Subsidi kekal walaupun harga minyak melonjak tinggi

CompareHero.my Team

CompareHero.my Team

Last updated 22 March, 2022

Rakyat tidak perlu khuatir kerana kerajaan akan kekalkan pemberian subsidi semasa walaupun harga minyak dunia melonjak kesan dari pergolakan antara negara Rusia dan Ukraine.

Pihak kerajaan prihatin dengan keadaan ekonomi negara yang sedang dalam fasa pemulihan pasca COVID-19 dan akan terus memberi sokongan terhadap pembangunan rakyat.

Pengarah Belanjawan Negara Datuk Johan Mahmood Merican berharap Malaysia tidak akan mengalami impak lain dari pergolakan antara dua negara tersebut kerana Rusia dan Ukraine bukanlah rakan dagangan utama Malaysia.

"Kerajaan mengekalkan dasar subsidi semasa untuk melindungi rakyat daripada kenaikan harga barangan dan gangguan kepada rantaian bekalan makanan, walaupun kos kepada subsidi itu meningkat secara mendadak," katanya ketika ditemubual semalam.

Tambahnya lagi, kesan pergolakan antara kedua-dua negara itu mengakibatkan kenaikan harga minyak melebihi AS$100 setong, sedangkan Bajet 2022 yang disediakan kerajaan adalah atas unjuran atau andaian harga minyak sebanyak AS$67 setong.

Rakyat Malaysia pada ketika ini masih boleh menikmati harga minyak RON95 pada kadar RM2.05 seliter, antara yang termurah berbanding dengan negara pengeluar minyak seperti Arab Saudi yang perlu membayar lebih kurang dua kali ganda.

Sumber: Bernama


Klik disini untuk harga petrol terkini

The CompareHero.my team is comprised of many talented individuals, sharing their knowledge, experiences and research to help others make better financial decisions.

FINANCIAL TIP:

Use a personal loan to consolidate your outstanding debt at a lower interest rate!

Subscribe to our newsletter to stay up-to-date with exclusive money-saving tips & great deals