Kad Kredit Wajib Ada Untuk Kenaikan Harga Barangan Runcit Di Malaysia

Fatin Haris

Fatin Haris

Last updated 06 September, 2023

Kalau anda rajin ke dapur, anda pasti perasan dan terasa dengan kenaikan harga barangan runcit sejak dua menjak ini kan? Kalau dulu bawa RM100 ke pasaraya boleh penuh satu troli namun realitinya berbeza harini. Jangan risau, CompareHero akan bantu anda untuk berbelanja dengan bijak!

BUKTI HARGA BARANGAN RUNCIT MEMANG TENGAH MENGGILA

Tahukah anda, Bernas telah mengumumkan bahawa harga bagi setiap tan metrik beras putih import telah dinaikkan kepada RM3,200 daripada RM2,350. Pelarasan harga bagi beras putih import ini juga telah berkuat kuasa serta-merta. Antara punca kenaikan harga ini adalah disebabkan oleh:

  • Perubahan iklim
  • Kadar pertukaran ringgit yang semakin lemah
  • Kenaikan kos operasi 
  • Konflik serantau

Dalam satu kenyataan, Bernas menjelaskan bahawa faktor-faktor ini secara kolektif telah mencetuskan kesan ketara ke atas pasaran dagangan beras global, dan ia diburukkan lagi dengan kesan pengumuman India baru-baru ini yang menyatakan hasrat untuk mengurangkan pengeksportan beras putih.
 

SAYA TAK MAKAN BERAS IMPORT…

Anda mungkin tidak terlibat secara langsung dalam isu beras import namun anda pasti perasan kan bil runcit anda meningkat sejak kebelakangan ini?

Sama ada anda membeli barangan makanan anda dari pasaraya  atau pasar basah, harga makanan seperti ikan, ayam dan sayur-sayuran memang meningkat. Pada Mac lalu, dalam The Malaysian Reserve telah menerbitkan sebuah artikel yang membandingkan harga barangan basah dan mendapati: 

  • Ikan selar berharga RM20 sekilogram berbanding RM16 tahun lalu. 
  • Ayam kini berharga RM15.11/kg berbandig pada Januari, hanya RM14.33.

CNA juga melaporkan bahawa terdapat peningkatan harga sebanyak 50-100% pada sayur-sayuran seperti tomato, timun dan kacang panjang  kerana faktor cuaca yang tidak menentu di Malaysia sejak kebelakangan ini.

JADI, APA SOLUSI UNTUK MASALAH KENAIKAN HARGA BARANG?  

Jom kita fokus pada pengurusan perbelanjaan anda!

Kami faham bahawa anda mungkin telah cuba sedaya upaya untuk jimat cermat namun seperti perbincangan kita diatas, terdapat banyak faktor yang diluar kawalan kita. Jadi cara paling mudah untuk kita berdepan dengan masalah ini ialah fokus terhadap cara pengurusan kewangan kita.

Buat anda yang mempunyai kredit kad atau bercadang untuk memohon kredit kad, pastikan anda mohon kredit kad di bawah:

KAD KREDIT WAJIB ADA UNTUK KENAIKAN HARGA BARANGAN RUNCIT DI MALAYSIA

AEON BiG Visa Gold Card

Kad Kredit untuk Kenaikan Harga Barangan Runcit- AEON BiG-1

Ciri -ciri:

    • Pulangan tunai 5% di AEON BiG setiap 28hb 
    • 5% Pulangan tunai untuk transaksi petrol setiap hari Ahad
    • 2% Pulangan tunai untuk perbelanjaan dalam talian dan luar negara
    • 4X Mata AEON pada 10hb setiap bulan di AEON BiG
    • 2X Mata AEON setiap hari (kecuali 10hb setiap bulan ) di AEON BiG Hypermarkets
    • 1X AEON Point untuk setiap RM2 pada transaksi lain
    • 3X akses percuma ke Plaza Premium Lounge di Malaysia
    • Perlindungan insurans perjalanan sehingga RM200,000

Kelayakan dan fi kad:

    • Pendapatan bulanan minimum: RM 3,000
    • Yuran tahunan: RM 95 ( Waived untuk tahun pertama. Yuran tahun berturut-turut diketepikan sekiranya anda swipe sebanyak 12X dalam masa setahun)

HSBC Platinum Mastercard Credit Card

Kad Kredit untuk Kenaikan Harga Barangan Runcit- HSBC Platinum-1
Ciri-ciri: 

  • 8X Mata Ganjaran untuk perbelanjaan Contactless
  • 5X Mata Ganjaran untuk perbelanjaan dalam talian, barangan runcit & luar negara
  • 1% sumbangan untuk perbelanjaan Amal
  • 8X Mata Ganjaran diberikan sehingga maksimum 3,000 mata ganjaran tambahan setiap bulan
  • 5X Mata Ganjaran diberikan sehingga maksimum 6,000 Mata Ganjaran tambahan setiap bulan

Kelayakan dan fi kad:

  • Pendapatan bulanan minimum: RM 3,000
  • Yuran tahunan: RM 240 ( Waived dengan minimum 1X swipe sebulan selama 12 bulan berturut-turut dan perbelanjaan tahunan RM2,000)

UOB ONE Card

Kad Kredit untuk Kenaikan Harga Barangan Runcit- UOB One Card-1
Ciri-ciri:

    • Pulangan tunai sehingga 10% (terhad pada RM10 untuk SATU Klasik dan RM15 untuk SATU Platinum) untuk petrol, restoran, kedai runcit terpilih dan transaksi Grab apabila anda memenuhi keperluan perbelanjaan minimum RM500 untuk SATU Klasik dan RM1,500 untuk SATU Platinum pada setiap bulan penyata
    • Pulangan tunai 0.2% tanpa had untuk semua pembelian lain, tiada perbelanjaan minimum diperlukan

Kelayakan dan fi kad:

  • Pendapatan bulanan minimum: RM 2,000
  • Yuran tahunan: RM 120 ( RM120 untuk kad jenis Classic, RM195 untuk kad jenis Platinum)

Standard Chartered Simply Cash Credit Card

Kad Kredit untuk Kenaikan Harga Barangan Runcit- Standard Chartered Simply Cash

Ciri-ciri: 

  • Pulangan tunai sehingga 15% untuk petrol, e-wallet terpilih, barangan runcit & restoran terpilih
  • Pengecualian Yuran Tahunan untuk tahun pertama
  • Perlindungan Pembelian e-commerce (liputan sehingga USD200)

Kelayakan dan fi kad:

  • Pendapatan bulanan minimum: RM 3,000
  • Yuran tahunan: RM 250 ( waived pada tahun pertama, tahun berikutnya diketepikan dengan perbelanjaan minimum RM12,000)

Pastikan anda sentiasa semak promosi terkini di sini sebelum anda memohon kad kredit supaya anda berpeluang memenangi hadiah lumayan yang kami tawarkan! Jangan lepaskan peluang ini. Mohon dan menang hari ini.

FINANCIAL TIP:

Use a personal loan to consolidate your outstanding debt at a lower interest rate!

Subscribe to our newsletter to stay up-to-date with exclusive money-saving tips & great deals