Kad Kredit Terbaik HSBC

CompareHero.my Team

CompareHero.my Team

Last updated 18 December, 2020

Rebat tunai, air miles, mata ganjaran, diskaun; tidak kira apa juga tujuan anda untuk memohon kad kredit, kad-kad kredit dari HSBC mampu memenuhi kehendak anda. Dalam artikel ini, kami menyenaraikan 4 kad kredit terbaik dari HSBC dan pilih yang mana satu yang paling sesuai dengan anda.

Sebelum kita selidik lebih lanjut keistimewaan kad-kad ini, berikut ialah ciri-ciri dan kelebihan bagi pemegang kad kredit HSBC:

Ciri-ciri utama kad kredit HSBC

  1. HSBC Card Installment (Pelan Ansuran Kad HSBC)

Anda boleh menukar pembelian anda dari RM 500 kepada pelan ansuran 0% di kedai-kedai terpilih dengan tempoh pembayaran yang fleksibel. Anda hanya perlu menghubungi Telebanking di 03-2059 9123 sebelum anda membuat pembelian untuk menggunakan perkhidmatan ini.

  1. HSBC Cash Installment Plan (Pelan Ansuran Tunai HSBC)

Kadang-kala, anda akan perlukan wang tunai dengan segera. Melalui Pelan Ansuran Tunai HSBC, bank ini telah mengukuhkan reputasinya dengan menawarkan kemudahan wang tunai segera ini dengan menggunakan kad kredit. Proses permohonannya mudah dan tiada caj penamatan awal dikenakan. Anda boleh meminjam dari RM 1000 dengan tempoh pembayaran semula dari 3 tahun dan kadar faedah 6.88% setahun. Anda juga akan dikenakan caj pendahuluan tunai sebanyak 2% dari jumlah pinjaman anda namun jangan risau kerana caj ini hanya akan dikenakan sekali sahaja

  1. HSBC Balance Transfer Plan (Pelan Pemindahan Baki HSBC)

Dengan kadar faedah pembiayaan semula kad kredit serendah 0% dan tiada sebarang caj yang dikenakan tidak hairanlah pelan HSBC ini amat terkenal dan antara pelan pemindahan baki yang terbaik di pasaran.

Tempoh Pembayaran Semula

Kadar Faedah

Jumlah Pemindahan Minima

3 bulan

0% setahun

RM 1,000

6 bulan

1.99% setahun

RM 1,000

3% caj pendahuluan perkhidmatan

RM 1,000

12 bulan

6.99% p.a

RM 1,000

Untuk tempoh pemindahan 6 bulan, anda akan diberi 2 pilihan: caj 3% dari jumlah pemindahan (sekali sahaja) yang buat yang akan dikenakan sewaktu pembayaran semula pada bulan pertama dan bebas faedah untuk 5 bulan seterusnya; atau pelan dengan kadar faedah 1.99% setahun.

Jumlah pemindahan yang anda boleh buat adalah sehingga 95% dari had kad kredit. Anda dibenarkan untuk membuat pembayaran minima serendah 5% dari baki tertunggak. Namun begitu, anda dinasihatkan untuk tidak melanggar tempoh yang anda pohon kerana pembayaran diluar tempoh tersebut akan dikenakan kadar faedah 18% setahun.

Apply for RHB Personal Loan Today!

  1. HSBC SmartPriviliges

Kemudahan ini menawarkan keistimewaan eksklusif, ganjaran dan penjimatan di lebih 6,500 outlet di seluruh negara. Ia juga menawarkan tiket penerbangan, hotel, pelancongan, dan banyak lagi pada kadar yang istimewa untuk anda, eksklusif bagi HSBC.

  1. HSBC Rewards Programme (Program Ganjaran HSBC)

Mata Ganjaran yang anda kumpul boleh digunakan untuk menebus banyak hadiah, ganjaran serta tawaran istimewa; termasuklah alatan elektronik, baucer, air miles, kelengkapan rumah, serta banyak lagi. Mata Ganjaran HSBC akan tamat tempoh dalam 3 tahun, jadi anda anda banyak masa untuk mengumpul mata ganjaran tersebut dan menebusnya. TIP: tebus ganjaran yang anda inginkan di laman web HSBC dan anda akan jimat 500 Mata Ganjaran!

HSBC Visa Signature

Datang dengan gandaan Mata Ganjaran yang tinggi bagi setiap RM 1 yang anda belanjakan, di samping keistimewaan-keistimewaan lain yang ditawarkan, kami jamin anda akan jatuh cinta dengan kad kredit ini!

Mata Ganjaran

Jenis Perbelanjaan

10x

Perbelanjaan di luar negara untuk hotel dan menjamu selera.

8x

Membeli-belah di Mid Valley atau The Gardens. Had perbelanjaan RM 1,500 sebulan

5x

Tiket penerbangan (Malaysia Airlines, Singapore Airlines, Cathay Pacific, Emirates Airlines dan Qatar Airways, tempahan hotel domestik, menjamu selera serta berbelanja di lebih 30 pusat membeli-belah seluruh negara. Had perbelanjaan RM 1,500 sebulan.

