Anda teringin untuk memohon kad kredit dari BSN? Ketahui ciri-ciri istimewa yang dimiliki kad kredit dari BSN yang patut anda tumpukan perhatian.
Tiada yuran tahunan seumur hidup
SEMUA kad kredit yang ditawarkan BSN (termasuk kad utama dan tambahan dan juga kad kredit Platinum sekalipun) tidak dikenakan yuran tahunan, maka ianya kad yang bagus sebagai kad kecemasan
BSN 0% EasyPayPlan (EPP)
Anda ada perbelanjaan dengan jumlah yang besar melebihi bajet anda? Gunakan pelan ini. EPP menawarkan pelan ansuran sehingga 36 bulan, dengan kadar faedah 0%! Anda hanya perlu berbelanja sekurang-kurangnya RM 500 dan maklumkan kepada kedai terpilih yang anda ingin gunakan pelan ansuran ini.
BSN Installment-Pay Plan
Outlet yang anda kunjungi tidak tersenarai untuk EPP? Jangan risau! Anda masih lagi boleh membuat bayaran ansuran dengan BSN Installment-Pay Plan yang menawarkan ansuran sehingga 24 bulan.
Pembelian minima (RM) |
Tempoh ansuran |
500-999 |
6 bulan |
1000 – 1,999 |
6 atau 12 bulan |
2,000 ke atas |
6,12, atau 24 bulan |
Pelan ansuran ini menawarkan 0% faedah, namun anda dikenakan caj pendahuluan (sekali sahaja)
Tempoh ansuran |
6 bulan |
12 bulan |
24 bulan |
Caj pendahuluan |
3% |
4% |
5% |
Program BSN Happy Rewards
Program ini menawarkan mata ganjaran untuk setiap RM 1 pembelian anda, seperti mana bank –bank lain, dengan kadar berikut:
- 1x untuk perbelanjaan dalam negara
- 2x untuk perbelanjaan luar negara
Kadar mata ganjaran yang ditawarkan dilihat tidaklah begitu kompetitif berbanding program-program mata ganjaran yang lain, namun produk yanag boleh ditebus adalah amat lumayan. BSN juga menyediakan perkihdmatan penghantaran percuma untuk produk-produk tersebut.
Kad BSN ZingPlus Miles
Kad ini amat berguna jika anda selalu menggunakan Touch N Go dan memandu di lebuh raya. Dihubungkan dengan kad kredit BSN anda, ia mempunyai fungsi tambah nilai automatik sekiranya bakinya dibawah RM 50.00. Anda juga bakal menikmati rebat 5% apabila menggunakan lebih RM 100 sebulan di lebuhraya PLUS, ELITE, LINKEDUA dan BKE.
BSN AutoPay Bill
Anda tidak akan terlepas lagi dari membayar bill dengan fungsi ini! Dengan AutoPay Bill, kad kredit anda akan membayar bil anda pada setiap bulan. Walaupun anda tidak dikenakan sebarang caj, kemudahan ini mengambil masa 2-4 minggu untuk diaktifkan.
Kadar faedah istimewa untuk kakitangan kerajaan
Jika anda seorang kakitangan kerajaan dan sentiasa membuat bayaran tepat pada masanya, anda bakal menikmati kadar faedah serendah 11% setahun! Untuk kakitangan swasta pula, kadar faedah yang dikenakan adalah serendah 13.5% setahun
Tingkat Faedah |
Kadar Faedah (Kakitangan Kerajaan) |
Kadar Faedah (Kakitangan Swasta) |
Syarat kelayakan |
I |
11%p.a |
13.5%p.a |
Membuat pembayaran minima sebelum atau pada tarikh akhir setiap bulan (untuk tahun pertama). Untuk tahun-tahun seterusnya, membuat pembayaran minima sebelum atau pada tarikh akhir untuk 12 bulan berturut-turut. |
II |
13.5%p.a |
16%p.a |
Membuat pembayaran minima sebelum atau pada tarikh akhir sekurang-kurangnya 10 bulan dalam kitaran 12 bulan |
III |
17.5%p.a |
17.5%p.a |
Membuat pembayaran selepas tarikh akhir. Untuk tahun-tahun seterusnya, membuat pembayaran minima sebelum atau pada tarikh akhir sekurang-kurangnya 10 bulan dalam kitaran 12 bulan. |
Jadi, kad kredit BSN apa yang saya harus pilih?
