Fahami Mengapa Kad Kredit Sebenarnya Sejenis Pinjaman

CompareHero.my Team

CompareHero.my Team

Last updated 29 August, 2019

Kad kredit boleh digunakan untuk memudahkan hidup anda. Tetapi, untuk mencapai matlamat ini, anda perlu tahu cara menggunakan kad kredit dengan betul.

Menurut sebuah kajian oleh Asian Institute of Finance, 70% dari golongan Gen Y yang memiliki kad kredit hanya membuat bayaran minima, manakala 45% tidak membuat bayaran kad kredit tepat pada masanya. Bukan itu sahaja, 40% daripada mereka mengakui berbelanja lebih dari apa yang mereka mampu.

Statistik ini mungkin membuat anda takut untuk menggunakan kad kredit. Tetapi, jangan risau! Artikel ini akan enjelaskan langkah-langkah menggunakan kad kredit dengan betul supaya ia boleh menjadi ‘rakan kewangan’ anda. Ketahui mengapa kad kredit sebenarnya sejenis pinjaman supaya anda tidak menggunakannya dengan silap.

Kad Kredit BUKAN Wang Percuma

Apabila anda menggunakan kad kredit untuk membuat pembelian, pembekal kad kredit iaitu bank sebenarnya meminjamkan anda wang. Bayaran tertunggak perlu dibuat biasanya dalam tempoh 30 hari dari tarikh penyata kad kredit dikeluarkan.

Had kredit yang diberikan bukan wang percuma. Inilah yang membezakan kad kredit dengan tunai. Tunai merupakan aset, dan boleh menambah nilai kewangan anda. Namun, memiliki wang dengan jumlah yang banyak bakal menyebabkan anda dikenakan cukai yang tinggi. Manakala kad kredit pula merupakan liabiliti.

Secara dasarnya, kad kredit merupakan pinjaman jangka pendek untuk membantu perbelanjaan. Jika anda tidak membuat bayaran penuh tepat pada masanya, ia merupakan langkah bahaya. Anda bakal mengambil pinjaman pada kadar faedah yang tinggi. Di Malaysia, kadar faedah kad kredit boleh mencecah 18%!

Kadar Faedah Kad Kredit Berperingkat Bank Negara

Peringkat 1- Kadar faedah setinggi 15% setahun (bayaran minima dibuat berturut-turut selama 12 bulan)

Peringkat 2 – Kadar faedah setinggi 17% setahun (bayaran minima dibuat berturut-turut sekurang-kurangnya 10 bulan dalam tempoh 12 bulan)

Peringkat 3 – Kadar faedah 18% setahun

Jika anda mengambil pinjaman, anda sebenarnya berhutang, dan ia akan menurunkan nilai kekayaan anda. Ini merupakan sebab mengapa kad kredit boleh menjadi masalah jika tidak diurus dengan betul.

Lihat juga: Bahaya Lambat Membuat Bayaran Kad Kredit

Gunakan Kad Kredit Bukan Sebagai Pinjaman

Walaupun fungsi dan ciri-ciri kad kredit menjadikannya sebagai sebuah pinjaman, dan sekaligus liabiliti, cara penggunaan yang bijak bakal membuatkannya berpihak kepada anda.

  • Pastikan anda membuat bayaran penuh untuk baki tertunggak kad kredit setiap bulan. Jangan biarkan baki dibawa ke bulan seterusnya. Jika terpaksa, pastikan anda membuat lebih dari bayaran minima.
  • JANGAN gunakan kad kredit untuk mengeluarkan wang dari ATM. Jika tidak, caj faedah tinggi akan dikenakan. Bank biasanya akan mengenakan kadar faedah 18% untuk transaksi ini kerana ianya merupakan pinjaman serta-merta.
  • Fahami konsep kadar faedah terkumpul. Ini bermakna kadar faedah akan dicaj untuk faedah yang dikenakan kepada anda sebelum ini. Baca artikel ini untuk maklumat lanjut.
  • Bayar bil kad kredit tepat pada masanya, iaitu dalam tempoh 20 hari bebas faedah.
  • Jika anda tidak boleh membeli barang tersebut menggunakan wang tunai, maknanya anda tidak mampu. Hanya beli barangan menggunakan kad kredit yang anda mampu bayar secara penuh sahaja.
  • Jangan gunakan kad kredit untuk kegunaan seharian.

Jika anda tidak berhati-hati, anda akan menghadapi kesukaran untuk membuat bayaran minimum bulanan sekalipun. Jika anda memerlukan tunai, lebih baik anda memohon pinjaman peribadi ataupun pindahan baki. Kedua-dua pilihan ini menawarkan kadar faedah yang lebih rendah, dan mampu membantu anda untuk apa juga kegunaan.

Maksimakan Faedah Kad Kredit

Salah satu faktor yang menarik pengguna untuk memohon dan menggunakan kad kredit ialah  ganjaran yang diberikan. Dari air miles, mata ganjaran hingga ke rebat dan diskaun, ada banyak cara kad kredit boleh membantu anda untuk menjimatkan wang. Tetapi, cara ini hanya akan berfungsi jika anda mengamalkan  bertanggungajawab menggunakan kad kredit dan memastikan tiada hutang kad kredit setiap bulan. Dalam sesetengah situasi, kad kredit mungkin lebih baik dari wang tunai.

Apabila digunakan dengan betul, kad kredit akan menjadi kawan. Sebagai contoh, kad kredit membantu anda untuk membuat belian tanpa perlu menggunakan tunai. Dengan tempoh bebas faedah selama 20 hari, kad kredit akan membantu berikan liquidity jangka pendek, dengan syarat anda berdisiplin membuat bayaran.

Sesetengah kad kredit juga menawarkan pelan pembelian ansuran (Easy Playment Plan – EPP). Pelan ini menjadikan bayaran kad kredit lebih fleksibel melalui bayaran ansuran untuk pembelian dengan jumlah lebih besar pada tempoh tertentu.

Tempoh bayaran ansuran ini bergantung kepada pelan ansuran yang ditawarkan oleh bank. Biasanya, ia sekitar 3 bulan hingga 24 bulan. Seperti yang dinyatakan di atas, penggunaan pelan EPP lebih sesuai untuk pembelian besar, seperti untuk alatan elektronik dan perabot. Pelan EPP juga mempunyai beberapa terma dan syarat tertentu yang perlu anda patuhi untuk menikmati faedah pelan ini sepenuhnya. Untuk maklumat lebih lanjut, sila baca artikel ini.

Faktor utama ramai menggunakan kad kredit ialah faedah dan ganjaran yang ditawarkan. Jadi, tidak kira objektif anda dalam menggunakan kad kredit, pastikan tujuan utama ialah untuk faedahnya, bukan sebagai ‘wang’ tambahan. Jangan lupa  juga pada bayaran bil tertunggak kad kredit yang perlu dilangsaikan, dan jangan hanya buat bayaran minimum sahaja.

Lihat juga: Mengapa Rakyat Malaysia Berhutang Kad Kredit?

my_blog_genericproducts_cta_rev_021417

The CompareHero.my team is comprised of many talented individuals, sharing their knowledge, experiences and research to help others make better financial decisions.

FINANCIAL TIP:

Use a personal loan to consolidate your outstanding debt at a lower interest rate!

Subscribe to our newsletter to stay up-to-date with exclusive money-saving tips & great deals