5 Destinasi Percutian Menarik Di Luar Malaysia Dengan Bajet Serendah RM500

CompareHero.my Team

CompareHero.my Team

Last updated 19 August, 2019

 

Flight Delayed or Cancelled

Percutian luar negara yang indah dan menarik tidak semestinya memerlukan kos yang besar seperti yang anda jangkakan. Terdapat pelbagai destinasi percutian di LUAR Malaysia yang hanya memerlukan bajet serendah RM500, jika anda tahu di mana, bagaimana, dan bila anda boleh mengurangkan kos perbelanjaan perjalanan anda.

Kami senaraikan 5 destinasi percutian luar negara yang memukau dengan bajet hanya RM500. Sukar untuk dipercayai? Teruskan membaca artikel ini!

Hat Yai

 

Hat Yai adalah tempat yang paling dekat untuk ke Thailand dari selatan Malaysia, hanya beberapa jam dari Bukit Kayu Hitam di Kedah. Ia adalah salah satu destinasi pelancongan yang popular dalam kalangan rakyat Malaysia dan Singapura kerana jaraknya yang dekat. Sejurus sampai, lawati Pasar Terapung Hat Yai Khlong Hae yang terkenal dengan ratusan penjaja menjual aneka barangan dan makanan daripada sampan atau bot kecil yang kebanyakannya diwarisi turun-temurun.

Tidak dilupakan juga lokasi-lokasi menarik yang lain seperti Taman Perbandaran (Municipal Park), Muzium Magic Eye 3D, kuil Wat Hat Yai Nai dan air terjun Namtok Ton Nga Chang. Selain daripada tarikan bersejarah dan semula jadi, Hat Yai juga dikenali sebagai salah satu destinasi membeli-belah yang terbaik di Thailand.

my_blog_genericproducts_cta_rev_021417

Kawasan pelancongan ini dibanjiri dengan pasar kering dan basah, kedai serbaneka dan pusat membeli-belah yang pasti menarik minat sang interi dan yang gemar berbelanja. Bagi mereka yang sedang mencari ketenangan, lawati Pantai Samila yang indah dan santai sambil mengagumi patung Golden Mermaid. 

Pengangkutan: Anda boleh ke Hat Yai dengan menaiki bas atau kereta api dari Kuala Lumpur, dengan harga tiket serendah RM48. Anda juga boleh mengambil kereta api Perkhidmatan ETS dari KL ke Padang Besar dengan kos sekitar RM80. Kemudian, anda boleh menaiki bas atau minivan untuk terus ke kota Hat Yai.

Makanan: Jangan risau, terdapat pelbagai pilihan makanan Melayu dan halal di Hat Yai. Gerai-gerai jalanan mereka menawarkan aneka sajian dengan harga serendah THB50 (RM6). 

Penginapan: Bergantung kepada bajet anda, terdapat bilik hostel murah dengan harga serendah RM30. Tetapi anda boleh mendapatkan penginapan yang lebih selesa jika anda bersedia untuk membayar lebih.

The hillside view of Surat Thani

Surat Thani

Surat Thani adalah destinasi pelancongan yang ideal untuk sang pengembara yang muda dan ceria ataupun pesara yang inginkan ketenteraman. Terdapat begitu banyak aktiviti untuk dilakukan sampai anda mungkin tidak tahu di mana untuk bermula! Lawati Talad Sanjoa, pasar malam yang menawarkan ratusan hidangan tempatan dan antarabangsa untuk yang gemar cuba makanan eksotik.

Jangan lupa singgah di Surat Thani City Pillar Shrine untuk menikmati pemandangan yang menakjubkan! Apapun pilihan anda, bandar yang indah ini tidak akan mengecewakan anda dengan pelbagai hiburan yang tidak berkesudahan .Pelancong boleh menyewa basikal – cuba basikal tiga roda jika anda bersama teman-teman - dan nikmati cuaca nyaman dan pemandangan yang unik di bandar oriental ini.

