai 2016, laporan dari The Sun Daily memaklumkan Kerajaan mempunyai perancangan untuk memperkenalkan kadar tambang baru sebagai usaha untuk menyelaras dan mengawal selia TEKS1 Malaysia (TEKS1M) dan pengusaha teksi bajet. Dalam masa yang sama, Grab turut menyelaras semula kadar tambang mereka lantas menjenamakan Grab sebagai pengusaha servis pemanggil kenderaan termurah di negara ini.

Jadual dibawah boleh membantu anda dalam membuat perbandingan antara kadar tambang Uber, Grab serta teksi.

ubervsgrab1

ubervsgrabvsteksi

  1. Tambang tidak termasuk surcaj
  2. Hanya tertakluk kepada Lembah Klang & Johor Bahru
  3. Tambang teksi di atas adalah tambang yang dianggarkan berdasarkan kadar jarak sahaja.
    Tambang berkemungkinan lebih tinggi bergantung kepada aliran trafik
  4. Hanya tertakluk kepada Kereta Sewa yang berhawa dingin sahaja

ubervsgrab2

Pada tahun 2015, laman web perbandingan teksi LondonCabs.co.uk meletakkan pemandu-pemandu teksi di Kuala Lumpur sebagai pemandu terburuk dalam senarai 10 Negara dengan Pemandu Teksi Terburuk di Dunia. Laman web tersebut menyenaraikan ‘caj terlalu mahal, tidak mahu mengenakan caj mengikut meter, dan juga sengaja melalui jalan yang lebih jauh’ sebagai sebab-sebab kedudukan tersebut; sesuatu yanag sering kita alami. Atas sebab ini, servis Grab dan Uber amatlah dialu-alukan di Malaysia sebagai alternatif kepada teksi, terutama sekali dengan kualiti servis, ketulusan dan harganya yang berpatutan.

Lebih ramai individu dari golongan berpendapatan sederhana menyertai Grab dan Uber sebagai pemandu untuk mendapatkan sumber pendapatan tambahan.

Tetapi, tidak semuanya indah, kerana untuk komuniti teksi tempatan mereka bakal berhadapan dengan risiko kehilangan pelanggan kepada pesaing. Lebih memburukkan keadaan, kejadian pemandu teksi menyerang dan mengganggu pemandu Uber dan Grab serta pelanggan mereka telah mendapat laporan meluas. Dengan pengenalan langkah penyelarasan Uber dan Grab supaya diberi status sama dengan teksi, kini lebih penting bagi pemandu teksi untuk merombak dan menambahbaik perkhidmatan mereka agar tidak terus ketinggalan.

Perkembangan dan penambahbaikan TEKS1 Malaysia merupakan suatu usaha yang menarik untuk diikuti, apatah lagi untuk mengetahui kesannya keatas pelanggan. Jadi, pastikan anda sentiasa mengikuti perkembangan lanjut perubahan ini untuk memastikan anda menerima penjimatan untuk pengangkutan anda, dan tidak lupa juga dengan penggunaan kad kredit terbaik juga.

Save

The CompareHero.my team is comprised of many talented individuals, sharing their knowledge, experiences and research to help others make better financial decisions.

FINANCIAL TIP:

Use a personal loan to consolidate your outstanding debt at a lower interest rate!

Subscribe to our newsletter to stay up-to-date with exclusive money-saving tips & great deals