Untuk gaya hidup eksklusif: Kad Kredit BSN Visa Platinum
Kad kredit BSN VISA Platinum mempunyai ciri-ciri yang menawarkan ganjaran istimewa andai anda kerap melancong. Dengan kad ini, anda boleh menebus Air Miles dan menikmati Global Privileges di syarikat perlancongan, hotel, restoran dan servis Concierge 24 jam yang disediakan Visa International seluruh dunia.
Bukan itu sahaja, apabila anda membeli tiket penerbangan menggunakan kad kredit, anda laayak untuk insurans Platinum Protection sehingga RM 1,000,000. Perlindungan yang diberi termasuklah:
- Bagasi hilang atau tertangguh (lebih dari 48 jam): Sehingga RM 2,000
- Penerbangan tertangguh (lebih dari 6 jam): Sehingga RM 600
- Terlepas penerbangan (lebih dari 4 jam): Sehingga RM 600
Anda juga harus ambil kira yang ratio ganjaran airmiles untuk kad ini hanya RM 4.58 untuk 1 mile (5,500 Mata Ganjaran = 1,000 Enrich Miles) jadi anda patut gunakan kad ini hanya untuk perbelanjaan di luar negara.
Syarat kelayakan & yuran
- Umur: dari 21 tahun
- Pendapatan minima : RM 60,000 setahun (RM 5,000 sebulan)
- 5 kad tambahan
Untuk pengguna baru: Kad Kredit BSN Classic atau Classic-i
Ini kali pertama anda memohon kad kredit? Maka kad Classic ini (atau kad Islamiknya, Classic-i) patut menjadi pilihan anda! Selain dari ciri-ciri istimewa yang dimiliki oleh semua kad-kad BSN yang lain, anda juga bakal menerima perlindungan insurans sehingga RM 300,000, dengan perlindungan termasuklah:
- Bagasi hilang atau tertangguh (lebih dari 48 jam): Sehingga RM 1,000
- Penerbangan tertangguh (lebih dari 6 jam): Sehingga RM 300
- Terlepas penerbangan (lebih dari 4 jam): Sehingga RM 300
Syarat kelayakan & yuran
- Umur: dari 21 tahun
- Pendapatan minima : RM 24,000 setahun (RM 2,000 sebulan)
- 5 kad tambahan
Untuk guru-guru: 1Teachers MasterCard
Mungkin satu-satunya kad yang direka khusus untuk para guru. Kad ini menawarkan kadar faedah serendah 8.88% setahun, jika anda membuat pembayaran minima sebelum atau pada tarikh akhir.
Kad ini juga amat bermanfaaat sekiranya anda menjadi ahli Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB), dengan yuran pendaftaran dikecualikan dan 0.2% dari setiap perbelanjaan anda bakal disumbang kepada yayasan tersebut. Tambahan pula, anda akan menerima perlindungan insurans percuma sehingga RM 500,000, dengan perlindungan diberikan untuk:
- Bagasi hilang atau tertangguh (lebih dari 48 jam): Sehingga RM 1,600
- Penerbangan tertangguh (lebih dari 6 jam): Sehingga RM 600
- Terlepas penerbangan (lebih dari 4 jam): Sehingga RM 600
Syarat kelayakan & yuran
- Umur: dari 21 tahun
- Pendapatan minima : RM 24,000 setahun (RM 2,000 sebulan)
- 5 kad tambahan
Lihat juga: Kad Kredit Terbaik untuk Pengguna Baru
Apa pendapat anda tentang kad kredit BSN yang kami cadangkan ini? Jika anda ingin bandingkan kad-kad tersebut, gunakan aplikasi perbandingan kad kredit kami.
Save