Bagi pencinta pantai dan parti, anda boleh menaiki feri ke Koh Samui atau Koh Phangan di mana anda oboleh menikmati air jernih dan menghadiri parti Full Moon mereka yang terkenal di serata dunia.

my_blog_sc-personal-loan

Pengangkutan: Tiket penerbangan ke Surat Thani boleh didapati dengan harga serendah RM154. Anda juga mempunyai pilihan untuk mengambil jalan darat dari Kuala Lumpur dengan menaiki bas atau kereta api dari Kuala Lumpur ke Hat Yai dari harga RM48, di mana anda akan perlu beralih ke laluan Hat Yai - Surat Thani. Tambang kereta api dan bas bagi laluan ini bermula dari RM33.

Makanan: Surat Thani adalah syurga makanan yang agak murah. Cuba masakan Thai asli dengan harga serendah THB50 (RM6). 

Penginapan: Bagi mereka yang lebih menggemari penginapan yang selesa semasa melancong, buat tempahan atas talian sekurang-kurangnya 2 bulan sebelum tarikh penginapan anda untuk mendapatkan hotel serendah RM60 semalam. Jika anda inginkan penginapan kos rendah, anda boleh tinggal di hostel dari hanya RM19.21 semalam. Cuba Hostelworld untuk kadar hostel yang murah dengan sistem tempahan dan ulasan yang boleh dipercayai.

Lihat juga: Tip Luluskan Permohonan Pinjaman

White sandy beach in Phuket

Phuket

Permata Asia Tenggara ini terkenal dengan pantai berpasir putih yang indah, air laut yang biru dan jernih, masakan eksotik yang lazat serta pelbagai pilihan aktiviti lasak yang menarik dan pemandangan yang menakjubkan. Jika anda seorang yang gemar melakukan aktiviti di waktu malam, Patong adalah tempat yang sesuai untuk anda – ia hanya 45 minit dari Lapangan Terbang Phuket.

Patong menawarkan keseronokan yang tidak berkesudahan, terutamanya di Soi Bangla yang terkenal dengan deretan kelab malam, bar, restoran, penjaja dan persembahan jalanan yang pasti dapat menghilangkan kebosanan anda.

Jika anda mengidamkan pantai bersih dengan air laut yang biru dan penuh dengan pelbagai hidupan laut, cuba terokai pulau-pulau yang indah di sekitar Phuket. Naiki feri ke Koh Phi Phi, Koh Phangan dan Pulau Raya untuk aktiviti sukan air seperti snorkeling dan menyelam. 

Pengangkutan: AirAsia adalah antara syarikat penerbangan yang menawarkan tambang penerbangan yang paling rendah untuk ke Phuket. Harga tiket bermula hanya dari RM149 dan ke atas (bergantung kepada tarikh perjalanan anda). Anda juga boleh menaiki bas dari Kuala Lumpur ke Hat Yai untuk RM48, dan dari sana bertukar ke laluan bas yang membawa anda terus ke Bandar Phuket pada harga sekitar THB 380 (kira-kira RM45). 

Makanan: Terdapat pelbagai pilihan masakan asli Thai boleh dinikmati. Penjaja makanan di jalanan Phuket menawarkan pelbagai makanan tempatan pada harga serendah THB50 (RM6). 

HSBC Amanah Personal Loan

Penginapan: Anda boleh dapatkan penginapan dengan harga serendah RM40 di hostel dan hotel-hotel murah yang berada di luar persisiran bandar. Buat tempahan atas talian di laman web seperti Trivago untuk tawaran yang berpatutan. Anda juga boleh mencuba Couchsurfing, di mana anda boleh tinggal dengan hos tempatan secara percuma dan berkawan dengan pengembara dari serata dunia.

Tip: Gunakan kad kredit yang mempunyai faedah tambahan untuk pelancongan seperti pengumpulan mata air mile yang membolehkan anda menebus tiket penerbangan secara percuma,  cash back bagi perbelanjaan di luar negara, diskaun khas untuk tiket penerbangan dan insurans perjalanan percuma seperti kad kredit AirAsia- Citi Gold Visa.

Kad kredit ini menawarkan sehingga 2x Mata AirAsia berdasarkan perbelanjaan bulanan anda dan memberikan anda keistimewaan seperti pemberitahuan awal tentang jualan dan promosi murah bagi tiket penerbangan.

View in the night market in Thailand

Medan

Medan merupakan bandar ketiga terbesar di Indonesia yang terkenal dengan gabungan budayanya yang unik. Ia merupakan salah satu destinasi yang menarik untuk penggemar sejarah dan seni bina, kerana ianya dipenuhi dengan bangunan lama yang dibina pada era pemerintahan Belanda berpuluh tahun yang lalu.

