Senarai Kad Kredit Terbaik Dari Hong Leong Bank

CompareHero.my Team

CompareHero.my Team

Last updated 19 March, 2018

Dikemaskini Pada March 19 2018

Adakah anda sedang dalam proses untuk memilih kad kredit? Apa kata anda pertimbangkan kad-kad kredit dari Hong Leong Bank? Kami telah senaraikan antara kad kredit Hong Leong Bank yang terbaik, teruskan membaca untuk ketahui lebih lanjut!  

Berikut ialah kad-kad kredit yang ditawarkan oleh Hong Leong Bank

  • Hong Leong Bank I’m Card
  • Hong Leong Bank Platinum Card
  • Hong Leong Bank Essential Card
  • Hong Leong Bank The Store & Pacific Gold Card
  • Hong Leong Bank GSC Gold Card
  • Hong Leong Bank Gold Card
  • Hong Leong Bank Fortune Card
  • Mach Visa Card by Hong Leong Bank
  • Hong Leong Bank WISE Gold Card
  • Hong Leong Bank GSC Platinum Card
  • Hong Leong Bank The Store & Pacific Platinum Card
  • Hong Leong Bank MATTA Visa Platinum
  • Hong Leong Bank WISE Platinum Card
  • Hong Leong Bank Sutera Platinum Card
  • Hong Leong Bank Platinum Card

Kad kredit yang mana yang paling sesuai untuk anda? 

Hong Leong I'm Card

Kali pertama memohon kad kredit? Gemar berbelanja dan inginkan rebat tunai? Hong Leong I'm Card adalah kad yang sesuai untuk anda!  Tiada mark-up untuk perbelanjaan di luar negara.

Syarat Kelayakan:

  • Umur: Dari 21 tahun
  • Pendapatan minima: RM 24,000 setahun
  • Yuran tahunan: Percuma
hongleongimmastercard Tiada mark-up untuk perbelanjaan di luar negara mohon_sekarang

Hong Leong WISE Gold!

Jika anda sedang mencari kad kredit yang menawarkan ganjaran rebat tunai yang berbaloi, ada patut mohon kad kredit ini. Untuk menikmati kadar rebat tunai 10% bagi kategori-kategori pilihan anda (antara yang tertinggi yang ditawarkan dalam kalangan kad-kad kredit), anda hanya perlu berbelanja sebanyak 10 kali sebulan, dengan jumlah perbelanjaan minima RM 50 setiap satu. Apa yang menariknya, anda boleh tukar kategori mengikut trend perbelanjaan anda dengan caj hanya RM10.60.

Ciri-ciri

  • Kadar rebat tunai yang tinggi.
  • Rebat tunai sepanjang tahun.
  • Pilih kategori yang sesuai dengan perbelanjaan anda
  • Bonus kategori Mobile

Syarat kelayakan

  • Umur: Dari 21 tahun
  • Pendapatan minima: RM 24,000 setahun (RM 2000 sebulan)
  • Yuran tahunan: RM 169.90 (kad utama), RM 84.80 (kad tambahan)
hongleongwisegoldvisa Kadar rebat tunai 10% bagi kategori-kategori pilihan anda  mohon_sekarang

Hong Leong Sutera Platinum

Jadikan pengalaman membeli belah, menjamu selera dan melancong anda lebih menguntungkan! Bagi setiap RM 1 yang anda belanjakan untuk membeli belah, menjamu selera dan melancong menggunakan kad kredit ini, anda akan peroleh sehingga 6x mata ganjaran.

Mata Ganjaran

Jenis Perbelanjaan

6x

Perbelanjaan di luar Negara

3x

Menjamu selera

3x

Membeli belah

1x

Lain-lain

Keistimewaan Tambahan:

Akses percuma ke Ruang Plaza Premium

Dengan kad kredit Hong Leong Bank Sutera Platinum ini, anda akan memperoleh akses percuma ke Ruang Plaza Premium di KLIA dan KLIA2. Harus diingat, akses ini hanya terbuka untuk 250 pemegang kad kredit Hong Leong Bank Sutera Platinum pertama setiap bulan.

Perlindungan insurans pelancongan sehingga RM 1.7 juta

Servis ini akan diberikan kepada anda apabila anda membeli tiket penerbangan menggunakan kad kredit ini. Insurans pelancongan ini meliputi:

  • Kemalangan
  • Kesulitan (Inconvenience benefit)
  • Kelewatan atau kehilangan bagasi
  • Kehilangan wang tunai
  • Kecurian
  • Kelewatan penerbangan
  • Pelan Perlindungan pembelian (Purchase Protection Plan)

Servis Concierge Visa Platinum 24 jam

Servis untuk 24 jam ini akan menjadi seperti pembantu peribadi anda yang boleh menolong anda dalam perbagai perkara; seperti mendapatkan maklumat tempat menjamu selera, menempah tiket konsert, membuat tempahan makan malam, dan banyak lagi.

Syarat Kelayakan:

  • Umur minima: 21 tahun
  • Pendapatan minima: RM 60,000 setahun (RM 5000 sebulan)
  • RM 424 (Kad Utama), RM 212 (Kad Tambahan). Pengecualian diberikan untuk tahun pertama apabila anda menggunakan kad ini sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh 45 hari selepas tarikh kelulusan kad.
hongleongsuteraplatinumvisa  Perlindungan insurans pelancongan sehingga RM 1.7 juta mohon_sekarang

Hong Leong GSC Gold Visa

Satu-satunya kad yang melengkapi dan memberikan ganjaran untuk minat menonton filem anda! Dengan kad kredit ini, anda akan memperoleh keistimewaan eksklusif untuk menonton wayang dan menjamu selera di outlet F&B di GSC. Bukan itu sahaja, anda juga akan mendapat diskaun apabila anda membeli tiket!

Keistimewaan:

  • Diskaun sehingga 10% untuk pembelian tiket
  • Potongan 50% untuk pembelian tiket sehingga RM 100
  • Keutamaan ketika beratur

Syarat Kelayakan

  • Umur: Dari 21 tahun
  • Pendapatan: Minima RM 24,000 setahun (RM 2,000 sebulan)
  • Yuran tahunan: RM 159 ( Kad utama), RM 79.50 (Kad tambahan)
hongleonggscgoldvisa Diskaun sehingga 10% untuk pembelian tiket mohon_sekarang

CompareHero.my sentiasa berusaha untuk memupuk kesedaran terhadap ilmu kewangan dalam kalangan rakyat Malaysia. Bandingkan kad kredit, pinjaman peribadi dan pelan jalur lebar yang sesuai untuk kehendak anda secara percuma!

The CompareHero.my team is comprised of many talented individuals, sharing their knowledge, experiences and research to help others make better financial decisions.

FINANCIAL TIP:

Use a personal loan to consolidate your outstanding debt at a lower interest rate!

Subscribe to our newsletter to stay up-to-date with exclusive money-saving tips & great deals