Kad Kredit Bank Islam Terbaik

CompareHero.my Team

CompareHero.my Team

Last updated 27 March, 2019

Anda sedang mencari kad kredit mematuhi shariah yang sesuai untuk penggunaaan harian? Sama ada anda mahukan kad kredit asas atau kad yang menawarkan pelbagai manfaat tambahan, teruskan membaca untuk melihat pilihan kad kredit yang ditawarkan oleh Bank Islam.

Untuk Kad Kredit Asas

Kad Kredit-i Klasik

Jika anda ingin memohon untuk kad kredit buat pertama kali, anda boleh pertimbangkan kad ini. Namun, kad ini tidak menawarkan diskaun atau manfaat tambahan jika dibandingkan dengan kad kredit lain yang lebih berprestij kerana ia merupakan kad asas.

Jangan risau, anda masih boleh menikmati penjimatan dengan kad ini. Untuk setiap RM1 yang anda belanja dengan kad ini, anda akan memperolehi 1 mata ganjaran TruPoint. Mata ganjaran TruPoints yang terkumpul  kemudian boleh digunakan untuk menebus pelbagai ganjaran seperti gajet elektronik, produk kecantikan dan banyak lagi. Untuk maklumat lanjut mengenai ganjaran TruPoint, lihat katalog TRUREWARDS Bank Islam.

Kriteria Kelayakan

  • Pendapatan bulanan minima sebanyak RM2,000 (RM24,000 setahun).
  • Yuran tahunan sebanyak RM60, dikecualikan jika minima 12 transaksi dilakukan setiap tahun.

my_blog_productbanners_sc-1

Untuk Kad Kredit Peringkat Pertengahan

Kad Kredit-i Emas

Kad kredit-i emas dari Bank Islam ini memberikan anda 1 TruPoint mata ganjaran untuk setiap RM1 perbelanjaan yang anda caj pada kad ini. Mata ganjaran tersebut kemudian boleh ditebus untuk pelbagai produk dari katalog TRUREWARDS.

Bukan itu sahaja, anda juga akan menikmati ansuran 0% untuk pembelian anda di kedai-kedai yang terpilih. Selain daripada itu, anda juga akan mendapat pelindungan Takaful sehingga RM100,000 dan RM1,000 untuk khairat kematian.

Kriteria Kelayakan

  • Pendapatan bulanan minima sebanyak RM3,000 (RM36,000 per annum).
  • Yuran tahunan sebanyak RM130, dikecualikan jika minima 12 transaksi dilakukan setiap tahun.

Untuk Kad Kredit Dengan Manfaat Tambahan

Kad Kredit-i  Visa Platinum

Kad kredit ini sesuai bagi mereka yang menginginkan kad kredit dengan pelbagai manfaat tambahan. Anda akan mendapat 1 TruPoint mata ganjaran untuk setiap RM1 yang anda belanja di dalam dan luar negara. Selain daripada itu, anda juga mendapat  perlindungan Takaful sehingga RM100,000 perlindungan  dan juga insurans perjalanan Takaful sehingga RM1,000,000. Kad ini juga menawarkan RM1,000 untuk khairat kematian. Diskaun 40% akan diberikan untuk caj penulisan wasiat.

Namun, kad ini mempunyai kriteria kelayakan yang agak tinggi seperti yang berikut:

Kriteria Kelayakan

  • Pendapatan bulanan minima sebanyak RM7,000 (RM84,000 setahun)
  • Yuran tahunan RM388, dikecualikan jika minima 12 transaksi dilakukan setiap tahun.

Mata ganjaran TruPoints bagi kesemua kad di atas akan luput selepas 3 tahun. Kesemua kad kredit di atas akan dikenakan kadar keuntungan 13.5% tanpa caj berganda.

Sebelum anda memohon untuk sebarang kad kredit, buat perkiraan untuk perbelanjaan serta komitmen kewangan anda bagi membantu memilih kad kredit yang sesuai dengan kemampuan anda. Klik dibawah untuk membandingkan lebih banyak kad kredit Islamik di Malaysia.

MY_BlogBanner_021516-CTA

my_blog_productbanners_bsn_rev_021417

The CompareHero.my team is comprised of many talented individuals, sharing their knowledge, experiences and research to help others make better financial decisions.

FINANCIAL TIP:

Use a personal loan to consolidate your outstanding debt at a lower interest rate!

Subscribe to our newsletter to stay up-to-date with exclusive money-saving tips & great deals