Anda boleh berjalan-jalan di sekitar kota Medan dan lawati pelbagai bangunan ikonik seperti Pusat Pejabat Pos, Water Tower, Dewan Bandaraya lama dan Titi Gantung. Istana Maimoon yang dibina oleh Sultan Deli pada tahun 1800-an adalah salah satu destinasi yang paling popular di Medan. Di situ anda boleh melihat sendiri seni bina budaya Melayu purba yang menakjubkan berserta dengan artifak istiadat istana yang unik.

Jangan lupa untuk singgah di Masjid Medan, kuil kuno Maha Vihara Maitreya, Tanah Tinggi Brastagi dan air terjun dwi-warna Sibolangit. Anda juga boleh menaiki bas dari Medan ke gunung berapi Danau Toba yang menakjubkan dan juga merupakan salah satu keajaiban alam semula jadi dunia. 

Pengangkutan: Anda boleh menaiki feri dari Pulau Pinang ke Medan dengan harga tiket yang bermula dari RM180 (pergi balik) atau menaiki pesawat dari RM134 (sehala).

 Makanan: Makanan tempatan boleh didapati dari harga serendah RM5 dari warung, manakala harga makanan di restoran kebiasaannya bermula dari RM8 hingga RM40 untuk seorang. 

Penginapan: Anda boleh mendapatkan penginapan dengan harga bermula daripada RM60 di hotel-hotel murah di luar persisiran bandar.

RHB Personal Loan

Singapura

Negara yang juga dikenali sebagai Kota Singa ini adalah salah satu daripada destinasi pelancongan popular walaupun bersaiz kecil. Ia dianggap sebagai salah satu pelabuhan paling sibuk dan antara pusat perdagangan yang paling makmur di dunia. Orchard Road adalah syurga membeli-belah untuk yang gemar berbelanja; ianya dibanjiri dengan puluhan kedai-kedai dan pusat membeli-belah di setiap arah.

Terdapat juga tarikan pelancongan yang lain untuk memastikan anda sentiasa terhibur  seperti Pulau Sentosa , Taman Tema Universal Studios, Zoo Singapura, Taman Burung Jurong, Underwater World, Marina Bay, Chinatown dan banyak lagi. Namun, pertukaran mata wang yang tinggi menjadikannya destinasi pelancongan yang paling mahal dalam senarai ini.

Tetapi jangan risau, terdapat pelbagai cara untuk anda  pastikan percutian di Singapura berada di bawah lingkungan bajet anda.

Pengangkutan: Perjalanan bas dari KL ke Singapura mengambil masa lebih kurang 5-7 jam, bergantung kepada lalu lintas. Harga tiket bermula dari RM41.80. 

Makanan: Singapura disanjung tinggi untuk pilihan makanan jalanannya yang menakjubkan. Nikmati pelbagai makanan lazat dari setiap pelusuk Asia tak kira siang atau malam. Harga makanan jalanan kebiasaannya bermula daripada RM15. 

Penginapan: Anda boleh mendapatkan hostel di Hostelworld dari hanya RM59.09 semalam atau bilik dari RM124 di Airbnb.

Siapa kata anda perlukan beribu-ribu ringgit untuk bercuti di luar Malaysia? Jika anda bijak menguruskan kewangan anda dan merancang lebih awal, anda boleh pergi ke mana sahaja tanpa berbelanja dengan banyak.

Terdapat cara lain untuk membantu anda berjimat dalam perbelanjaan seharian anda apabila melancong di luar atau dalam negara, seperti menggunakan kad kredit yang menawarkan cash back dan ganjaran mata air mile yang tinggi. Bandingkan kad credit cash back dan ganjaran mata air mile yang terbaik di pasaran di CompareHero.my hari ini!

UOB Personal Loans at CompareHero.my

The CompareHero.my team is comprised of many talented individuals, sharing their knowledge, experiences and research to help others make better financial decisions.

FINANCIAL TIP:

Use a personal loan to consolidate your outstanding debt at a lower interest rate!

Subscribe to our newsletter to stay up-to-date with exclusive money-saving tips & great deals