1x

Lain-lain

Kelebihan lain:

  • 6x akses percuma ke Ruang Plaza Premium di KLIA
  • Perlindungan Takaful sehingga RM 1.5 juta untuk penerbangan serta kemalangan ketika melancong.
  • Diskaun dan keistimewaan ketika membeli-belah dan menjamu selera di luar negara

Yuran dan caj

  • RM 636.00 setahun (kad utama. Pengecualian untuk tahun pertama), RM 318.00 (kad tambahan). Caj termasuk 6% GST
  • Kadar faedah 15% setahun. 18% setahun bagi pengeluaran wang tunai.
  • Caj bayaran tertangguh: RM 10 atau 1% dari baki tertunggak, sehingga RM 100.
  • Bayaran bulanan minimum: RM 50 atau 5% dari baki tertunggak.

Syarat kelayakan

  • Umur: Dari 21 tahun
  • Pendapatan minima: RM 8,333 sebulan (RM 100,000 setahun)

HSBC VISA Platinum

Anda gemar membeli-belah? Seringkali mengejar diskaun  dan promosi? Maka kad ini dan anda bagai pinang dibelah dua! Kad HSBC Visa Platinum disediakan khusus untuk menambah baik pengalaman berbelanja anda dengan Program Ganjaran yang ditawarkan.

Mata Ganjaran

Jenis Perbelanjaan

8x

Membeli-belah di Mid Valley atau The Gardens

5x

Berbelanja di pusat membeli-belah yang menyertai program ini di seluruh negara.

1x

Lain-lain

Peringatan: Mata ganjaran hanya akan diberi untuk perbelanjaan sehingga RM 3,000 sebulan

Anda juga boleh menikmati diskaun istimewa sewaktu membeli belah, membuat tempahan hotel, menjamu selera dan berhibur di luar negara dengan Program HSBC Home and Away.

Yuran dan caj

  • RM 254.40 setahun (kad utama. Pengecualian untuk tahun pertama), RM 127.20 (kad tambahan). Caj termasuk 6% GST
  • Kadar faedah 15% setahun. 18% setahun bagi pengeluaran wang tunai.
  • Caj bayaran tertangguh: RM 10 atau 1% dari baki tertunggak, sehingga RM 100.
  • Bayaran bulanan minimum: RM 50 atau 5% dari baki tertunggak.

Syarat kelayakan

  • Umur: Dari 21 tahun

Pendapatan minima: RM 3,000 sebulan (RM 36,000 setahun)

MY_Blog-CC_012516_3

HSBC Amanah M-Power Platinum-i

Kad ini perlu dimiliki sekiranya anda inginkan lebih penjimatan dalam perbelanjaan petrol dan barangan runcit. Sekirannya anda berbelanja sekurang-kurangnya RM 2,000 sebulan menggunakan Kad HSBC Amanah M-Power Platinum-I ini untuk perbelanjaan di atas, anda bakal menikmati  8% rebat tunai.

Rebat tunai 8% ini mempunyai nilai maksima sebulan. Selain itu, anda juga boleh menikmati rebat tabpa had untuk  perbelanjaan lain sebanyak 0.2%.

Yuran dan caj

  • RM 254.40 setahun (kad utama. Pengecualian untuk tahun pertama), RM 127.20 (kad tambahan). Caj termasuk 6% GST
  • Kadar faedah 15% setahun. 18% setahun bagi pengeluaran wang tunai.
  • Caj bayaran tertangguh: RM 10 atau 1% dari baki tertunggak, sehingga RM 100.
  • Bayaran bulanan minimum: RM 50 atau 5% dari baki tertunggak.

Syarat kelayakan

  • Umur: Dari 21 tahun
  • Pendapatan minima: RM 3,000 sebulan (RM 36,000 setahun)

my_blog_uob-personal-loan

HSBC Advance Visa Platinum

Anda seorang yang lebih gemar membeli barang-barang keperluan dalam talian? Seringkali melayari laman web eBay, Lazada, 11Street atau yang sama sepertinya? Maka jangan bertangguh dan dapatkan kad ini untuk megoptimumkan pengalaman membeli-belah anda!

Dengan setiap RM1 yang yang anda belanjakan dalam talian, anda peroleh 3x mata ganjaran, sama juga untuk bayaran arahan tetap (standing instruction) dan pembayaran bil automatik (auto-billing). Di samping itu, anda juga akan dapat 1 mataa ganjaran untuk setiap RM1 yang anda belanjakan, kecuali untuk perbelanjaan petrol.

Yuran dan caj

  • Tiada yuran tahunan, namum anda wajib memiliki akaun HSBC Advance
  • Kadar faedah 15% setahun. 18% setahun bagi pengeluaran wang tunai.
  • Caj bayaran tertangguh: RM 10 atau 1% dari baki tertunggak, sehingga RM 100.
  • Bayaran bulanan minimum: RM 50 atau 5% dari baki tertunggak.

Syarat kelayakan

  • Umur: Dari 21 tahun

Pendapatan minima: RM 3,000 sebulan (RM 36,000 setahun)

Adakah kad-kad diatas menarik minat anda? Anda mahu lebih maklumat? Klik link di bawah untuk bandingkan lebih banyak kad kredit HSBC dengan aplikasi perbandingan kad kredit kami!

MY_BlogBanner_021516-CTA

Save

The CompareHero.my team is comprised of many talented individuals, sharing their knowledge, experiences and research to help others make better financial decisions.

FINANCIAL TIP:

Use a personal loan to consolidate your outstanding debt at a lower interest rate!

Subscribe to our newsletter to stay up-to-date with exclusive money-saving tips & great deals