Ingin melancong gaya VIP tanpa sebarang kos? Ia mampu menjadi kenyataan dengan menggunakan kad kredit air miles. Kami senaraikan kad kredit terbaik untuk air miles di artikel ini.
Namun pemilihan kad kredit yang betul penting bagi memastikan anda terima ganjaran sesuai. Kebanyakan kad kredit air miles memiliki ciri-ciri ini:
- mata ganjaran yang boleh ditebus ke air miles
- insurans perjalanan
- tawaran eksklusif dari hotel dan syarikat penerbangan
- akses ke ruang premium di lapangan terbang
- diskaun istimewa sewaktu melancong ke luar negara
4 kad kredit air miles terbaik di Malaysia
1. Maybank 2 Platinum
5x TreatsPoints & 5% Cashback pada hari minggu dengan Maybank Amex |
Pro:
- Insurans perjalanan percuma
- Mata ganjaran yang boleh ditebus ke air miles
- Ganjaran pelancongan istimewa
- Rebat tunai
Kontra:
- Tiada akses percuma ke ruang plaza premium
Jika anda merupakan pemegang kad kredit Maybank 2 Platinum, anda bakal menerima perlindungan insurans perjalanan percuma berjumlah RM1 juta yang meliputi kematian dan kecacatan kekal. Dengan syarat, anda membuat bayaran tiket penerbangan menggunakan kad ini sepenuhnya.
Anda juga layak untuk perlindungan berikut:
- Kehilangan bagasi (lebih dari 48 jam): sehingga RM2,500
- Penangguhan bagasi (lebih dari 6 jam): sehingga RM800
- Penangguhan penerbangan (lebih dari 6 jam): sehingga RM800
- Terlepas penerbangan sambungan (lebih dari 5 jam): sehingga RM800
Malah, anda juga bakal menerima mata ganjaran Treats Points sehingga 5x dengan berbelanja menggunakan kad American Express di dalam dan luar negara serta 5% rebat tunai pada hujung minggu. Rujuk jadual dibawah untuk mengetahui kadar Treats Points yang diperlukan untuk menebus air miles:
Air Miles | Jumlah Treats Points |
1000 AirAsia BIG Points | 7,420 |
1000 Enrich Miles | 4,770 |
1000 KrisFlyer Miles | 4,770 |
Anda turut diberi pilihan untuk menebus ganjaran lain melalui pilihan dari katalog Treats Points Maybank.
Tambahan pula, pemegang kad kredit Maybank 2 Platinum juga akan menikmati diskaun di restoran-restoran di rangkaian SPG Hotels & Resorts di Malaysia:
- Diskaun 50% untuk 2 orang
- Diskaun 40% untuk 3-10 orang
Hotel-hotel yang mengambil bahagian:
- Aloft Kuala Lumpur Sentral – Nook
- Four Points by Sheraton Penang – The Eatery dan The Best Brew
- Four Points by Sheraton Puchong – The Eatery
- Four Points by Sheraton Sandakan - semua restoran
- Le Meridien Kota Kinabalu – Latest Recipe dan Favola
- Le Meridien Kuala Lumpur – Gastro (diskaun 20% untuk makan malam), Latest Recipe, Prime dan Favola
- Le Meridien Putrajaya – Latest Recipe dan Le Mei
- Sheraton Imperial Kuala Lumpur – Celestial Court, Villa Danielli dan Essence
- The Andaman, a Luxury Collection Resort Langkawi – The Restaurant, The Japanese Restaurant, Tepian Laut dan Jentayu Lounge
- The Westin Langkawi Resort & Spa – Seasonal Tastes, Breeze Lounge, Splash dan Tide
- The Westin Kuala Lumpur – The Living Room, Prego, Qba Bar & Grill dan Five Sen5es
- The St. Regis Langkawi – The St Regis Bar, L’Orangerie dan Gourmand Deli
- The St. Regis Kuala Lumpur – The Drawing Room, The Brasserie, Astor Bar dan Crystal
Walaupun kad ini tidak menawarkan akses ke ruang plaza premium, ganjaran-ganjaran lain yang ditawarkan menjadikannya berbaloi untuk dimiliki.
Kelayakan: Pendapatan minima RM60,000 setahun
Yuran tahunan: Percuma seumur hidup
2. HSBC Visa Signature
8x Rewards Points untuk perbelanjaan luar negara dan atas talian (matawang asing) |
Kelebihan:
- Insurans perjalanan percuma
- Mata ganjaran yang boleh ditebus ke air miles
- Ganjaran pelancongan istimewa
- Akses ke ruang plaza premium
Kekurangan:
- Tiada rebat tunai
Dengan pembelian tiket penerbangan menggunakan kad kredit HSBC Visa Signature, anda bakal menerima perlindungan Takaful sehingga RM750,000, dengan perlindungan-perlindungan berikut:
- Kehilangan bagasi (lebih dari 48 jam): sehingga RM1,000
- Penangguhan bagasi (lebih dari 6 jam): sehingga RM250
- Terlepas penerbangan sambungan (lebih dari 5 jam): sehingga RM250
Kad ini membenarkan anda untuk mengakses ruang plaza premium sebanyak 6 kali (2 jam sekali) di lapangan terbang antarabangsa Hong Kong, lapangan terbang Changi Singapura, dan KLIA. Akses-akses tersebut bakal datang bersama set buffet makanan dan minuman, ruang rehat dan rawat, tempat mandi, kemudahan TV dan majalah, komputer dan Wi-Fi, siaran TV antarabangsa, majalah dan akhbar anarabangsa, serta maklumat penerbangan.
Program mata ganjaran untuk kad kredit HSBC Visa Signature ialah seperti berikut:
- 10x untuk penempahan bilik hotel serta menjamu selera di luar negara
- 8x ketika membeli belah di Mid Valley dan The Gardens Mall
- 5x untuk penempahan tiket penerbangan dan di 30 pusat membeli belah seluruh negara
Dengan mata ganjaran tersebut, anda boleh menebus air miles berdasarkan jadual dibawah:
Air Miles | Jumlah Mata Ganjaran |
1000 AirAsia Asia Miles | 7,000 |
1000 Enrich Miles | 10,500 |
1000 KrisFlyer Miles | 8,500 |
Baucer RM100 AirAsia | 30,000 |
Ganjaran lain boleh didapati di katalog HSBC.
Pemegang kad kredit HSBC juga bakal menerima tawaran esklusif untuk melancong, membeli belah, produk kecantikan dan kesihatan, serta pembelian dalam talian. Sebagai contoh, diskaun 10% untuk tempahan hotel di laman web Expedia, diskaun 18% di Zalora, dan diskaun 30% di DoubleTree by Hilton Kuala Lumpur.
Syarat kelayakan: Pendapatan minima RM72,000 setahun
Yuran tahunan: RM636
3. Standard Chartered World Miles World Mastercard®
3 WorldMiles untuk setiap RM2 luar negara & 1 WorldMiles untuk setiap RM3 dalam negara |
Kelebihan:
- Rebat terhad
- Mata ganjaran yang boleh ditebus ke air miles
- Akses ke ruang plaza premium
Kekurangan:
- Tiada insurans perjalanan percuma
Kad ini antara kad kredit yang menawarkan penebusan mata ganjaran ke air miles dengan nisbah tertinggi dan termudah.
- RM2 (luar negara) = 3 WorldMiles
- RM3 (dalam negara) = 1 WorldMiles
2 WorldMiles = 1 Air Mile dari mana-mana Program Air Miles pilihan anda. WorldMiles boleh digunakan untuk program loyalti penerbangan seperti berikut:
- Asia Miles
- Enrich Miles
- KrisFlyer
- AirAsia BIG
Malah, melalui program The Good Life Priviliges, anda bakal menikmati diskaun dan tawaran istimewa di outlet-outlet di 33 buah negara! Namun, pada pendapat kami, ciri terbaik kad kredit ini ialah akses tanpa had di Ruang Plaza Premium KLIA dan KLIA 2. Ini akan memudahkan anda untuk memulakan perjalanan ke luar negara, dengan makanan, minuman, ruang rehat, bahan bacaan, dan apa sahaja yang anda perlukan bakal disediakan disini.
Bukan itu sahaja, anda juga layak untuk rebat RM80 Limosin Lapangan Terbang atau KLIA Ekspress jika anda telah menggunakan kad ini sebanyak 3 kali atau lebih di luar negara dalam tempoh 30 hari.
Syarat kelayakan: Pendapatan minima RM90,000 setahun
Yuran tahunan: RM636
4. Citibank PremierMiles
Akses tanpa had ke Plaza Premium Lounges Malaysia |
- Insurans perjalanan percuma
- Mata ganjaran yang boleh ditebus ke air miles
- Ganjaran pelancongan istimewa
- Akses ke ruang plaza premium
Kekurangan:
- Tiada rebat tunai
Kad kredit Citibank Premier menawarkan Air Miles tanpa tarikh luput! Jadi, anda tidak perlu risau jika masih ada mata PremierMiles yang belum ditebus.
- RM3 (luar negara) = 2 PremierMiles
- RM3 (dalam negara) = 1 PremierMiles
1,500 PremierMiles = 1,000 Air Miles dari Program Air Miles pilihan anda. PremierMiles boleh digunakan untuk program loyalti penerbangan seperti berikut:
- Enrich Miles
- KrisFlyer
- Asia Miles
- Executive Club British Airways
- Etihad Guest
- Royal Orchid Plus
- GarudaMiles
Selain daripada yang terdapat di senarai diatas, terdapat lebih daripada 90 lagi program loyalti penerbangan yang boleh anda gunakan PremierMiles anda.
Mata PremierMiles juga boleh digunakan untuk menebus Hilton Loyalty Points, membayar baki tertunggak kad kredit, pembelian di outlet terpilih, dan membayar yuran tahunan.
Selain itu, melalui program Citi World Priviliges, pemegang kad kredit akan menikmati lebih 4,000 promosi istimewa di peniaga-peniaga terpilih. Nasihat kami, jangan berlengah untuk menggunakan promosi ini bagi menempah tiket penerbangan atau bilik hotel dengan harga yang lebih murah!
Tambahan pula, anda bakal diberi akses tanpa had ke Ruang Plaza Premium di lapangan-lapangan terbang terpilih di Malaysia, Singapura, Hong Kong, dan England. Malah, jika anda menggunakan kad anda di luar negara, anda boleh menggunakan pengangkutan percuma dari KLIA ke rumah.
Bukan itu sahaja, pemegang kad kredit ini bakal memperoleh insurans perjalanan sehingga RM300,000 dan insurans perubatan sehingga RM50,000 apabila membeli tiket penerbangan.perlindungan yang ditawarkan termasuklah:
- Kehilangan bagasi (lebih dari 48 jam): sehingga RM12,000
- Penangguhan bagasi (lebih dari 6 jam): sehingga RM2,000
- Penangguhan penerbangan (lebih dari 6 jam): sehingga RM2,500
- Terlepas penerbangan sambungan (lebih dari 4 jam): sehingga RM2,500
- Kecurian : sehingga RM15,000 setahun
- Compassionate Visit (jika anda memerlukan penjaga sepanjang perjalanan jika terlibat dalam kemalangan di luar negara): sehingga RM5,000
Syarat kelayakan: Pendapatan minima RM100,000 setahun
Yuran tahunan: RM636
Malu lebih pilihan kad kredit air miles? Klik disini untuk banding dan mohon secara percuma.